Hussein Dey
Hussein Dey الداي حسين | |
---|---|
Keputeraan | Smyrna, Empayar Uthmaniyah (kini İzmirdi Turki) |
Kemangkatan | 1838 Iskandariyah, Eyalet Mesir, Empayar Uthmaniyah (kini di Mesir) |
Hussein Dey (juga Husayn Dey, Arab: حسين داي ; 1765 – 1838) merupakan pemerintah Uthmaniyah terakhir yang memerintah Kerajaan Aljazair (kini Algeria) sebelum kawasan tersebut diserang dan ditakluk Kerajaan Perancis pada 1830.
Hubungan dengan Kerajaan Perancis
[sunting | sunting sumber]Semasa Perang Napoleon, Kerajaan Mahkota Al-Jaza'ir banyak mendapat manfaat daripada perdagangan di Mediterranean, dan hampir sebahagian besar jumlah import makanan yang besar dari Perancis diperolehi secara hutang oleh Perancis daripada dua pedagang utama iaitu Bacri dan Boushnak. Dey tersebut gagal mencari kata putus dalam rundingan bersama wakil konsulat Perancis, Pierre Deval, yang mampu menyelesaikan situasi ini; malah Hussein mengesyaki Deval bersubahat dengan saudagar-saudagar tersebut yang langsunbg tidak tidak diberikan peruntukkan oleh kerajaan Perancis pada 1820.[1]
Konsul Perancis Pierre Deval enggan memberi jawapan yang memuaskan kepada Hussein; maka Hussein dengan perasaan marahnya melibas muka konsul tersebut dengan kipas lalat baginda. Raja Charles X kemudian menggunakan alasan ini untuk memutuskan hubungan diplomatik. Pada Julai 1830, kerajaan baginda pimpinan Jules de Polignac mengarahkan tentera Perancis menyerang kota Al-Jaza'ir. Kerajaan Al-Jaza'ir tumpas serta digulingkan lalu kuasa pemerintahan beralih kepada pihak Perancis yang menakluk dan menjajah kawasan tersebut selama 132 tahun seterusnya.[2]
Dalam pembuangan
[sunting | sunting sumber]Hussein, kaum kerabat dan harem milik baginda berangkat keluar dari kota Al-Jaza'ir pada 15 Julai 1830 bersama khazan peribadinya di atas kapal Jeanne d'Arc milik Perancis. Beliau meminta agar duduk di Perancis namun permintaan tersebut ditolak Raja Charles X, maka baginda akhirnya mencemar duli dan bersemayam di Napoli yang pada ketika itu dalam kawalan Empayar Austria selama tiga tahun.[3] Baginda mangkat di kota Iskandariah pada tahun 1838.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abun-Nasr, Jamil. A history of the Maghrib in the Islamic period, p. 249
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBosworth 24
- ^ Hugo, Abel. 1835. France pittoresque