Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
47 paladiumperakkadmium
Cu

Ag

Au
Perak dalam jadual berkala
Am
Nama, simbol, nombor perak, Ag, 47
Siri kimia logam peralihan
Kumpulan, kala, blok 115, d
Rupa putih berkilau
Ag,47.jpg
Jisim atom piawai 107.8682(2)g·mol−1
Tatarajah elektron [Kr] 4d10 5s1
Elektron pada setiap petala 2, 8, 18, 18, 1
Warna perak
Fasa pepejal
Ketumpatan (pada suhu bilik) 10.49 g·cm−3
Ketumpatan cecair pada takat lebur 9.320 g·cm−3
Takat lebur 1234.93 K
(961.78 °C, 1763.2 °F)
Takat didih 2435 K
(2162 °C, 3924 °F)
Haba lakuran 11.28 kJ·mol−1
Haba pengewapan 250.58 kJ·mol−1
Muatan haba tentu (25 °C) 25.350 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1283 1423 1575 1782 2055 2433
Sifat keatoman
Keadaan pengoksidaan 1, 2, 3
(Oksida amfoterik)
Keelektronegatifan 1.93 (skala Pauling)
Jejari atom 160 pm
Jejari atom terhitung 165 pm
Jejari kovalen 153 pm
Jejari Van der Waals 172 pm
Lain-lain
Sifat magnet diamagnet
Kerintangan elektrik (20 °C) 15.87 nΩ·m
Kekonduksian terma (300 K) 429 W·m−1·K−1
Kebauran terma (300 K) 174 mm²/s
Pengembangan terma (25 °C) 18.9 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod halus) (suhu bilik) 2680 m·s−1
Modulus Young 83 GPa
Modulus ricih 30 GPa
Nisbah Poisson 0.37
Skala Vickers 251 MPa
Kekerasan Brinell 24.5 MPa
Nombor CAS 7440-22-4
Isotop-isotop terpilih
Rencana utama: Isotop perak
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
105Ag syn 41.2 h ε - 105Pd
γ 0.344, 0.280,
0.644, 0.443
-
106mAg syn 8.28 h ε - 106Pd
γ 0.511, 0.717,
1.045, 0.450
-
107Ag 51.839% Ag stabil dengan 60 neutron
108mAg syn 418 thn ε - 108Pd
IT 0.109 108Ag
γ 0.433, 0.614,
0.722
-
109Ag 48.161% Ag stabil dengan 62 neutron
111Ag syn 7.45 h β- 1.036, 0.694 111Cd
γ 0.342 -
Rujukan

Perak atau argentum (daripada bahasa Latin Argentum, daripada Bahasa Yunani ἀργήντος - argēntos) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.

Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.

Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal.