Hula-hula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Penari hula-hula

Hula-hula atau hula ialah sejenis tarian yang khusus kepasa Kepulauan Hawaii.[1]

Seni ini mempunyai banyak jenis yang dipersembahkan. Jenis-jenis hula ini boleh dibahagikan menurut gaya, tema, atau zaman; Hula Preservation Society mencatat sekitar 300 jenis hula.[2] Jenis-jenis hula ini pula boleh dikelompokkan menjadi dua kategori utama: hula kahiko ("hula lama") yang asal diiringi nyanyian dan mainan alat muzik tradisional dan huka ʻauana ("hula kearusan/kehanyutan") yang menerapkan alat-alat muzik moden seperti gitar dan ukulele.[3]

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Pakaian[sunting | sunting sumber]

Penari wanita mengenakan sejenis kain sarung berumbai yang disebut ʻū yang adakalanya ditutup daun pokok anjuang () sehingga sebanyak 50 helai, pokok anjuang merupakan lambang dewi hutan Laka dan digunakan untuk menghalau semangat jahat.[4][5]Templat:Irrelevant citation Dahulunya penari wanita tidak menutup dada, tetapi kini dilabuhkan. Penari lelaki pula memakai kain cawat disebut malo dari kain kulit kayu (kapa) panjang berlapis-lapis.

Penari juga memakai banyak sekali hiasan seperti kalung, gelang, gelang kaki, serta sebanyak mungkin kalung bunga atau lei di kepala, pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Bunga-bungaan untuk membuat lei ini dikumpulkan di hutan dan dibacakan jampi kepada Laka dan roh semangat hutan. Malah, kalungan lei ini biasanya ditinggalkan sebagai bahan semahan suci untuk dewi Laka dalam tempat khas yang ada di setiap hālau.

Alat muzik[sunting | sunting sumber]

Alat-alat tradisi memainkan lagu iringan tarian hula dari jenis perkusi terdiri dari:

  • ipu - gendang diperbuat daripada labu parang, sama ada berganda (ipu heke) atau tunggal berlubang (ipu heke ʻole)
  • pahu - gendang dari batang pohon nyiur/kelapa dan kulit ikan yu
  • pūniu - gendang kecil dari tempurung nyiur/kelapa berlapis kulit ikan
  • ʻiliʻili - batu lava licin diketuk-ketukkan seperti kastanet
  • ʻulīʻulī - labu kericikan dengan hiasan bulu-bulu yang digoncang-goncangkan
  • ʻili - batang-batang buluh
  • kālaʻau - kayu perentak

Gelang kaki diperbuat daripada gigi-gigi taring anjing turut dipakaikan para penari lelaki untuk dihentak-hentakkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Holmes, Leilani (2012). Ancestry of Experience: A Journey into Hawaiian Ways of Knowing. Honolulu: University of Hawai'i Press. m/s. 6.
  2. ^ "Hula The Heartbeat of Hawai`i". Kaʻahele Hawaiʻi. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-29. Dicapai pada 24 January 2009. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); line feed character in |title= at position 5 (bantuan)
  3. ^ "A Brief History of the Hula". Hawaii Ocean Project. 1 Februari 2018. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  4. ^ Kawate, M.; Uchida, J.; Coughlin, J.; Melzer, M.; Kadooka, C.; Kam, J.; Sugano, J.; Fukuda, S. (2014). "Ti Leaf (Cordyline terminalis or fruticosa) Diseases in Hawaii's Commercial Orchards" (PDF). HānaiʻAi/The Food Provider: 1–11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-12-10. Dicapai pada 2019-01-21.
  5. ^ Gamayo, Darde (4 August 2016). "Ti Leaf: Canoe Plant of Ancient Hawai'i". Big Island Now. Dicapai pada 21 January 2019.