Institut Pendidikan dan Penyelidikan Sains India, Berhampur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Institut Pendidikan dan Penyelidikan Sains India, Berhampur
JenisAwam
Ditubuhkan pada2016
PengarahProf. K.V.R. Chary
Lokasi, ,
84.827539
Nama samaranIISER-BPR
Laman sesawangwww.iiserbpr.ac.in

Institut Pendidikan dan Penyelidikan Sains India, Berhampur (IISER Berhampur) ialah sebuah institusi penyelidikan dan pendidikan awam di Berhampur, Odisha, India. Institut ini ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Sumber Manusia untuk mempromosikan pembelajaran dan penyelidikan saintifik di peringkat tinggi dan eksplorasi saintifik di peringkat pendidikan prasiswazah dan pascasiswazah, serta mendidik saintis dan para akademik yang berkualiti tinggi. IISER Berhampur diiktiraf sebagai Institut Kepentingan Nasional oleh kerajaan India. Institut ini mula berfungsi dari tahun akademik 2016-17 pada bulan Ogos. Ia adalah salah satu daripada tujuh buah IISER di India.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan dan Penyelidikan Sains India (IISER) ditubuhkan pada 2006 melalui proklamasi Kementerian Pembangunan Sumber Manusia India di bawah kategori institusi kepentingan nasional untuk mempromosikan pendidikan dan penyelidikan yang berkualiti dalam sains asas. Sejurus selepas pengumuman, dua IISER di Pune dan Kolkata mula beroperasi pada 2006. Ini diikuti oleh institut-institut di Mohali (2007), Bhopal dan Trivandrum (2008), Tirupati (2015) dan Berhampur (2016). Setiap IISER ialah institut pemberi ijazah secara autonomi dengan fokus utama untuk mengintegrasikan pendidikan dan penyelidikan sains.[1]

Kampus[sunting | sunting sumber]

IISER Berhampur kini beroperasi di kampus sementara di ITI Kerajaan di Berhampur. Sementara itu, kampus tetap sedang dibina di Laudigram berhampiran Berhampur.

Program akademik[sunting | sunting sumber]

  • IISER Berhampur pada mulanya menawarkan program BS-MS bersepadu, PhD bersepadu dan PhD lazim. Kemasukan ke program dibuat bersama-sama IISER lain melalui sistem Program Kemasukan Bersama India.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ "Background". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-12. Dicapai pada 2021-03-20.