Inkues

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Inkues ialah suatu penyiasatan kehakiman, biasanya oleh sebuah kumpulan yang dilantik oleh mahkamah (juri), di dalam bidang kuasa common law. Bentuk inkues yang paling biasa ialah satu penyiasatan termasuklah pemeriksaan perubatan oleh seorang koroner terhadap sebab musabab suatu kematian secara mengejut, menimbulkan kesangsian atau di dalam penjara. Dalam kegunaan umum, inkues juga digunakan untuk merujuk kepada apa sahaja siasatan atau juga soal jawab.

Inkues menggunakan saksi, namun orang yang disyaki tidak dibenarkan membela diri. Keputusan inkues boleh jadi, sebagai contoh, kematian biasa, kematian akibat kemalangan, nahas, bunuh diri, atau pembunuhan. Jika keputusannya ialah pembunuhan atau kemalangan salah, ia mungkin akan diikuti dakwaan jenayah, dan orang yang disyaki boleh membela dirinya terhadap dakwaan tersebut.

Oleh kerana juri tidak digunakan dalam kebanyakan sistem undang-undang sivil Eropah, sistem di sini tidak mempunyai sebarang prosedur (juri) yang serupa dengan inkues, namun bukti perubatan dan saksi profesional telah digunakan dalam mahkamah di Eropah benua berabad lamanya.[1]

Inkues yang lebih besar boleh diadakan untuk menyiasat bencana, atau di sesetengah bidang kuasa (bukan England & Wales) ke dalam kes rasuah politik.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Inkues, bermaksud menyelesaikan sesuatu hal, dicipta di Scandinavia dan pada Carolingian Empire sebelum abad ke-10.[2] Ia adalah suatu cara untuk mendapat data tinjauan untuk Domesday Book di England selepas Norman conquest.[2]

Oleh undang-undang[sunting | sunting sumber]

Rujukan budaya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b [Anon.] (2001) "Inquest", Encyclopaedia Britannica, Edisi CDROM Deluxe
  2. ^ a b Baker, J. H. (2002). An Introduction to English Legal History (ed. 4th ed.). London: Butterworths. m/s. pp72-73. ISBN 0-406-93053-8. |edition= has extra text (bantuan)