Universiti Tenaga Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"UNITEN" dilencongkan di sini.
Universiti Tenaga Nasional
Universiti Tenaga Nasional Logo.gif
Moto Menjana Profesional (1997-2014)
Kreatif, Inovasi & Bertenaga (2014-kini)
Jenis Universiti swasta
Ditubuhkan pada 1997
Canselor TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas SMN, DUPN, SPDK, DP, DMPN, DJN
Naib Canselor Y.Bhg. Dato' Prof. Dr. Ir. Mashkuri Bin Yaacob
Lokasi Kajang, Selangor
Kampus Putrajaya (kampus induk), Selangor, dan Muadzam Shah, Pahang.
Nickname UNITEN
Penggabungan Tenaga Nasional Berhad
Laman web http://www.uniten.edu.my

Universiti Tenaga Nasional (singkatan: UNITEN) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Kajang, Selangor manakala kampus kedua terletak di Bandar Muadzam Shah, Pahang. UNITEN mempunyai lima kolej yang mengandungi 15 jabatan akademik. Program universiti ini menumpukan pada kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan bisnes dan bidang-bidang yang berkaitan[1].

Universiti Tenaga Nasional adalah antara universiti swasta yang pertama di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad, salah sebuah syarikat utiliti bekalan elektrik yang terbesar di Asia Tenggara.

Semua program akademik dirangka mengikut dasar, prosedur dan standard yang disediakan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) Malaysia. Beberapa program universiti ini juga diakreditasi oleh badan akreditasi luar negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Vision: To be a premier university in engineering, information technology and business.

Mission: We are committed to deliver a unique and enriching learning experience that fosters innovation and research.[2]

— Visi dan Misi Universiti Tenaga Nasional

Universiti Tenaga Nasional mula beroperasi pada tahun 1976 sebagai Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), yang berkhidmat banyak tahun sebagai pusat latihan korporat untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bekasnya, Lembaga Lektrik Nasional.

Pada tahun 1994, ILSAS menjelma sebagai sebuah institut pelajaran tinggi dan dinamakan semula sebagai Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (IKATAN). Institut ini menawarkan program akademik dalam kejuruteraan dan pengurusan perniagaan pada tahap sebelum siswazah dan tahap siswazah melalui pautan berkembar dengan universiti tempatan dan universiti luar negara. Pada tahun 1997, IKATAN dipertingkatkan sebagai Universiti Tenaga Nasional.

Jumlah program dipertambah mengikut pertumbuhan ekonomi Malaysia dan permintaan negara-negara lain yang melihat ke Malaysia sebagai sumber pengajian tinggi.

Kampus[sunting | sunting sumber]

Putrajaya[sunting | sunting sumber]

Bangunan Pengurusan UNITEN.

Kampus Putrajaya Universiti Tenaga Nasional terduduk sejauh 25 kilometer ke arah selatan bandaraya Kuala Lumpur berhampiran Kajang di Selangor dan mempunyai keluasan 214 hektar. Ia berhampiran Cyberjaya yang merupakan Koridor Raya Multimedia dan bersebelahan dengan Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Semua program kejuruteraan, teknologi maklumat dan kursus teknologi yang lain diadakan di Kampus Putrajaya.

Kampus Putrajaya mempunyai tiga bahagian iaitu Kampus Timur, Kampus Barat dan Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS). Bangunan-bangunan akademik UNITEN disusun mengikut huruf dan lokasinya di Kampus Timur atau Barat. Huruf bermula dengan bangunan pertama di Kampus Barat: Bangunan Pengurusan (Blok BA) dan bangunan pertama di Kampus Timur (Blok TA).

Sultan Haji Ahmad Shah[sunting | sunting sumber]

Kampus Sultan Haji Ahmad Shah merupakan kampus UNITEN di Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. Ia dibuka secara rasmi pada 4 Mei 2001 oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Topik pengajian di kampus Sultan Haji Ahmad Shah bertumpu kepada pengurusan bisnes dan perakaunan.

Kolej[sunting | sunting sumber]

Kolej Kejuruteraan[sunting | sunting sumber]

Kolej Kejuruteraan, lebih dikenali sebagai College of Engineering (COE), merupakan kolej terbesar di Universiti Tenaga Nasional dengan lima jabatan iaitu Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi, Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Sains dan Matematik. Kolej ini menawarkan kursus matrikulasi dan sarjana muda.

Program-program di Kolej Kejuruteraan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) Malaysia dan Lembaga Jurutera Malaysia. Bagi memastikan semua program yang dijalankan di Kolej Kejuruteraan relevan dengan industri dan Lembaga Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC), model pengajaran Pendidikan Bertumpukan Sasaran (OBE) diimplimentasi dalam semua program kejuruteraan.

Kolej Teknologi Maklumat[sunting | sunting sumber]

Kolej Teknologi Maklumat UNITEN di Kampus Bangi/Kajang

Kolej Teknologi Maklumat ditubuhkan pada 1 September 2003. Ia bermula sebagai Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat pada 1997 di bawah Kolej Kejuruteraan. Ia menawarkan empat program sarjana muda dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat.

Kolej Teknologi Maklumat mempunyai lima jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Perisian, Sistem Maklumat, Sistem & Jaringan, dan Grafik & Multimedia.

Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan[sunting | sunting sumber]

Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan terletak di kedua-dua kampus UNITEN. Terdapat lima jabatan dibawah kolej ini iaitu Perakaunan, Pengurusan & Sumber Manusia, Ekonomi & Kewangan, Keusahawanan, dan Pengajian Liberal & Bahasa.

Pelajar-pelajar yang mengambil kursus dalam Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan ditempatkan di Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. Semua program yang ditawarkan adalah menurut spesifikasi Lembaga Akreditasi Negara (LAN) Malaysia.

Kolej Pengajian Siswazah[sunting | sunting sumber]

Program-program sarjana dan kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrikal, mekanikal dan awam ditawarkan oleh Kolej Pengajian Siswazah. Kolej ini juga menawarkan kursus doktor falsafah sains industri bagi mereka yang ingin membuat penyelidikan lanjutan dalam bidang kejuruteraan matematik, kimia dan fizik. Antara program doktor falsafah lain yang ditawarkan di Kolej Pengajian Siswazah adalah Kedoktoran Teknologi Komunikasi dan Maklumat, dan Kedoktoran Pengurusan Bisnes.

Institut Kajian Liberal[sunting | sunting sumber]

IKATAN memainkan peranan sebagai institut pengajian dan latihan semenjak 1992 dengan mengadakan kursus diploma, sijil dan kursus latihan pekerja dari segi teknikal dan pengurusan. Bermula sebagai Pusat Bahasa dan Pengajian Am, ia telah berkembang pesat dan kini mengambil nama Institut Kajian Liberal (IKAL).

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan UNITEN mempunyai enam aras yang jumlahnya seluas 18,645.2 meter persegi. Ia menyediakan kemudahan sumber maklumat online, pinjaman buku, laporan, berita harian kejuruteraan dan bisnes, maklumat persidangan, maklumat pekerjaan dan kemudahan kaunseling.

Penginapan[sunting | sunting sumber]

Apartmen penginapan sebanyak 3,800 tempat disediakan untuk pelajar termasuk sebilangan kecil untuk pelajar berkahwin. UNITEN membuat persediaan untuk menempatkan pelajar tahun pertama di dalam kampus. Hotel Residence, Bangi terletak di dalam kampus Putrajaya.

Makmal[sunting | sunting sumber]

Makmal-makmal elektrikal, elektronik, awam dan mekanikal dilengkapkan dengan pelbagai peralatan bagi kerja-kerja praktikal siswa.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UNITEN – University Profile". Dicapai pada 2008-05-04. 
  2. ^ "Vision and Mission of the Universiti Tenaga Nasional". Dicapai pada 2008-05-04. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]