Hukum mad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hukum mad (مد) adalah salah satu hukum tajwid dalam pembacaan al-Quran. Hukum mad mempunyai banyak pembahagian bergantung kepada jenis huruf yang bertembung dan kedudukan pada ayat.

Pengertian[sunting | sunting sumber]

Mad secara harfiahnya bermaksud "panjang", manakala menurut istilah qiraat pula mad adalah membaca panjang huruf al-qur'an apabila bertemu dengan huruf maddah iaitu alif (ا), wau(وْ), ya (يْ) dengan kepanjangan bergantung kepada mad itu sendiri.

Kepanjangan bacaan diukur dengan "harakat".

Mad pada dasarnya terbahagi kepada 2 iaitu mad tabi'e (مد طبيعي) atau turut dikenali sebagai mad asli (مد أصلي) dan mad far'ie (مد فرعي) yang bermaksud anak-anak cabang. Ini disebabkan mad far'ie itu sendiri terbahagi pula kepada empat belas jenis yang menjadikan keseluruhan hukum mad mempunyai 15 jenis semuanya.

Harakat[sunting | sunting sumber]

Harakat adalah perkataan Arab yang bermaksud "pergerakan" yang merujuk kepada tempo atau kadar pembacaan panjang mengikut gerak jari, angguk atau ketukan dalam irama muzik. Lazimnya 1 harakat bersamaan 1 gerak atau 1 ketukan yang juga sering kali dikaitkan dengan 1 alif atau setengah saat.

Harakat-Ketukan.jpg

Contoh potongan di atas, terdiri atas 14 huruf. Disebabkan ruang jarak tidak mendapatkan ketukan, maka potongan ayat tersebut harus dibaca dalam 14 harakat yang sama, rata dan teratur.

Walau bagaimanapun, khusus huruf wau dan alif yang berfungsi sebagai tanda jamak atau gabungan (lihat harakat yang ke-10), dikira satu huruf atau satu ketukan. Ini berlaku secara am iaitu apabila semua wau dan alif yang berfungsi sebagai tanda jamak, ia dihitung satu ketukan.

Pada contoh di atas, terdapat 4 contoh bacaan mad yang hadir pada harakat ke-5 dan ke-6, ke-9 dan 10, ke-11 dan 12 serta ke-13 dan 14. Maka, ketukan harakat bagi kawasan tersebut bergantung kepada jenis hukum mad bagi huruf itu.

Secara amnya, perkiraan harakat atau ketukan adalah seperti berikut:

  • Ketukan harakat harus seragam, rata, tetap dan teratur
  • Setiap huruf mendapat 1 harakat
  • Jarak tidak dikira
  • Huruf dengan tanda sukun (mati) tetap mendapat 1 harakat
  • Huruf bertasydid/bersabdu mendapat 2 harakat

Jenis-jenis Mad[sunting | sunting sumber]

Mad Tabi'e / Asli[sunting | sunting sumber]

Mad paling asas ialah Mad Tabi'e atau Mad Asli (مد طبيعي / أصلي) yang secara harfiahnya bermaksud "normal", "seperti biasa". Mad ini ialah apabila huruf dengan fatḥah, ḍammah, kasrah bertemu dengan huruf maddah sakinah (alif, yāʼ atau wāw yang bertanda mati/sukun). Walau bagaimanapun, tanda sukun tersebut lazimnya tidak ditandakan bagi al-Quran resam Uthmani cetakan moden atau digantikan dengan tanda huruf kecil pada huruf yang perlu dipanjangkan).

Sebagai contoh: Mad asli 1.png - Mad asli 2.png - Mad asli 3.png

Kaedah membacanya harus dipanjangkan dengan dua harakat.


Mad Wajib Muttasil[sunting | sunting sumber]


Mad Far'ie yang pertama ialah Mad Wajib Muttasil (مد واجب متصل), secara harfiahnya bermaksud "mesti bersambung". Ini disebabkan mad ini berlaku apabila Mad Tabi'e bertembung dengan huruf hamzah (ء) di dalam satu kalimat atau perkataan.

Cara membacanya wajib dipanjangkan selama maka 4 atau 5 harakat ketika bersambung (wasal), 6 harakat ketika berhenti (waqaf).

Mad wajib muttasil harakat.png

Sebagai contoh, panjang Mad Wajib Muttasil pada perkataan "sawa-" adalah 5 harakat, iaitu dari harakat ke-2 hingga ke-6. Maka, sebutan "wa" harus dipanjangkan sehingga harakat ke-6 dengan kepanjangan bunyi adalah "a"-nya. Lebih kurang jika satu huruf "a" mewakili satu harakat, bunyi lengkap Mad Wajib Muttasil adalah "sawaaaaaun" dengan bunyi yang tidak terputus. Bunyi "a" menghilang dengan jatuhnya bunyi "un" pada harakat ke-7.

Contoh lain: Mad wajib muttasil 1.png -Mad wajib muttasil 2.png-Mad wajib muttasil 3.png


Mad Jaiz Munfasil[sunting | sunting sumber]


Mad Jaiz Munfasil (مد جائز منفصل) secara bahasanya bermaksud "boleh berpisah" kerana, berbeza dengan Mad Wajib Muttasil, mad ini berlaku apabila ada mad tabi'e bertemu dengan hamzah (ء) tetapi hamzah itu berbeza perkataan.

Cara membaca kepanjangannya adalah 4 atau 5 harakat ketika bersambung (wasal), 2 harakat ketika waqaf (berhenti).

Contoh perkataan: Mad jaiz 1.png Mad jaiz 2.png Mad jaiz 3.png


Mad 'Aridh Lissukun[sunting | sunting sumber]


Mad 'Aridh Lissukun (مد عارض للسكون) adalah mad tabi'e yang diikuti oleh huruf hidup yang dimatikan kerana pengakhiran bacaan (posisi waqaf). Secara harfiahnya, 'Aridh Lissukun bermaksud "saksi/perhatikan pemberhentian".

Pengakhiran bacaan boleh terjadi pada akhir ayat (ditandai dengan nombor ayat) atau turut juga terjadi di tengah-tengah ayat apabila terdapat tanda waqaf atau terbatasnya nafas yang menyebabkan bacaan harus terhenti sebelum akhir ayat. Mad 'Aridh Lissukun hanya terjadi pada akhir bacaan (posisi waqaf).

Sekiranya pembaca ingin meneruskan bacaan memasuki ayat baru tanpa berhenti walaupun tiba pada akhir ayat, hukum mad ini tidak terpakai manakala Mad Tabi'e sahaja yang harus diguna.

Tempoh panjan harakat bagi Mad 'Aridh Lissukun adalah 2, 4 atau 6 harakat dengan penekanan keseragaman dalam penggunaan harakat. Ini bermaksud, apabila kita menggunakan 4 harakat, penggunaan yang sama harus digunakan untuk setiap ayat yang mempunyai mad ini.

Apabila ada waqaf atau tempat pemberhentian membaca sedang sebelum waqaf itu ada mad tabi'e atau mad lin, maka cara membacanya ada 3 kaedah:

  1. Yang lebih utama dibaca panjang seperti mad wajib muttasil (6 harakat).
  2. Yang pertengahan dibaca 4 harakat iaitu dua kali mad tabi'e.
  3. Yang pendek iaitu boleh hanya dibaca seperti mad tabi'e biasa .

Dengan menggunakan kaedah 4 harakat, maka cara membaca Mad 'Aridh Lissukun adalah seperti berikut:

Mad aridh.png

Panjang harakat dari sebutan "nin" adalah 4, iaitu dari bunyi "ni" bermula pada harakat ke-7 hingga bunyi "...n" pada harakat ke-10 dengan panjang adalah bunyi "i"-nya. Kira-kira, kalau satu huruf "i" mewakili satu harakat, bunyi lengkap contoh di atas adalah "wathuurisiiniiiin". Bunyi "...n" pada harakat ke-10 akan menghilang sambil jatuhnya harakat ke-11.

Contoh lain: Mad aridh 2.png


Mad Badal[sunting | sunting sumber]


Mad Badal (مد بدل) ialah pemanjangan bunyi pada huruf hamzah, apabila hamzah bertemu dengan dengan huruf mad sebagai pengganti hamzah yang dihilangkan. Panjang Mad Badal adalah 2 harakat.

Contoh perkataan: Mad badal.png

Badal yang secara bahasanya bermaksud "ganti". Hal ini disebabkan yang sebenarnya huruf mad yang ada asalnya hamzah yang jatuh sukun kemudian diganti menjadi ya atau alif atau wau.

Sebagai contoh:
آدَمَ asalnya أَأْدَمَ
ٳِِيْمَان asalnya ٳِِئْمَانٌ


Mad 'Iwadh[sunting | sunting sumber]


Mad 'Iwadh (مد عوض), secara harfiahnya ialah "mengimbangi", berlaku apabila terdapat fathatain atau tanwin fathah (baris dua di atas) yang jatuh pada waqaf (pemberhentian) pada akhir kalimat atau ayat kecuali tanwin fathah pada ta' marbutah (ـة). Pembacaan mad 'iwadh adalah menggantikan tanwin tersebut dengan mad tabi'e.

Contohnya adalah Mad iwadh.png

Perhatikan petikan ayat di atas dengan dua perkataan yang sama mempunyai tanwin ("soffan") tetapi apabila diberhentikan pada hujung ayat, ia hanya dipakaikan mad ("soffaa"). Maka sebutan petikan ayat tersebut adalah "...wal-malaku soffan soffaa".

Mad 'Iwadh panjangnya 2 harakat sahaja.

Mad Lin[sunting | sunting sumber]


Mad Lin (atau juga disebut Mad Layyin) adalah mad yang terjadi pada akhir bacaan (posisi waqaf/berhenti membaca) dengan formula: huruf layyin + satu huruf (yang sebenarnya hidup, tapi dimatikan, kerana berada di posisi waqaf).

Huruf layyin pula ialah wau dan ya mati sebelumnya berfathah (berbaris atas), ـَ وْ / ـَ يْ.

Lin dalam bahasa Arab bermaksud "lembut", "ringan".

Mad lin.png

Contoh paling jelas ialah seperti yang di atas yang memanjangkan Mad Lin dengan 2 harakat. Harakat ke-8 berbunyi "ro". Bunyi "i" bermula pada harakat ke-9. Pertahankan bunyi "i" hingga harakat ke-11, sehingga bunyi "roi" akan bersambung dengan bunyi "sy". Maka yang terdengar panjang adalah bunyi "i"-nyaLebih kurang jika satu huruf "i" mewakili satu harakat, bunyi lengkap contoh di atas adalah "li-iilaafiquroiiisy". Bunyi "...sy" pada harakat ke-11 akan menghilang ketika jatuhnya harakat ke-12.

Pada contoh di atas juga, "i" pada bunyi "roi" diucapkan secara halus, bersambungan bunyi "o" sehingga menjadi "oi". Bunyi "i" tidak diucapkan sebagai konsonan yang tersendiri yang boleh menyebabkan ia dibaca secara terpotong "ro-iiisy" yang menjadikan bacaan itu salah. Pembacaan yang sebenar adalah menggabungkan "oi" menjadi satu bunyi yang lembut.

Untuk menjadikan bacaan kedengaran lancar, sebaik-baiknya panjang Mad Lin disamakan dengan panjang Mad 'Aridh Lissukun, sehingga menjadi seiring. Bila Mad 'Aridh Lissukun dibaca dengan tempoh 4 harakat, maka Mad Lin sebaiknya juga dipanjangkan 4 harakat.

Surah Quraisy adalah surah yang mempunyai hukum mad ini untuk keseluruhan ayat.

Mad Tamkin[sunting | sunting sumber]


Mad Tamkin (مد تمكين ) berlaku apabila terdapat huruf ya berganda iaitu ya sukun (يْ) yang didahului dengan ya yang bertasydid/bersabdu dan kasrah atau baris bawah.

Walau bagaimanapun, syarat bagi mad tamkin ini ialah ia tidak diikuti lagi dengan huruf hidup yang dimatikan (akibat akhir bacaan/ayat), kerana kes sedemikian akan berubah menjadi Mad 'Aridh Lissukun.

Contohnya ialah: Mad tamkin.png

Panjang Mad Tamkin adalah 2 harakat sahaja.

Mad Farqi[sunting | sunting sumber]


Mad Farqi (مد فرق) secara harfiahnya bermaksud "berpasukan", "bergabung". Mad ini terjadi akibat pertemuan antara Mad Badal dan huruf bertasyid.

Tempoh kepanjangan Mad Farqi adalah 6 harakat.

Mad ini hanya terjadi pada 4 tempat bacaan dalam Al-quran, iaitu pada:

Contohnya:

Mad farq.png

Panjang bacaan Mad Farqi adalah pada "aaaaaadz" adalah 6 harakat iaitu bermula dari harakat ke-3 hingga harakat ke-8. Harakat ke-3 akan mula berbunyi "a" dan dipanjangkan bunyi "a" hingga harakat ke-8. Pada harakat ke-8, bunyi huruf tasydid selepasnya (dzal) dibawa sekali. Harus diingati yang terdengar panjang adalah suara "a"-nya. Jika satu huruf "a" mewakili satu harakat, bunyi lengkap Mad Farqi adalah "Qul aaaaaadzakaraini". Bunyi vokal "a" dari harakat ke-3 hingga bunyi "dz" pada harakat ke-8 tidak boleh terputus untuk mematuhi hukum mad ini.

Mad Silah[sunting | sunting sumber]


Mad silah terbahagi kepada dua iaitu Mad Silah Qasirah dan Mad Silah Tawilah. Secara harfiah, silah bermaksud "berkait", "pertalian" manakala qasirah bermaksud "pendek" dan tawilah bermaksud "panjang". Hal ini dapat dilihat kesannya pada kepanjangan harakat.

Mad Silah Qasirah (مد صلة قصرة) ialah pemanjangan bunyi pada huruf ha dhomir (ه : bunyi hii - هِ atau huu - هُ sebagai kata ganti nama orang ketiga tunggal) dengan syarat tidak diikuti huruf hamzah sesudahnya. Bunyi tersebut akan dipanjangkan ketika diapit oleh huruf-huruf yang hidup.

Pemanjangan suara pada huruf ha dhomir tidak disebabkan oleh huruf mad, tetapi kerana diapit oleh huruf hidup. Walau bagaimanapun, jika Mad Silah didahului huruf yang mati maka Mad Silah tidak terjadi, dan dibaca biasa tanpa panjang kecuali pada surah Al-Furqan ayat ke 69 yang disebut "Mad Mubalaghah".

Contoh Mad Silah Qasirah: Mad silah qasirah.png

Mad Silah Qasirah panjangnya 2 harakat saja.

Mad Silah Tawilah (مد صلة طويلة) pula ialah pemanjangan bunyi pada huruf ha dhomir apabila Mad Silah Qasirah bertemu dengan huruf hamzah. Ukuran panjangnya adalah 4 sampai 5 harakat.

Contoh Mad Silah Tawilah: Mad silah tawilah.png

Pengecualian:

  1. Apabila sebelum kata ganti orang ketiga tunggal lelaki [هِ / هُ] terdiri dari huruf mati (bersukun), maka tidak berlaku mad silah. Contoh : عَلَيْهِ ☼ عَنْهُ ☼ فِيْهِ ☼ لَدُنْهُ
  2. Ta marbuthah [هِ / هُ] yang bukan kata ganti, walaupun diapit oleh huruf hidup, tidak berlaku mad.
Contoh : لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ ☼ يَرْضَهُ لَكُمْ ☼ مَا نَفْقَهُ ☼ فَوِاكِهُ
(Kes ini berlaku pada ayat 96:15, 26:116 & 167, 19:46, 33:60, 11:91, 23:19, 37:42, 77:42, 39:7)

Mad Lazim[sunting | sunting sumber]


Mad Lazim ialah sebahagian daripada Mad Far'ie yang terbahagi kepada dua pecahan iaitu Mad Lazim Harfi dan Mad Lazim Kalimi.

Mad Lazim Harfi adalah bacaan panjang pada huruf muqotho'ah iaitu huruf yang tidak berbaris atau bertanda yang dibaca sebagaimana nama hurufnya.

Huruf muqotho’ah[sunting | sunting sumber]

Huruf muqotho’ah iaitu huruf yang tidak berbaris atau bertanda yang dibaca sebagaimana nama hurufnya dan terdapat pada ayat pertama surah-surh tertentu sebagai pembuka surah. Maka, huruf muqotho’ah juga dikenali sebagai "Fawatihus Suwar" (فواتح السور) yang bermaksud "pembuka bab".

Secara amnya, huruf muqotho’ah dibaca dengan 3 pola berikut (perhatikan hukum madnya):

  • Pertama : Tidak ada mad (pemanjangan) iaitu pada huruf alif. Huruf Alif sebagai Huruf Muqotho’ah dibaca dengan bunyi "Alif"
  • Kedua : Mad Harfi ialah sepanjang 2 harakat, terjadi pada huruf-huruf berikut:

Muqotho’ah minor.png

  • Ketiga : Mad Lazim Harfi sepanjang 6 harakat, terjadi pada huruf-huruf berikut:

Muqotho’ah major.png

Contoh yang terdapat dalam al-Quran:

Mad harfi.png

Untuk mudah membezakan huruf yang dibaca 2 harakat dan 6 harakat ialah apabila hurufnya disebut menggunakan 2 huruf, maka ia dibaca 2 harakat manakala huruf-huruf yang apabila disebut namanya berbunyi daripada 3 huruf, maka ia dibaca 6 harakat.

Mad Lazim Harfi[sunting | sunting sumber]


Mad Lazim bererti mesti dibaca panjang manakala Harfi itu berlaku pada huruf. Mad Lazim Harfi terbahagi kepada dua iaitu Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (مد لازم حرف مخفف) yang bermaksud "ringan" untuk mengucapkannya tanpa bertasydid atau hukum idgham dan Mad Lazim Harfi Musyabba’ (مد لازم حرف مشبع) atau Mad Lazim Harfi Mutsaqqal (مد لازم حرفي مثقل). Musyabba’ bererti "tepu" manakala Musaqqal bererti "berat" kerana terdapat hukum idgham.

Mad Lazim Harfi Mukhaffaf adalah Mad Tabi'e yang bertemu sukun yang terjadi pada rangkaian huruf-huruf Muqotho’ah. Kepanjangan Mad Lazim Harfi Mukhoffaf adalah 6 harakat. Contohnya adalah seperti berikut:

Mad Lazim Harfi Mukhoffaf.png

Mad Lazim Harfi Mutsaqqal adalah Mad Tabi'e yang bertemu dengan tasydid/sabdu (keranya terjadinya idgham antara sebutan rangkaian huruf muqotho'at). Kepanjangan Mad Lazim Harfi Mutsaqol juga adalah 6 harakat dengan penekanan pada tasydid antara huruf.

Mad Lazim Harfi Mutsaqol.png

Panjang bacaan Mad Lazim Harfi Mutsaqqal pada "siiiiin" adalah 6 harakat, iaitu dari harakat ke-3 hingga harakat ke-8. Dan panjang bunyi "miiiiim" juga adalah 6 ketukan iaitu dari harakat ke-12 hingga harakat ke-17. Di antara keduanya (siiiiin dan miiiiim) ada bunyi ghunnah (dengung) kerana sifat bunyi "n" akan melebur ke bunyi "m" (wujud fungsi tasydid atau sabdu di sini). Tempoh bacaan ghunnah ini pula adalah 4 harakat, dari harakat ke-9 hingga harakat ke-12. Maka, harakat ke-3 berbunyi "si" dan dipanjangkan bunyi "i" hingga harakat ke-8 tanpa terputus. Bunyi "i" tersebut menghilang bersamaan dengan tersambarnya bunyi "m" pada harakat ke-8.

Dengungnya bunyi "m" dimulakan pada harakat ke-8 lagi, namun mula dikira harakatnya dari harakat ke-9 hingga harakat ke-12 tanpa putus. Bunyi dengung "m" akan menghilang pada bunyi "mi" pada harakat ke-12.

Pada harakat ke-12 itu tadi mula terdengar bunyi "mi" dan ditahankan bunyi "i" hingga harakat ke-17 juga tanpa putus. Bunyi "i" tersebut menghilang bersamaan dengan tersambarnya bunyi "m" pada harakat ke-17. Bunyi "m" terakhir, menghilang ketika jatuhnya harakat ke-18.

Mad Lazim Kalimi[sunting | sunting sumber]


Mad Lazim Kalimi juga terbahagi kepada dua iaitu Mukhaffaf dan Mutsaqqal. Berbeza dengan Mad Lazim Harfi, Mad Lazim Kalimi berlaku adalah bentuk perkataan atau kalimah (lantas gelarannya).

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf (مد لازم كلمي مخفف ) adalah mad yang terjadi daripada pertemuan antara Mad Badal dengan huruf bertanda sukun (mati). Hukum mad ini hanya terdapat di 2 tempat dalam Al-quran, iaitu pada surah Yunus ayat ke-51 dan 91.

Tempoh kepanjangan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf adalah 6 harakat.

Contoh: Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf.png

Mad Lazim Kalimi Mutsaqqal (مد لازم كلمي مثقل) adalah mad yang terjadi apabila Mad Tabi’e diikuti oleh huruf bertasydid, DAN kedua-duanya masih berada pada satu perkataan atau kalimah. Apabila tanda tasydid berada di lain perkataan, hukum mad tidak terpakai.

Tempoh kepanjangan Mad Lazim Kalimi Mutsaqqal adalah 6 harakat.

Contoh: Mad Lazim Kalimi Mutsaqqal.png

Mad Mubalaghah[sunting | sunting sumber]

Mad Mubalaghah adalah suatu pengecualian pada hukum mad dan tidak disenaraikan dalam mana-mana pecahan mad mahupun sebahagian daripada Mad Silah Qasirah, malah melanggar hukum tersebut.

Pada umumnya seperti yang diterang di atas, apabila sebelum atau sesudah ha dhamir itu bertanda sukun, maka ha dhamir tersebut tidak dibaca panjang atau tidak termasuk ke dalam bacaan mad. Walau bagaimanapun, ada salah satu tempat dalam al Qur'an iaitu surah al-Furqan ayat ke-69. Ha dhamir yang terdapat pada ayat ini sebelumnya itu bertanda sukun dan ha dhamir tersebut tetap dibaca panjang.

Mad mubalaghah.png

Disebabkan bacaan tersebut mengandungi fungsi "mubalaghah" (مبلغة), maksudnya secara harfiah ialah "keterlaluan" iaitu bacaan tersebut menyatakan bahawa betapa kerasnya siksaan Allah untuk orang-orang musyrik. Maka bacaan tersebut dipanjangkan dan digelar Mad Mubalaghah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]