Ikan Belacak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan Belacak
Periophthalmus modestus
SUMA Aqualife Park (Japan)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genera

Apocryptes
Apocryptodon
Boleophthalmus
Oxuderces
Parapocryptes
Periophthalmodon
Periophthalmus
Pseudapocryptes
Scartelaos
Zappa (genus)

Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai Ikan Tembakul atau Ikan Belodok, merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (suku: Periophthalmini[1]), dalam famili Gobiidae (Gobies). Ikan belacak merupakan ikan afimbia, disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut.[2] Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.

Ikan Belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran Afrika.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Berbanding dengan gobies air sepenuhnya, ikan ini menampilkan sejumlah tabiat khusus dan adaptasi fisiologi bagi cara hidup afimbia. Ini termasuk:

  • Adaptasi secara anatomi dan tabiat yang membenarkan mereka bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air.[3]
  • Keupayaan untuk bernafas melalui kulit dan lapisan mulut mereka (mukosa) dan kerongkong (pharynx). Ini hanya berlaku semasa ikan belacak lembab, menghadkan ikan belacak kepada habitat lembab dan memerlukan mereka mengekalkan diri mereka lembab. Kaedah pernafasan ini, menyerupai yang digunakan oleh haiwan afimbia, dikenali sebagai pernafasan udara kutaneous (cutaneous).[2] Adaptasi penting yang lain adalah yang membantu pernafasan adalah kamar insang dibesarkan, di mana mereka mengekalkan udara. Ini bertindak sebagai silinder oksigen penyelam, dan turut membekalkan oksigen semasa di daratan.[2]
  • Menggali sarang jauh ke dalam mendakan lembut yang membenarkan ikan mengekalkan haba (thermoregulate);[4] mengelak pemangsa semasa air pasang ketika ikan dan sarang di bawah air;[5] and for laying their eggs.[6]
Periophthalmus gracilis (dari Malaysia hingga Utara Australia)

Sungguhpun ketika sarangnya tenggelam, ikan belacak mengekalkan gelembung udara di dalamnya, yang membenarkan ia bernafas dalam kepekatan oksigen amat rendah.[7][8][9]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Genus Periophthalmus merupakan ikan belacak yang paling pelbagai dan tersebar luas dalam keluarga belacak. Tujuh belas spesies telah diterangkan.[10] Periophthalmus argentilineatus merupakan spesies yang paling meluas dan paling diketahui dengan baik. Ia terdapat di sistem ekologi paya bakau dan padang selut Afrika Timur dan timur Madagaskar sehingga Asia Tenggara ke Australia Utara, Tenggara China dan selatan Jepun, sehingga kepulauan Samoa dan Tonga.[1]

Ia membesar sehingga sepanjang 6 inci (15 cm) dan pemakan peluang maging. Ia makan mangsa kecil seperti ketam kecil dan arthropod lain.[11] Satu lagi spesies, Periophthalmus barbarus, adalah satu-satunya oxudercine goby yang hidup di kawasan persisiran barat Afrika (Murdy, 1989). Kedua ikan belacak ini diperniagakan secara meluas sebagai ikan akuarium, tetapi sukar dibela dalam kurungan kerana ia memerlukan tangki direka khusus dan pelbagai mangsa hidup. Disebabkan habitat afimbianya, ia langsung tidak sesuai bagi tangki ikan biasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Murdy, E. O. (1989). "A Taxonomic Revision and Cladistic Analysis of the Oxudercine Gobies (Gobiidae: Oxudercinae)". Records of the Australian Museum. Suppl. N°11: 1–93.
  2. ^ a b c Graham, J. B. (ed.), penyunting (1997). Air–breathing Fishes. Evolution, Diversity and Adaptation. San Diego California: Academic Press.CS1 maint: extra text: editors list (link)
  3. ^ Harris, V.A. (1961). "On the locomotion of the mudskipper Periophthalmus koelreuteri (Pallas): Gobiidae". Proceedings of the Zoological Society of London. 134: 107–135.
  4. ^ Tytler P. & Vaughan T. (1983). "Thermal Ecology of the Mudskippers Periophthalmus koelreuteri (Pallas) and Boleophthalmus boddaerti (Pallas), of Kuwait Bay". Journal of Fish Biology. 23 (3): 327–337.
  5. ^ Sasekumar, A.; Chong, V.C.; Lim, K.H. & Singh, H.R. (1994). "The Fish Community of Matang Mangrove Waters, Malaysia". In Sudara, S.; Wilkinson, C.R.; Chou, L.M. (eds). Proceedings, Third ASEAN-Australia Symposium on Living Coastal Resources. Research papers. Bangkok, Thailand: Chulalonghorn University. m/s. Vol. 2: 457-464.
  6. ^ Brillet, C. (1969). "Etude du comportement constructeur des poissons amphibies Periophthalmidae". Terre et la Vie. 23 (4): 496–520.
  7. ^ Ishimatsu A., Hishida Y., Takita T., Kanda T., Oikawa S., Takeda T. & Khoo K.H. (1998). "Mudskipper Store Air in Their Burrows". Nature. 391: 237–238.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Ishimatsu A., Takeda T., Kanda T., Oikawa S. & Khoo K.H. (2000). "Burrow environment of mudskippers in Malaysia". Journal of Bioscience. 11 (1, 2): 17–28.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Lee H.J., Martinez C.A., Hertzberg K.J., Hamilton A.L. & Graham J.B. (2005). "Burrow air phase maintenance and respiration by the mudskipper Scartelaos histophorus (Gobiidae: Oxudercinae)". The Journal of Experimental Biology. 208: 169–177.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Larson H.K. & Takita T. (2005). "Two new species of Periophthalmus (Teleostei: Gobiidae: Oxudercinae) from northern Australia, and a re-diagnosis of Periophthalmus novaeguineaensis". The Beagle, Records of the Museums and Art Galleries of the Northern Territory. 20: 175–185.
  11. ^ Milward, N. E. (1974). Studies on the taxonomy, ecology and physiology of Queensland mudskippers (ed. unpubl. Ph D. dissertation). Univ. Of Queensland, Brisbane, Australia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]