Hidung berdarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hidung berdarah
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10 R04.0
ICD-9 784.7
P. Data Penyakit 18327
MedlinePlus 003106
eMedicine emerg/806 ent/701
MeSH C08.460.261
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Hidung berdarah, juga dikenali sebagai epistaxis, ialah kejadian biasa pendarahan dari hidung. Pendarahan biasanya disedari apabila darah mengalir keluar melalui hidung.[1]

Terdapat dua jenis pendarahan hidung: anterior (paling utama), dan posterior (kurang biasa, lebih cenderung diperlukan perhatian perubatan). Kadang-kadang dalam kes-kes yang lebih teruk, darah boleh mengalir ke salur nasolacrimal dan keluar dari mata. Darah segar dan darah beku juga boleh mengalir ke dalam perut dan menyebabkan loya dan muntah-muntah.

Punca[sunting | sunting sumber]

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:

  1. Selsema.
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi.
  3. Alahan pada persekitaran.
  4. Menghembus nafas terlalu kuat.
  5. Kekeringan mambran mukus (selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung.
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan.
  8. Jangkitan kuman seperti jangkitan akut pernafasan dan sinusitis yang kronik.[2]

Jenis-jenis[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian pesakit. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak berhenti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:

  1. Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
  2. Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh di dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun duduk.

Cara merawat[sunting | sunting sumber]

  1. Hentikan hidung berdarah dengan cara:
  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Perbuatan ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.[3]

2. Cegah hidung daripada berdarah semula:

  • Jangan menghembus hidung.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Hidung akan luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

3. Berjumpa doktor:

  • Pesakit perlu memaklumkan kepada keluarga ingin berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
    • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
    • Berasa hendak pitam atau pengsan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Work Table I. Deaths from each cause by 5-year age groups, race and sex: US, 1999 Page 1922. U.S. Centers for Disease Control Published 2001-05-11.
  2. ^ Wackym,, James B. Snow,... P. Ashley (2009). Ballenger's otorhinolaryngology : head and neck surgery. (edisi 17th). Shelton, Conn.: People's Medical Pub. House/B C Decker. m/s. 551. ISBN 9781550093377. 
  3. ^ http://www.aafp.org/afp/20050115/305.html |title=Management of Epistaxis |author1=Corry J. Kucik |author2=Timothy Clenney |date=January 15, 2005 |dicapai=31 Januari, 2010 |publisher=American Academy of Family Physicians}}

Pautan luar[sunting | sunting sumber]