Impasto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taos Mountain, Trail Home oleh Cordelia Wilson (1920) – menggunakan teknik impasto di bahagian latar belakang

Impasto merupakan sebuah teknik yang digunakan dalam seni lukis dan seni catan, di mana cat akan ditempelkan pada kawasan permukaan yang dilukis dengan tebal.[1] Kebiasaannya, cat diselek dengan tebal sehingga sapuan daripada berus atau pisau lukis terlihat. Cat juga boleh dicampur tepat pada permukaan kanvas. Apabila cat kering, teknik impasto memberikan tekstur; di mana cat kelihatan seakan "keluar" atau menonjol dari kanvas; yang akan menciptakan titik fokus.[2]

Pengistilahan[sunting | sunting sumber]

Perkataan impasto merupakan kata pinjaman dari bahasa Itali, yang bermaksud "doh" atau "campuran"; yang juga berkaitan dengan kata kerja, impastare yang bermaksud "menguli" atau "menampal". Penggunaan impasto dalam bahasa Itali boleh merujuk kepada dua perkara, iaitu lukisan dan tembikar. Kata nama dasar bagi impasto ialah pasta, yang secara harfiah bermaksud "tampal".[3]

Medium[sunting | sunting sumber]

Cat minyak merupakan medium tradisional bagi lukisan yang menggunakan teknik impasto; kerana konsistensinya yang tebal dan masa pengeringan yang diperlukan lama. Kebiasaannya para pelukis menggunakan teknik impasto di latar langit atau langskap impresionis.[4] Namun, penggunaan cat minyak sangat mahal– kerana penggunaannya yang banyak melaui penempelan cat dengan pisau lukis dan berus di permukaan kawasan permukaan.[4] Cat akrilik juga boleh digunakan untuk menghasilkan karya impasto; dengan menambahkan gel akrilik jenis heavy body. Media cat air dan cat poster pula tidak digunakan untuk karya impasto tanpa agen perekat; kerana kedua-dua cat ini nipis dan tidak tebal. Pastel juga boleh menghasilakn kesan impasto pada lukisan melaui kaedah tekan-menekan pastel lembut dengan kuast pada permukaan kertas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Weyer, Angela; Roig Picazo, Pilar; Pop, Daniel; Cassar, JoAnn; Özköse, Aysun; Jean-Marc, Vallet; Srša, Ivan (Ed.) (2015). Weyer, Angela; Roig Picazo, Pilar; Pop, Daniel; Cassar, JoAnn; Özköse, Aysun; Vallet, Jean-Marc; Srša, Ivan (penyunting). EwaGlos. European Illustrated Glossary Of Conservation Terms For Wall Paintings And Architectural Surfaces. English Definitions with translations into Bulgarian, Croatian, French, German, Hungarian, Italian, Polish, Romanian, Spanish and Turkish. Petersberg: Michael Imhof. m/s. 100. doi:10.5165/hawk-hhg/233. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-25. Dicapai pada 2016-02-09.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ Rachel Shirley (14 Jun 2011). How Can I Inspire My Painting Class?: Lesson Plan Ideas for Oil Painting in Post Compulsory Education and an Essential Guide to Teaching (dalam bahasa Inggeris). CreateSpace Independent Publishing Platform. m/s. 93. ISBN 9781461174738.
  3. ^ Webster's New World dictionary of the American language. Guralnik, David B. (David Bernard), 1920-2000. (ed. New rev., expanded pocket-size). New York, N.Y.: Warner Books. 1982. ISBN 0446311928. OCLC 10638582.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b Rachel Shirley (28 Januari 2011). Why Do My Clouds Look Like Cotton Wool?: Plus 25 Solutions to Other Landscape Painting Peeves (dalam bahasa Inggeris). CreateSpace Independent Publishing Platform. m/s. 27. ISBN 9781456422554.