Ilmu ukur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seorang juruukur Tentera Laut A.S. sedang berkerja

Ilmu ukur adalah cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut. Apabila titik tersebut diplot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk muka bumi semula jadi atau cipta jadi seperti bukit, sungai, jalan raya, landasan kereta api, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Jadi, ilmu ukur adalah penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.

Cabang ilmu ukur[sunting | sunting sumber]

Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang mengikut tujuan seperti berikut :

  1. Ukur Kejuruteraan
  2. Ukur Kadaster
  3. Ukur Hidrografi
  4. Ukur Topografi
  5. Ukur Geodetik
  6. Astronomi
  7. Sistem Penentududukan Global ( GPS )
  8. Fotogrametri
  9. Penderiaan Jauh.