Ibnor Riza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ibnor Riza
Kelahiran
Ibnor Riza bin Ibrahim

(1961-10-11)11 Oktober 1961
Meninggal dunia17 Disember 2023(2023-12-17) (umur 62)
Sebab kematianKanser Limfoma
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1980-an - 1990-an
Syarikat rakaman
Sony Music Entertainment

Ibnor Riza bin Ibrahim (11 Oktober 1961 – 17 Disember 2023) merupakan seorang penyanyi dari Malaysia yang terbabit dalam bidang seni semenjak 1984 melalui penyertaan pertandingan Bintang RTM dan kemudiannya di lamar menjadi artis rakaman Sony Music Entertainment yang dahulunya dikenali sebagai CBS.

Beliau merupakan seorang kakitangan kerajaan[1] sebelum mengambil keputusan berhenti kerja pada 1993 bagi menumpukan kepada kerjaya seninya.

Ibnor Riza telah merakamkan 13 buah album sepanjang 23 tahun penglibatannya dalam bidang seni.pernah dan menerima anugerah platinum atas penjualan memberansangkan album "The Best of Ibnor Riza" (terjual sebanyak 25,000 unit).

Ibnor Riza kini menghasilkan album kompilasi lagu lama dengan judul "Kerongsang Jiwa" pada 2007. Ibnor Riza kini menyanyi sepenuh masa dan sering mengadakan persembahan di majlis-majlis tertutup, konsert Diraja dan persembahan TV terutama di RTM. Beliau kini mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Norizah, juga merupakan seorang penyanyi dari negara Brunei Darussalam.[2]

Penyakit dan kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Februari 2023 Ibnor diserang pelbagai penyakit seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Buasir dan menjalani rawatan bagaimanapun beliau disahkan Kanser selepas menjalani pemeriksaan. Kesannya beliau alami kurang makan, pergerakan terbatas selain bergantung makan ubat dan jalani rawatan lanjutan walaupun kos perubatan banyak.

Pada Disember 2023, Ibnor menjalani pembedahan pada bahagian kepala dan tidak sedarkan diri akhirnya pada 17 Disember 2023 Ibnor meninggal dunia di Hospital Tuanku Muhriz, Cheras dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan,[3] kampung halamannya di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau meninggalkan dua orang balu.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio
  1. Meneka Dalam Kesamaran (1987)
  2. Berdiri Seorang Perindu (1988)
  3. Rahsia Ukiran Duka (1989)
  4. Sudah Terluka Merindu Pula (1990)
  5. Mimpi Kita Berbeza (1992)
  6. Dangdut (1994)
  7. Ke Bahtera Impian (1995)
  8. Keronsang Jiwa (2007)
Album kompilasi
  1. The Best of Ibnor Riza (2005)
  2. The Essential Ibnor Riza (2011)

Album duet[sunting | sunting sumber]

  1. Rohayu & Ibnor Riza - Seindah Budimu (1990)
  2. Noraniza Idris & Ibnor Riza - Seindah Budimu Vol. 2 (1991)

Album lain[sunting | sunting sumber]

  1. Cinta Beb (2010)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Rindu Selamanya
  • Mimpi Yang Tak Sudah
  • Berdiri Seorang Perindu
  • Meneka Dalam Kesamaran
  • Mengimbau Impian Antara Kita
  • Rindu Selamanya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ibnor dapat galakan Datuk Bandar KL". Utusan Online. 10 Disember 2011. Dicapai pada 10 Disember 2011‎. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "Ibnor Riza". MVM Production. 23 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-21. Dicapai pada 23 September 2012.
  3. ^ Jenazah Ibnor Riza selamat dikebumikan

3.https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/12/17/dua-minggu-tak-sedarkan-diri-ibnor-riza-meninggal-dunia 4.https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/12/09/ibnor-riza-semakin-kritikal-belum-sedar-seminggu-selepas-pembedahan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]