Ikan Jemuduk
Ikan jemuduk | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Perciformes |
Keluarga: | Carangidae |
Genus: | Caranx |
Spesies: | C. ignobilis
|
Nama binomial | |
Caranx ignobilis (Forsskål, 1775)
| |
Julat anggaran ikan jemuduk: biru gelap (julat tipikal), biru muda (dua spesimen yang diketahui) | |
Sinonim | |
|
Ikan Jemuduk (bahasa Inggeris: Giant trevally) juga dikenali sebagai Ikan Turrum, dan Ikan Ulua. Nama saintifiknya Caranx ignobilis.
Ikan Jemuduk mudah dikenali dengan kepala cembung besar dan pedunkel kaudal sempit dengan 2 lunas (keels) terdiri daripada kepingan-kepingan kurus timbul pada kedua bahagian akhit garis garis sisi. Terdapat bahagian bersisik bulat kecil pada bahagian dada di hadapan sirip perut, jika tidak tidak bersisik. Sirip dorsal pertama mempunyai 8 duri dan sirip dorsal kedua 17-20 duri lembut. Sirip dubur mempunyai 3 duri dan 15-17 duri lembut. Ekornya bercabang. Warnanya berbeza-beza tetapi biasanya kelabu biru dengan kecoklat-coklatan di belakang. Diapit oleh warna keperakan dan juga pada dibahagian perut.
Berat sekitar 60 kg tetapi biasanya 10-30kg.
Lebih menyukai kawasan tubir berbatu-batan, batu karang, dan dasar bercerun curam. Biasanya ditemui di sekitar pulau-pulau berbatu batan terpencil. Anak ikan biasanya membentuk kumpulan kecil tetapi ikan matang berenang tenang. Iakan yang sangat kuat melawan sekiranya dikail. Akan meragut kebanyakan umpan , tetapi lebih sering di kawasan tubir berbatu dan jigging. Biasanya dijumpai dengan pelbagai ikan jenis spesies Jack yang lain.
Banyak terdapat di kebanyakan kawasan Malaysia terutama pulau-pulau luar dan beting Laut China Selatan.