I Am David (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
I Am David
Pengarah Paul Feig
Penulis Paul Feig
Muzik Steven Weisberg
Masa 90 min
Bahasa Bahasa Inggeris

I Am David merupakan filem yang diadaptasi dari novel I Am David oleh Anne Holm dan ditayangkan pada 2003. Filem ini diarah oleh Paul Feig.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang telah ditahan di Eropah Timur dan cuba melepaskan diri dari kem konsentrasi Komunisdi Eropah. Beliau berjaya melepaskan diri hasil bantuan seorang tahanan dewasa Johannes (lakonan James Caviezel). David (lakonan Ben Tibber) cuba ke Denmark untuk mencari ibunya. Bermula dari situlah perjalanannya merentasi negara-negara sekeliling Eropah dan membuatkan David bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang membantunya. Di Itali, David cuba membayangkan sesuatu melalui imaginasinya : sebuah negara yang aman. Dia cuba memberanikan diri untuk hidup di dunia yang asing baginya. Perjalanannya penuh dengan kegusaran di hati. Dia penuh berhati-hati. Dia hanyalah seorang kanak-kanak yang masih nafi tentang kehidupan. Dia tidak memiliki pengetahuan tentang tempatnya berpijak, tidak mempunyai wang, tidak tahu bagaimana untuk senyum .Akhirnya dia terjumpa sebuah keluarga kaya warga Itali. Walaupun berasa bahagia tinggal bersama keluarga tersebut, David tahu bahawa dia mesti mencari ibunya di Denmark. David akhirnya sampai ke Switzerland dan bertemu dengan seorang wanita tua yang sedang melakar potret, Sophie (Joan Plowright). Wanita inilah yang menolongnya sehinggalah akhirnya dia berjaya memasuki Denmark dan bertemu ibunya yang kini bergelar penulis buku.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Ben Tibber (David)
  • James Caviezel (Johannes)
  • Joan Plowright (Sophie)
  • Hristo Shopov
  • Silvia De Santis (Elsa)
  • Paco Reconti (Giovanni)
  • Roberto Attias (Baker)
  • Francesco De Vito (Roberto)
  • Paul Feig (Lelaki Amerika)
  • Lucy Russell (Wanita Amerika)
  • Viola Carinci (Ibu David)
  • Marin Jivkov (Cecha)
  • Robert Syulev (Angelo)
  • Alesandro Sperduti (Carlo)

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat kritikan dari para pemerhati filem dan hanya mendapat 39 % oleh Rotten Tomatoes. [http://www.rottentomatoes.com/m/i_am_david/?critic=columns Filem ini hanya memungut kutipan sebanyak $288,552 untuk 226 pawagam.[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Filem ini memenangi beberapa anugerah pada 2003, seperti Anugerah Crystal Heart di Festival Filem Heartlan, the Queens Festival's Best Feature Film, Best Film dan Most Promising Actor untuk Ben Tibber. [2]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]