Parti Ikatan Bangsa Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ikatan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Ikatan Bangsa Malaysia
Malaysia National Alliance Party
IKATAN
Presiden Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Setiusaha Agung Tengku Ahmad Mudzaffar Tengku Zaid
Slogan Bersatu Maju Adil Bahagia
Diasaskan 7 Jun 2012
(dilulus : 15 Mei 2015)
Ibu pejabat Selangor
Ideologi Nasionalisme
Keadilan Sosial
Demokrasi sosial
Warna rasmi Merah dan Putih
Tapak web
ikatan.org
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) (Bahasa Inggeris: Malaysia National Alliance Party) salah sebuah parti pembangkang bagi kerajaan Persekutuan di Malaysia.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau 'Ikatan' ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh beberapa bekas pemimpin nasional Malaysia. Presiden sementaranya ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Majlis pelancaran dihadiri 200 orang di Hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan. Ikatan menyasarkan 500,000 ahli dari seluruh negara dalam tempoh setahun. Borang telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun 2012. ROS tidak ada sebab menolak pendaftaran kerana telah memenuhi semua syarat.[1]

Abdul Kadir keluar dari UMNO pada Mac 2012 dan berucap di atas pentas PAS. Beliau juga meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.[2]. Pada 16 Mac 2016, Ikatan mengumumkan membentuk pakatan politik blok ketiga dengan parti PAS.[3]. Ikatan bergabung dengan PAS dan PKR dalam Gagasan Sejahtera


Logo Ikatan[sunting | sunting sumber]

Bendera dan Logo yang telah disatukan ini melambangkan tekad “Ikatan Berpadu” rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya hendak melonjak maju sebagai Bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu, maju, adil, saksama dan bahagia. Ia mengandungi 4 warna:

— Putih, Merah, Biru dan Kuning.

Putih: Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan Ikatan memperjuangkan visi dan misinya untuk Bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu, maju, adil dan saksama dan bahagia.

Merah: Merah ialah simbol tekad dan azam Ikatan, berkorban apa saja dalam perjuangan menjayakan visi dan misinya.

Biru: Biru ialah warna keharmonian dan kedamaian. Laungan Kemerdekaan Bapa Kemerdekaan/Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, serta perjuangan dan legasinya menjadi petunjuk serta dokongan kukuh visi dan misi Ikatan.

Kuning: Kuning melambangkan Raja Perlembagaan dan Perlembagaan Negara yang akan sentiasa disanjung, didokong dan dipertahankan oleh Ikatan. Visi dan misi penubuhan Ikatan berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia.

Antara isi kandungan amanah tersebut termasuklah pertumpuan Ikatan kepada hasrat rakyat berbilang kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam, Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas antara satu sama lain. Setiap ahli Ikatan tidak boleh menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum. Ahli Pakatan diharuskan selalu tolong-menolong sesama mereka. [4]

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Menyatu padu dan merapatkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya supaya benar-benar menjadi satu: sebagai “Bangsa Malaysia yang bersatu padu, maju, adil dan saksama, dan bahagia”.

Perjuangan ini adalah dengan menyedar dan menginsafkan kembali seluruh rakyat mengenai kesepaduan serta semangat kekeluargaan jati yang wujud semasa zaman perjuangan bersama dahulu bagi mencapai kemerdekaan.

Berukunkan sumpah janji ini maka visi dan misi perjuangan Bangsa Malaysia adalah berpaksikan “amanat merdeka Bapa Malaysia” Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra serta berpaksikan isi kandungan dan Roh Perlembagaan Malaysia. “Amanat merdeka Bapa Malaysia” berbunyi:

“Jika kita benar-benar mahu hidup sebagai satu keluarga dalam satu rumah, [yang] bernama Malaysia, maka kita mesti ikhlas antara satu sama lain — Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan Dusun, Siam — Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain.

Jika kita ikhlas, maka kita tidak boleh kata apa-apa yang akan menyakit hati antara satu sama lain. Kita juga tidak boleh buat apa-apa yang menyusah hati orang lain.

Sebagai ahli keluarga yang ikhlas, kita mesti selalu tolong-mnolong sesama kita. Yang kaya tolong yang miskin. Yang maju tolong yang kurang maju. Dengan cara itu, barulah kita akan jadi satu bangsa dan negara yang bersatu padu dan kuat. Semua orang akan bahagia. Barulah Malaysia dihormati oleh dunia."

-Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra

Misi[sunting | sunting sumber]

(i) Menghidupkan kembali sumpah janji dan idealisma Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas Kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia.

(ii) Dengan sesungguhnya menyedari, memperakui dan menghormati hak-hak dan kedaulatan Kerajaan negeri-negeri dalam semangat negara Persekutuan sejati serta selaras dengan prinsip demokrasi tulen dan semangat Perlembagaan Malaysia.

(iii) Memastikan institusi-institusi negara mendukung dan menghormati kedaulatan undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, hak serta nilai-nilai sejagat.

(iv) Menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang:

– benar-benar telus dan bertanggungjawab

– cekap dan efisyen

– bebas rasuah dan bebas kronisma

– bersih dan ikhlas

(v) Melonjakkan kedudukan sosio-ekonomi seluruh rakyat Malaysia agar semuanya dapat mengecapi kehidupan yang benar-benar maju, adil, saksama dan progresif sejajar dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa depan bersama.

Struktur dan kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Dewan Tertinggi[sunting | sunting sumber]

  • Presiden:
  • Setiusaha Agung:
    • Tengku Ahmad Mudzaffar Bin Tengku Zaid
  • Naib Presiden:
    • Tunku Muinuddin Putra Tunku Nerang Putra
  • Ketua Pemuda:
    • Mohamad Azhar Hamzah
  • Ketua Penerangan:
    • Tunku Prof Dr Fauzi Tunku Abdul Malek
  • Pengarah Strategi:
    • Azahari Ab Rahman
  • Pengerusi Perkhidmatan Awam:
    • Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Mohamad Badri Abd Rahman
  • Ahli Dewan Tertinggi:
    • Kelly Lim
  • Ahli Dewan Tertinggi:
    • Janice Lim
  • Ahli Dewan Tertinggi:
    • Nik Marhalim
  • Ahli Dewan Tertinggi:
    • Dr. S. Yadav Sharavanan
  • Ahli Dewan Tertinggi:
    • Muthu Kumar Subramaniam

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]