Tentera Udara Diraja British
Tentera Udara Diraja | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1 April 1918 (106 tahun) |
Negara | United Kingdom |
Kesetiaan | Raja Charles III |
Jenis | Tentera udara |
Peranan | Peperangan udara |
Saiz | 37,200 anggota Tetap dan RAuxAF 33,980 anggota Simpanan Senarai pesawat |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera British |
Pejabat Staf Udara | Bangunan Utama Kementerian Pertahanan Whitehall, London, United Kingdom |
Moto | Latin: Per Ardua ad Astra "Melalui Kesukaran menuju ke Bintang"[1] |
Kawat | Royal Air Force March Past |
Laman web | www.raf.mod.uk |
Komander | |
Ketua Turus Udara | Ketua Marsyal Udara Michael Wigston |
Komander terkenal | Lord Trenchard Lord Dowding Lord Portal |
Tanda kebesaran | |
Roundel | |
Lambang ekor | |
TRF / Badge | |
Ensign | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | Tornado GR4 Typhoon FGR4 Reaper |
Peperangan elektronik | Sentry |
Pejuang | Typhoon F2 |
Helikopter | Chinook Merlin Puma Sea King Griffin HAR2 |
Pemintas | Typhoon |
Pengawasan | Islander Shadow R1 Sentinel R1 Reaper Tornado GR4A |
Pelatih | Hawk King Air Squirrel Tucano Tutor Vigilant Viking |
Pengangkut | C-17 Hercules C4 & C5 Voyager |
Komponen |
---|
Sejarah |
Pesawat |
Struktur |
Keanggotaan |
Tentera Udara Diraja (Inggeris: Royal Air Force atau RAF) merupakan cabang perkhidmatan peperangan udara dalam Angkatan Tentera British. Ditubuhkan pada 1 April 1918[2] RAF telah meyumbangkan peranan yang ketara dalam sejarah ketenteraan Britain dan sejak itu, telah melibatkan diri dalam Perang Dunia II dan dalam konflik-konflik tidak lama dulu. RAF mengoperasikan sejumlah 853 buah pesawat dan, setakat 31 Mac 2008, mempunyai kekuatan seramai 41,440 anggota terlatih dalam perkhidmatan tetap. [3]Majoriti pesawat RAF dan anggotanya ditempatkan di Britain, terdapat juga anggotanya sedang berkhidmat dalam operasi (terutamanya di Iraq dan Afghanistan) atau pangkalan-pangkalan luar negara yang telah lama wujud (contohnya di Kepulauan Falkland dan Cyprus).
RAF merayakan hari ulang tahunnya yang ke-90 dengan melakukan lintas hormat oleh pasukan Red Arrows dan 4 buah pesawat Typhoon di atas pangkalan RAF dan Tengah London pada 1 April 2008.[2].
Misi
[sunting | sunting sumber]RAF misi adalah menyokong objektif (Kementerian Pertahanan (United Kingdom)), yang mana "menyediakan keupayaan yang diperlukan: untuk memastikan keselamatan dan pertahanan United Kingdom dan jajahan luar negara, termasuk menentang keganasan; menyokong objektif polici luar negara kerajaaan terutamanya dalam mempromosi keselamatan dan keamanan antarabangsa."[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Walaupun Britain bukan negara yang pertama yang menggunakan pesawat udara tentera, tetapi RAF adalah merupakan tentera udara tertua di dunia dalam saiz yang ketara yang bebas dari kawalan tentera darat atau tentera laut. Ia ditubuhkan pada 1 April 1918, semasa Perang Dunia I, dengan penggabungan Kor Penerbangan Diraja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja. Selepas perang, perkhidmatan ini dikurangkan secara drastik, dan RAF bertanggungjawab dalam mengawal Iraq dan melaksanakan beberapa aksi kecil di Empayar British yang lain.
RAF melalui perkembangan yang pesat sebelum dan semasa Perang Dunia II. Di bawah Rancangan latihan Udara Commonwel British pada Disember 1939, tentera udara negara British Kommonwel dilatih dan ditubuhkan untuk berkhidmat dengan formasi RAF. Ramai penduduk daripada negara-negara ini, dan pelarian daripada pendudukan Eropah, juga berkhidmat dengan skudron RAF.
Dalam Peperangan Britain, pada hujung musim panas 1940, RAF telah mempertahankan ruang udara Britain dalam menentang serangan Luftwaffe Jerman, membantu memusnahkan rancangan pencerobohan Hitler ke atas Britain, dan memetik kata-kata Perdana Menteri Winston Churchill dalam Parlimen Britain pada 20 Ogos, "Never in the field of human conflict was so much owed by so many to so few".[5]
Usaha terbesar RAF semasa perang adalah melaksanakan kempen pengeboman strategik. Walaupun pengeboman RAF ke atas Jerman bermula seawal perang meletus, di bawah kepimpinan Ketua Marshal Udara Harris, serangan bertubi-tubi meningkat dari 1942 dan seterusnya disebabkan oleh kewujudan teknologi dan peningkatan jumlah pesawat. Menjadi kontroversi, RAF telah menerima pakai polici dalam memlaksanakan pengeboman kawasan pada waktu malam yang melihat serangan dibuat ke atas bandar-bandar Jerman seperti Hamburg dan Dresden. Unit-unit lain, bagaimanapun, membangunkan teknik pengeboman tepat untuk operasi-operasi tertentu seperti Serangan "Dambusters" oleh Skuadron No. 617 [6]
Semasa Perang Dingin peranan utama RAF adalah mempertahankan benua Eropah menentang kemungkinan serangan oleh Soviet Union, termasuk pegangan UK's nuclear deterrent untuk beberapa tahun. Sejak tamat Perang Dingin, beberapa operasi berskala besar melibatkan RAF, termasuk Perang Kosovo, Perang di Afghanistan (2001–sekarang) dan Pencerobohan Iraq pada 2003.
Pesawat
[sunting | sunting sumber]Sistem pengenalan pesawat tentera British mengikut nama pesawat menghuraikan peranan pesawat berkenaan. Sebagai contoh, pesawat Tornado F3 ditandakan sebagai fighter berdasarkan abjab 'F', dan ia merupakan generasi ketiga pengeluaran.
Pesawat sokongan ofensif, serangan dan tempur
[sunting | sunting sumber]- Tornado GR4
Membawa senjata seperti peluru berpandu kruis Storm Shadow, bom panduan laser dan peluru berpandu anti radar ALARM.
- Harrier GR7/GR7A
Digunakan dalam serangan dan peranan sokongan udara dekat, dan menghapuskan pertahanan udara musuh
- Harrier GR9/GR9A
Dilengkapi dengan sistem terbaru dan enjin lebih berkuasa. Pesawat ini diterima secara rasmi oleh RAF pada hujung September 2006.
Pesawat Amaran Awal Udara dan Pertahanan Udara
[sunting | sunting sumber]- Tornado F3
Berperanan untuk menpertahankan ruang udara Britain.
- Eurofighter Typhoon F2
Berperanan untuk menpertahankan ruang udara Britain.
- Sentry AEW1
Menyediakan amaran awal udara akan kedatangan pesawat musuh dan mengkordinasikan pertempuran udara.
Pesawat pengawasan
[sunting | sunting sumber]- Tornado GR4A
Dilengkapi dengan kamera dan penderia penglihatan, inframerah dan jarak spektrum radar.
- Nimrod R1
Menyediakan perisikan elektronik dan isyarat.
- Sentinel R1
Dikenali juga sebagai ASTOR - Airborne Stand-Off Radar) menyediakan platfom pengawasan radar bumi bertempat di jet perniagaan jarak jauh Bombardier Global Express.
- UAV MQ-9 Reaper
2 buah UAV telah dibeli untuk menyokong operasi di Iraq dan Afghanistan. Dioperasikan oleh Skuadron No. 39. MQ-9 ke-3 dalam proses perolehan .[7]
Pesawat Cari & Selamat
[sunting | sunting sumber]- Sea King HAR.3/HAR3A
2 skuadron helikopter iaitu Skuadron No. 22 dan Skuadron No. 202 di Britain
- Griffin HAR2
Skuadron No. 84 yang beroperasi di Cyprus.
Pesawat rondaan maritim
[sunting | sunting sumber]- Nimrod MR2
Peperangan Anti-Kapal Selam dan Peperangan Anti Permukaan. Juga digunakan untuk peranan Cari dan Selamat, dimana keupyaan jarak jauhnya dan kemudahan komunikasi membolehkan ia bertindak sebagai penghubung di antara helikopter penyelamat, kapal dan pangkalan di darat. Ia juga boleh mengugurkan pod yang mengandungi rakit keselamatan dan bekalan ikhtiar hidup kepada orang terselamat di laut. Pesawat Nimrod MR2 akan digantikan dengan 12 buah pesawat Nimrod MRA4 pada tahun 2009.
Helikopter sokongan
[sunting | sunting sumber]- Chinook HC2/HC2A
Menyediakan sokongan pengangkutan berat.
- Merlin HC3
Menyediakan sokongan pengangkutan berat. 3 buah helikopter tambahan akan diperolehi dalam bulan Mac 2007.
- Puma HC1
Menyediakan sokongan pengangkutan sederhana
- Chinook HC3s
8 buah helikopter yang berada dalam simpanan akan diubahsuai untuk berperanan sebagai sokongan pertempuran.
Pesawat pengangkut dan penangki udara
[sunting | sunting sumber]- BAe 125 CC3, Agusta A109 dan BAe 146 CC2
Berperanan untuk mengangkut VIP.
- C-130K/J
Pengangkutan taktikal jarak dekat.
- C-17 Globemaster III
4 buah melalui perjanjian sewa-beli daripada Boeing untuk menyediakan keupayaan pengangkutan strategik berat. Pesawat ke-5 akan dihantar pada 7 April, 2008. Perolehan pesawat ke-6 seperti diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Britain akan memperkukuhkan operasi di Iraq dan Afghanistan, [3] akan dihantar pada 3 Jun, 2008. Pesawat bari ini akan digerakkan ke barisan hadapan secepat mungkin. RAF dijangka akan menerima sejumlah 8 buah pesawat C-17 yang bermakna 2 buah pesawat lagi akan dihantar sebelum pertengahan tahun 2009 apabila pengeluaran pesawat Globemaster mungkin akan dihentikan.
Pesawat latihan
[sunting | sunting sumber]- Tutor T1, Viking T1, Vigilant T1
Pesawat latihan asas kepada Kadet Udara.
- Tucano T1, Squirrel HT1
Pesawat latihan asas untuk juruterbang helikopter dan pesawat kepak kaku.
- Dominie T1
Latihan operasi untuk sistem persenjataan dan pegawai sistem senjata.
- Harrier T10, Typhoon T1, Hawk T1, Griffin HT1 dan B200 King Air
Pesawat latihan lanjut untuk juruterbang.
Pesawat akan datang
[sunting | sunting sumber]RAF sedang merancang untuk menggunakan pesawat baru. Ini termasuk:
- Eurofighter Typhoon
Sedang mula memasuki perkhidmatan dan apabila kesemua pesawat Typhoon beroperasi sepenuhnya, RAF adalah merupakan pendendali terbesar pesawat jenis ini.
- Airbus A400M
25 buah akan diperoleh untuk menggantikan pesawat C-130K Hercules.[8]
- HC3
Versi tingkat upaya pesawat Chinook, dengan sistem avionik terbaru dan penambahan jarak untuk melaksanakan misi pasukan khas, dipesan pada 1995. Oleh kerana masal teknikal dan penguruskan projek, pesawat ini tidak dapat memasuki perkhidmatan, dan telah diturun taraf sebagai Helikopter sokongan dan akan digunakan bermula pada tahun 2009.
- Hawk 128
Akan menggantikan pesawat Hawk dalam perkhidmatan; model baru ini akan dilengkapi peralatan dan keupayaan yang setanding dengan pesawat moden barisan hadapan.
- Airbus A330 MRTT
Sebagai pesawat penangki udara menggantikan pesawat uzur VC10 dan Tristar di bawah program Pesawat Penangki Strategik Masa Depan.
- Joint Combat Aircraft (pengenalan untuk pesawat F-35 Lightning II)
Akan menggantikan pesawat Harrier GR7 dan GR9.
Galeri pesawat terkini Tentera Udara Diraja British
[sunting | sunting sumber]Pangkat
[sunting | sunting sumber]Pangkat[9] | Air officers | Senior officers | Junior officers | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Marshal of the Royal Air Force | Air Chief Marshal | Air Marshal | Air Vice-Marshal | Air Commodore | Group Captain | Wing Commander | Squadron Leader | Flight Lieutenant | Flying Officer | Pilot Officer | Officer Cadet | ||
Tentera Udara Diraja | |||||||||||||
Singkatan pangkat | MRAF[note 1] | Air Chf Mshl | Air Mshl | AVM | Air Cdre | Gp Capt | Wg Cdr | Sqn Ldr | Flt Lt | Fg Off | Plt Off | Off Cdt | |
Kod NATO | OF-10 | OF-9 | OF-8 | OF-7 | OF-6 | OF-5 | OF-4 | OF-3 | OF-2 | OF-1 | OF-D |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tentera Udara Diraja British |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tentera Udara Diraja British |
- Senarai Pangkalan RAF
- Kor Latihan Udara (Kadet Udara)
- Senarai pesawat tentera udara aktif di United Kingdom
- Tentera Udara Diraja daripada Negara Kommonwel:
- Tentera Udara Diraja Australia - bermula dengan Kor Penerbangan Australia, kemudian Tentera Udara Australia
- Tentera Udara Diraja Malaysia
- Tentera Udara Diraja New Zealand - bermula dengan Tentera Udara Tetap New Zealand
- Tentera Udara Diraja Brunei - bermula dengan Sayap Udara dari Rejimen Melayu Diraja Brunei
- Tentera Udara Diraja Kanada - bermula sebagai Kor Penerbangan Diraja Kanada, kemudian Tentera Udara Kanada
- Nota: Pada 1968, Tentera Udara Diraja Kanada telah disatukan dengan Tentera Laut Diraja Kanada dan Tentera Darat Kanada untuk membentuk Angkatan Tentera Kanada, kemudian Tentera Kanada sebagai Arahan Udara Tentera Kanada
- Tentera Udara Diraja Negara Bukan Komonwel
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRAF – Frequently Asked Questions
- ^ [1] Diarkibkan 2009-06-06 di Wayback Machine Saluran Sejarah - 1 April adalah hari penubuhan RAF
- ^ http://www.raf.mod.uk/currentoperations/newstructure.cfm Struktur baru RAF sehingga 31 Mac 2008
- ^ Agensi Perkhidmatan Analisis Pertahanan Misi Kementerian Pertahanan Diarkibkan 2009-06-28 di Wayback Machine
- ^ The Churchill Centre - Speeches & Quotes
- ^ Paul Brickhill "The Dambusters"
- ^ Majalah Air Forces Monthly, keluaran Disember 2007, m/s.6.
- ^ Tentera Udara Diraja Britain - A400M
- ^ "RAF Ranks". RAF.MoD.uk. Royal Air Force. n.d. Dicapai pada 29 August 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web RAF
- Muzium RAF
- Air of Authority - Sejarah Penubuhan RAF
- Farnborough yang bersejarah - bandar dimana RAF ditubuhkan
Angkatan Tentera British |
---|
Tentera Darat British • Tentera Laut Diraja British • Tentera Udara Diraja British |
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/>
yang berpadanan disertakan