Hospital Al-Shifa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Al-Shifa
Geografi
LokasiGaza, Kegabenoran Gaza, Negara Palestin
Organisasi
Sistem penjagaanperubatan dalaman, pediatrik, pembedahan, oftalmologi dan ginekologi
JenisRawatan
Sejarah
Diasaskan1920-an

Hospital Al-Shifa (Arab: مستشفى الشفاء, rumi: Mustashfa al-Shifa), secara rasmi dikenali sebagai Hospital Dar Al-Shifa (Arab: مستشفى دار الشفاء, rumi: Mustashfa Dar al-Shifa), ialah kompleks perubatan terbesar dan hospital utama di Genting Gaza, terletak di kejiranan Rimal Utara di Bandar Gaza dalam Kegabenoran Gaza.[1] Pada 2014, hospital ini didakwa menjadi “ibu pejabat sebenar” bagi pertubuhan pejuang Islam, Hamas.[2] Ketua pengarah semasa hospital ini ialah Dr. Muhammad Abu Salmiya.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dar Al-Shifa, yang bermaksud "rumah kesembuhan" dalam bahasa Arab, pada asalnya ialah sebuah berek tentera British, tetapi ditukar kepada sebuah pusat yang menyediakan rawatan untuk kuarantin dan penyakit sawan oleh pemerintahan Palestin Bermandat pada 1946. Sebelum Perang Arab–Israel 1948, Hospital al-Shifa ialah satu daripada dua hospital di Gaza, selain Hospital al-Ahli Arab. Apabila Mesir mentadbir Genting Gaza selepas perang, bahagian kuarantin dan penyakit sawan ditempatkan di sebuah kawasan dalam bandar dan Hospital al-Shifa dibangunkan sebagai hospital utama di Gaza. Sebagai permulaan, bahagian ubatan dalaman ditubuhkan, diikuti sayap baru bagi pembedahan, dan diikuti dengan bangunan baharu untuk pediatrik dan oftalmologi ditambah untuk hospital ini.[4] Pada 2013, bangunan pembedahan khas pula dibuka.[5]

Selepas pendudukan oleh Israel semasa Krisis Suez 1956, pentadbiran Mesir kembali di bawah presiden Gamal Abdel Nasser, memberi tumpuan lebih kepada keadaan kesihatan dan sosial Gaza, dan Hospital al-Shifa dikembangkan sehingga mempunyai bahagian obstetrik dan ginekologi. Mereka menubuhkan pentadbiran kesihatan baharu di wilayah Gaza, yang mana kemudiannya disusuli dengan penubuhan klinik-klinik di seluruh bandar yang diisi oleh kehadiran doktor-doktor daripada hospital ini.[6] bahagian terbesar dalam Hospital al-Shifa ini ialah perubatan dalaman (100 katil), pediatrik (70 katil), pembedahan (50 katil), oftalmologi (20 katil) dan ginekologi (10 katil).[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Al-Shifa Hospital and Israel's Gaza Siege Diarkibkan 21 Oktober 2009 di Wayback Machine Defence for Children International Palestine Section. 16 July 2006.
  2. ^ "While Israel held its fire, the militant group Hamas did not". Washington Post. 15 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2017. Dicapai pada 23 August 2017.
  3. ^ "Press Release by the Ministry of Health – Gaza". وزارة الصحة الفلسطينية (dalam bahasa Arab). 24 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2022. Dicapai pada 28 February 2023.
  4. ^ Husseini and Barnea, 2002, p.135.
  5. ^ وضع اللمسات النهائية على مبنى الجراحات التخصصية في غزة Diarkibkan 2 April 2015 di Wayback Machine [Putting the final touches on the Special Surgical Building in Gaza]
  6. ^ Husseini and Barnea, 2002, p.136.
  7. ^ Husseini and Barnea, 2002, p.137.