Hepatitis C
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Hepatitis C | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
![]() Gambaran daripada mikroskop elektron mengenai virus hepatitis C yang dihasilkan daripada kultur sel (skala = 50 nanometer) | |
ICD-10 | B17.1, B18.2 |
ICD-9 | 070.70,070.4, 070.5 |
OMIM | 609532 |
P. Data Penyakit | 5783 |
MedlinePlus | 000284 |
eMedicine | med/993 ped/979 |
MeSH | D006526 |
![]() |
Hepatitis C ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C virus (HCV). Jangkitan Hepatitis C boleh menyebabkan pembengkakan hati yang lazimnya asimtomatik (tak bersimptom), tetapi hepatitis kronik yang berterusan boleh mengakibatkan sirosis dan barah hati.
HCV boleh tersebar melalui percampuran darah dengan si pesakit.
Hepatitis C adalah penyakit berjangkit yang menjejaskan kesihatan terutamanya hati, yang disebabkan oleh virus Hepatitis C (HCV).[1] Jangkitan ini sering kali tidak kelihatan/asimptomatik, tetapi jangkitan yang kronik boleh menyebabkan parut pada hati dan akhirnya sirosis, yang secara umumnya jelas berlaku selepas bertahun-tahun. Dalam beberapa kes, mereka yang mempunyai sirosis akan menyebabkan kegagalan hati, barah hati atau esophageal yang mengancam nyawa dan gastrik varises.[1]
HCV terutamanya disebarkan melalui hubungan darah dengan darah yang dikaitkan dengan penggunaan dadah suntikan / intravena, peralatah perubatan yang disteril dengan tidak cermat dan pemindahan darah. Dianggarkan sekitar 150–200 juta orang diseluruh dunia dijangkiti dengan hepatitis C.[2][3][4] Kewujudan hepatitis C (pada asalnya dikenal pasti hanya sebagai satu jenis hepatitis bukan-A bukan-B) dijangkakan pada tahun 1970-an dan dibuktikan pada tahun 1989.[5] Hepatitis C menjangkiti hanya manusia dan cimpanzi.[6]
Virus ini tekal dalam hati pada sekitar 85% dari mereka yang dijangkiti. Ketekalan ini boleh dirawat melalui perubatan: rawatan piwaian adalah gabungan peginterferon dan ribavirin, dengan saamada boceprevir atau telaprevir ditambah dalam sesetengah kes. Keseluruhannya, 50–80% orang yang dirawat sembuh. Mereka yang mendapat sirosis atau barah hati mungkin memerlukan pemindahan hati. Hepatitis C merupakan punca utama bagi pemindahan hati, sungguhpun virus ini biasanya kembali berlaku selepas pemindahan.[7] Tidak terdapat vaksin bagi menanangani hepatitis C yang ada.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Ryan KJ, Ray CG (editors), penyunting (2004). Sherris Medical Microbiology (ed. 4th). McGraw Hill. halaman 551–2. ISBN 0838585299.Selenggaraan CS1: teks ekstra: senarai penyunting (link)
- ^ Gravitz L. (2011). "A smouldering public-health crisis". Nature. 474 (7350): S2-4. doi:10.1038/474S2a. PMID 21666731.
- ^ "Hepatitis C". World Health Organization (WHO). 2011. Dicapai pada 2011-07-13. Parameter
|month=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Mohd Hanafiah, K (April 2013). "Global epidemiology of hepatitis C virus infection: new estimates of age-specific antibody to HCV seroprevalence". Hepatology (Baltimore, Md.). 57 (4): 1333–42. doi:10.1002/hep.26141. PMID 23172780. Parameter
|coauthors=
yang tidak diketahui diendahkan (|author=
dicadangkan) (bantuan) - ^ Houghton M (2009). "The long and winding road leading to the identification of the hepatitis C virus". Journal of Hepatology. 51 (5): 939–48. doi:10.1016/j.jhep.2009.08.004. PMID 19781804. Parameter
|month=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Shors, Teri (2011-11-08). Understanding viruses (ed. 2nd). Burlington, MA: Jones & Bartlett Learning. m/s. 535. ISBN 9780763785536.
- ^ Rosen, HR (2011-06-23). "Clinical practice. Chronic hepatitis C infection". The New England Journal of Medicine. 364 (25): 2429–38. doi:10.1056/NEJMcp1006613. PMID 21696309.
![]() | Rencana mengenai penyakit, gangguan, atau keadaan kesihatan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |