Ian Smith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ian Douglas Smith
A black and white photograph of Ian Smith
Smith s. 1954
Perdana Menteri Rhodesia ke-8
Dalam jawatan
13 April 1964 – 1 Jun 1979
RajaElizabeth II
PresidenClifford Dupont (1970–75)
TimbalanClifford Dupont
John Wrathall
David Smith
Didahului olehWinston Field
Digantikan olehAbel Muzorewa (sebagai PM Zimbabwe Rhodesia)
Butiran peribadi
LahirIan Douglas Smith
(1919-04-08)8 April 1919
Selukwe, Rhodesia
Meninggal dunia20 November 2007(2007-11-20) (umur 88)
Cape Town, Afrika Selatan
Tempat persemadian
  • Berhampiran Shurugwi, Zimbabwe
  • (abu mayat ditaburkan)
Parti politik
PasanganJanet Duvenage Smith (née Watt) (k. 1948; m. 1994)
Anak-anak
  • Jean (anak tiri perempuan)
  • Robert (anak tiri lelaki)
  • Alec
Alma materRhodes University (BComm)
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan
  • Rhodesia Selatan
  • United Kingdom
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Udara Diraja British
Tahun perkhidmatan1941–1945
PangkatLeftenan (Udara)
PertempuranPerang Dunia Kedua

Ian Douglas Smith (8 April 1919 - 20 November 2007) ialah seorang ahli politik, petani, dan juruterbang pejuang Rhodesia yang menjadi Perdana Menteri Rhodesia (yang dikenali sebagai Rhodesia Selatan hingga Oktober 1964 dan hari ini dikenali sebagai Zimbabwe) dari tahun 1964 hingga 1979. Beliau adalah perdana menteri kulit putih pertama di negara itu yang merupakan anak watan Zimbabwe, dan menerajui kerajaan yang didominasi kaum kulit putih selepas mengisytiharkan Pengisytiharan Kemerdekaan Sepihak dari jajahan Inggeris pada bulan November 1965, berikutan perselisihan yang berpanjangan mengenai syarat kemerdekaan yang dikenakan. Beliau kekal sebagai Perdana Menteri Rhodesia selama hampir 14 tahun semasa negaranya dipulau di peringkat antarabangsa, dan mengawasi pasukan keselamatan Rhodesia selama Perang Bush dilancarkan, yang mengadukan pentadbiran yang tidak diikitiraf dunia dengan kumpulan gerila nasionalis kulit hitam yang disokong puak komunis. Smith, yang telah digambarkan sebagai persona kaum kulit putih Rhodesia, tetap menjadi tokoh yang sangat kontroversial hingga ke hari ini — penyokong beliau menyanjungnya sebagai seorang yang berintegriti dan berwawasan "yang memahami hakikat yang tidak menyenangkan tentang Afrika," sementara penentangnya pula menganggap beliau sebagai seorang "rasis yang tegar”.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Ibu bapa Smith, Jock and Agnes, pada tahun 1935

Ian Douglas Smith dilahirkan pada 8 April 1919, di Selukwe, Rhodesia Selatan, kepada pendatang Scotland John Douglas Smith dan isteri pendatang Britishnya, Agnes (née Hodgson). Bapanya adalah seorang pemilik ladang, penjual daging, dan penternak kuda. Smith mempunyai dua kakak perempuan, Phyllis dan Joan.

Smith bersekolah di 'Selukwe Primary School' dan kemudian belajar di 'Chaplin Boarding School,' Gwelo, di mana dia bermain kriket, ragbi, tenis dan sukan lain. Pada tahun 1938, beliau mendaftar di 'Universiti Rhodes' di Grahamstown, Afrika Selatan.

Semasa Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Dengan bermulanya Perang Dunia II pada tahun 1939, Smith berehat dari pengajian dan menyertai Tentera Udara Diraja (RAF). Selepas latihannya pada tahun 1942, beliau telah ditugaskan ke Skuadron nombor 237 (Rhodesia) di Timur Tengah.

Pesawatnya terhempas di Mesir pada tahun 1943, menyebabkan dia mengalami kecederaan serius di muka, kaki, dan bahu. Pada tahun 1944, dia kembali ke skuadronnya dan pada Jun 1944, kapal terbangnya pula ditembak jatuh di Corsica. Dia dibantu oleh keluarga petani dan kemudiannya menyertai kumpulan partisan Itali dan berjuang di belakang garis Jerman. Dia menyeberangi Alps dengan berjalan kaki dan diselamatkan oleh tentera Amerika. Pada April 1945, beliau menyertai Skuadron nombor 130 (Punjab).

Pada penghujung perang, beliau telah diberhentikan sebagai Leftenan Udara, dan kembali ke universiti pada tahun 1946. Selepas memperoleh ijazah dalam bidang Perdagangan, beliau menyertai 'Kolej Pertanian Gwebi' di Rhodesia Selatan.

Penglibatan dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1948, Smith membeli sebuah ladang berhampiran Selukwe, menamakannya Gwenoro (aliran sungai), dan mula menanam tembakau dan jagung. ‘Parti Liberal’ pembangkang meyakinkannya untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen; dia bersetuju selepas keengganan awal. Beliau memenangi pilihan raya parlimen pada September 1948, untuk menjadi Ahli Parlimen termuda di Rhodesia. Parti Liberal, bagaimanapun, tidak mendapat banyak kerusi.

Dalam tempoh itu, Rhodesia Selatan, bersama-sama dengan Rhodesia Utara dan Nyasaland, adalah sebuah Persekutuan. Pada April 1953, beliau menyertai 'Parti Persekutuan' yang baru ditubuhkan di bawah Huggins, PM pertama Rhodesia. Smith meletak jawatan dari kerusi Selukwe dan pada Disember 1953, menang dari kawasan Midlands Dewan Persekutuan.

Dalam kerajaan UFP (Parti Persekutuan Bersatu) baharu 1958, Smith telah dilantik sebagai ‘Ketua Whip,’ atau ahli yang memastikan ahli parti hadir dan mengundi mengikut kehendak kepimpinan parti. Banyak perubahan politik berlaku sekitar akhir 1950-an dan awal 1960-an. Persekutuan 3 negara menghadapi kesukaran.

Pada tahun 1961, PM Rhodesia yang baru, Sir Whitehead, bersetuju dengan perlembagaan baharu yang membenarkan lebih banyak perwakilan bagi warga kulit hitam Rhodesia di parlimen. Smith menentangnya, meletak jawatan daripada UFP dan menghadiri perhimpunan itu sebagai seorang wakil rakyat bebas. Selepas menerimanya pada mulanya, nasionalis kulit hitam kemudiannya memboikot perlembagaan, tetapi pengundi kulit putih tetap meluluskannya pada Julai 1961 (majoriti 65%).

Pada Disember 1961, Smith, bersama-sama dengan penternak-industrialis DC Lilford, membentuk 'Rhodesian Reform Party' (RRP), Manakala 'National Democratic Party' yang diharamkan (oleh PM Whitehead) nasionalis kulit hitam 'National Democratic Party' menukar namanya kepada 'Zimbabwe African People's Union' (ZAPU).

Logo parti politik Rhodesian Front atau Barisan Rhodesia satu parti konservatif kulit putih berhaluan kanan yang diasas oleh Ian Smith dan Winston Field

Pada Mac 1962, Smith dan Winston Field membentuk parti gabungan, 'Rhodesian Front,' atau Barisan Rhodesia untuk menentang PM Whitehead, yang mendapat sokongan daripada supremasi kulit putih. Parti Smith menang dalam pilihan raya 1962 apabila dia menjanjikan kerajaan minoriti kulit putih dan kemerdekaan daripada Britain. Persekutuan dibubarkan pada tahun 1963, dan Perdana Menteri Britain juga bercakap tentang 'Angin Perubahan.'

Selepas kemenangan 1962 'Barisan Rhodesia,' Smith menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Winston Field menjadi Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, Field dianggap sebagai pemimipin yang moderat oleh partinya, jadi 'Barisan Rhodesia' mengundi untuk menentangnya dan Smith telah dipilih sebagai Perdana Menteri Rhodesia pada tahun 1964.

Rhodesia di bawah kerajaan Ian Smith[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 1964, Rhodesia Utara telah merdeka dan dipanggil Zambia, di bawah pemerintahan kulit hitam. Great Britain menegaskan tentang perubahan perlembagaan yang akan membolehkan kemajuan ke arah pemerintahan majoriti Afrika. Pada Julai 1964, semasa 'Persidangan PM Komanwel,' Smith enggan membincangkan perlembagaan baru, yang akhirnya akan membawa peraturan majoriti kulit hitam. Rundingan berulang antara PM Britain Harold Wilson dan 'Barisan Rhodesia' kekal menemui jalan buntu.

Pada 11 November 1965, Smith mengumumkan Pengisytiharan Kemerdekaan Sepihak (UDI). Britain menolak kerajaan Smith dan menghentikan perdagangan dengan Rhodesia. Walaupun Rhodesia menghadapi pengasingan antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rhodesia, kerajaan RF Rhodesia meneruskan ekonominya dengan bantuan Afrika Selatan dan Portugis Mozambique. Di samping itu, beberapa syarikat antarabangsa terus melanggar sekatan secara rahsia.

Perdana Menteri UK Sir Harold Wilson yang menentang penubuhan kerajaan haram Rhodesia di bawah pimpinan Ian Smith

Smith mengadakan perbincangan berulang kali dengan Harold Wilson di atas kapal British 'HMS Tiger' (1966), dan 'HMS Fearless' (1968), tetapi perbincangan itu tetap menemui jalan buntu. Terdapat pergolakan dalaman di Rhodesia, yang ditindas menggunakan pasukan polis dan beribu-ribu orang kulit hitam telah dipenjarakan.

Pada 20 Jun 1969, satu referendum telah dikeluarkan, yang memperkatakan penerimaan perlembagaan baru yang mana minoriti kulit putih akan mendapat kuasa politik dan Rhodesia akan mendapat status sebagai republik. Dengan majoriti pengundi kulit putih, perlembagaan baru telah diluluskan pada November 1969. Rhodesia telah diisytiharkan sebagai republik pada 2 Mac 1970 dan sekali gus ia memutuskan semua hubungan dengan Britain.

Serangan gerila oleh nasionalis kulit hitam semakin meningkat. Orang kulit putih Rhodesia, yang cuba menentang peraturan baru, (seperti bekas PM Garfield Todd dan anak perempuannya, Judith), telah diletakkan di bawah tahanan rumah. Di bawah pemerintahan Smith, dasar NIBMAR iaitu (Tiada Kemerdekaan Sebelum Pemerintahan Majoriti) tidak boleh dibangkitkan lagi.

Nasionalis kulit hitam, di bawah pimpinan Robert Mugabe dan Joshua Nkomo dari 'Patriotic Front,' meningkatkan perang gerila mereka terhadap kerajaan kulit putih pimpinan Ian Smith. Mereka mengadakan pangkalan di Mozambique, yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1975. Smith bertindak balas dengan angkatan bersenjata. Ekonomi terjejas, kerana wang kerajaan digunakan untuk mengawal penghasut hitam. Orang kulit putih mula berhijrah dari Rhodesia, kerana ladang mereka diserang oleh kumpulan penunjuk perasaan.

Akhirnya, Smith terpaksa memulakan penyelesaian sementara dengan pemimpin kulit hitam berfahaman sederhana iaitu Bishop Abel Muzorewa. Pada Mac 1978, Smith menandatangani perjanjian penyelesaian dan menjadi sebahagian daripada 'Majlis Eksekutif Peralihan' yang memulakan peralihan kuasa kepada kerajaan kulit hitam. Smith berfungsi sebagai PM sehingga Mei 1979. Pada 1 Jun 1979, Muzorewa menjadi PM sementara. Sehingga Disember 1979, Smith adalah seorang menteri (tanpa portfolio) dalam kerajaan majoriti kulit hitam Zimbabwe.

Pilihan raya semua parti telah diadakan pada Mac 1980, dan parti Robert Mugabe memenangi majoriti dan membentuk kerajaan kulit hitam bebas pertama di Afrika. RF dinamakan semula sebagai ‘Perikatan Konservatif Zimbabwe.’ dan Ian Smith kekal di parlimen sehingga 1987. Pada tahun 1992, beliau mengetuai parti pembangkang, gabungan partinya dan parti hitam yang menentang Mugabe.