Imam B. Prasodjo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr. Imam B. Prasodjo (lahir di Purwokerto, Jawa Tengah, 15 Februari 1960; umur 64 tahun) adalah seorang ahli sosiologi dan tokoh masyarakat dari Indonesia.

Ketika ini beliau merupakan pensyarah tetap di Fakulti Ilmu Sosial dan Politik (FISIP) Universiti Indonesia. Selain menjadi pensyarah, Prasodjo juga merupakan ketua Yayasan Nurani Dunia, iaitu sebuah yayasan yang berkecimpung dalam bidang sosial dan pendidikan bagi golongan yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan kewangan.

Prasodjo merupakan lulusan dari Brown University, Rhode Island, Amerika Syarikat. Beliau kerap kali muncul sebagai pemberi maklumat di berbagai acara TV, mahupun seminar yang diselenggarakan oleh pihak pengurusan universiti. Beliau juga pernah menjadi anggota Komisi Pemilihan Umum Indonesia (pusat) antara tahun 1999 dan 2004.

Prasodjo kini ini telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Gitayana Budiardjo.