Institut Tanah dan Ukur Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Institut Tanah dan Ukur Negara
Intisari agensi
Dibentuk1 Mei 1998; 25 tahun yang lalu (1998-05-01)
JenisInstitut latihan awam kerajaan
Ibu pejabatInstitut Tanah dan Ukur Negara, Behrang, 35950, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
MotoMendahului Cabaran
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Institut latihan awam kerajaan
  • Khairin Nazry bin Karim, Pengarah Institut Tanah dan Ukur Negara
Agensi induk
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Laman sesawang
https://www.instun.gov.my/

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) merupakan sebuah institut latihan awam berstatus kerajaan yang terletak di Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Ia bertanggungjawab dalam memberikan dan meningkatkan tahap pembelajaran kepada penjawat-penjawat awam salam bidang pentadbiran tanah, pengukuran dan pemetaan serta teknologi maklumat. [1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

INSTUN mula ditubuhkan pada 1 Mei 1998 atas arahan kabinet jemaah menteri pada 9 Julai 1997. Semasa penubuhan INSTUN, institusi ini terletak di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan ia telah beroperasi di Wisma Tanah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang merupakan ibu pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia sebelum berpindah ke tapak sedia ada pada tahun 2002. Kos pembinaan pada masa tersebut adalah sebanyak RM117.2 juta. [2]

Bahagian[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat bahagian di dalam Institut Tanah dan Ukur Negara iaitu:

  • Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah
  • Bahagian Ukur dan Pemetaan
  • Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
  • Bahagian Teknologi Maklumat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Objektif INSTUN". instun.gov.my. Institut Tanah dan Ukur Negara. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  2. ^ "Sejarah Penubuhan". instun.gov.my. Institut Tanah dan Ukur Negara. Dicapai pada 15 Februari 2024.