Injil Matius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Injil Matius ialah salah satu dari empat Injil Perjanjian Baru (PB). Injil ini secara tradisional disalin sesuai dengan Matius terlebih dahulu, diikuti oleh Mark, Lukas dan Yohanes. Bersama Injil Markus dan Lukas, Injil ini diklasifikasikan sebagai injil sinoptik.

Injil Matius mempunyai pesan mengenai "Berita Baik" (Injil; Bahasa Inggeris: Gopsel) bahawa Yesus adalah Raja Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan, ini dapat dilihat melalui teladan Doa Tuhan. Melalui Kerajaan Tuhan inilah Yesus Kristus akan memulihkan keadaan Bumi dan kehidupan umat manusia. Oleh itu, inilah yang akan menjadi kesaksian bagi semua bangsa, barulah berakhirnya sistem dunia ini akan berakhir. Melalui Yesuslah, Allah memelihara apa yang telah dijanjikan-Nya dalam Perjanjian Lama kepada umat-Nya. Walaupun Yesus dilahirkan oleh seorang Yahudi dan hidup sebagai Yahudi, Berita Baik itu bukan hanya untuk bangsa Yahudi tetapi juga untuk seluruh dunia.