Pergi ke kandungan

Inunaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Inunaki (Jepun: 犬鳴村, Hepburn: Inunaki-mura, lit. Kampung Besar) merupakan sebuah legenda bandar daripada negara Jepun tahun 1990-an. Inunaki merupakan sebuah kawasan kampung di Wilayah Fukuoka, yang di mana penduduk-penduduknya bersifat agresif menentang dan enggan menerima peraturan dalam Perlembagaan Jepun. Prognosis kedudukan kampung ini terletak di sekitar kawasan pergunungan Inunaki, berhampiran dengan genting Inunaki, namun lokasi sebenar masih tidak diketahui. Perkampungan Inunaki yang sebenar tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan legenda bandar ini, yang diwujud dari tahun 1691 hingga 1889.

Legenda[sunting | sunting sumber]

Terowong Inunaki Lama, satu-satunya jalan akses ke Inunaki

Mengikut legenda, Inunaki merupakan sebuah perkampungan yang "terpencil dan mudah untuk dirindui", di dalam hujan menghijau yang terletak di Wilayah Fukuoka. Kedudukannya terletak di sebelah timur Gunung Inunaki bersebelahan dengan sebatang anak sungai paling hulu yang bernama Inukaki Gawa. Bekas bandar Wakamiya pula terletak di sebelah barat.[1] Dikatakan penduduk asal kampung itu enggan menerima Perlembagaan Jepun yang digubal, dan legitimasi kerajaan Jepun yang masih wujud. Berdekatan dengan pintu masuk perkampungan ini, terdapat sebuah papan tanda yang bertulis secara tangan iaitu, "Perlembagaan Jepun tidak lagi berkuat kuasa di sini." Untuk mengekspolarasi dan mencari kampung terbabit, seseorang perlulah melalui jalan keci yang melepasi Terowong Inunaki Lama.[2]

Kisah awal mengenai kampung Inunaki berlaku pada awal tahun 1970-an, di mana satu pasangan muda yang dalam perjalanan menuju ke Hisayama. Tanpa diduga enjin kereta milik mereka rosak. Lantas mereka menuju ke hutan demi mendapatkan bantuan dan meninggakan kereta mereka di situ. Akhirnya, mereka menemui sebuah kawasan perkampungan yang kelihatan terbiar dan usang. Di situ juga mereka dipertemukan dengan seorang "orang tua yang gila" yang mengalu-alukan kedatangan mereka ke Inunaki sebelum membunuh mereka berdua dengan menggunakan sabit.[3]

Terdapat satu lagi cerita mengenai legenda bandar ini, yang menceritakan mengenai sebuah pondok telefon yang berhampiran dengan jambatan Inunaki. Pondok telefon itu didakwa mendapat panggilan dari kampung Inunaki setiap malam. Apabila seseorang menjawab panggilan itu, dirinya akan dikutuk dan akan "diangkut" masuk ke dalam kampung terbabit. Mangsa yang disumpah akan mula hilang kawaan ke atas badan sendiri dan mindanya sebelum akhirnya mati.[4]

Asal dan penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Terowong Lama Inunaki dianggap terkutuk dan berhantu berikutan beberapa kes pembunuhan dan kematian di sini.[5] Permbinaan terowong ini telah siap pada tahun 1949. Pada tahun 1975 pula, sebuah terowong baharu telah dibina berdekatan bagi menggantikan terowong yang telah dibina pada tahun 1949. Terowong yang lama didakwa berbahaya kerana kurangnya penyelenggaran terhadapnya.[3] Pada 6 Disember 1988, lima orang lelaki muda telah menculik dan menyeksa seorang mangsa. Mangsa merupakan seorang pekerja kilang dan diseksa akibat suspek inginkan kereta milik mangsa.[6] Rentetan insiden itu, suspek ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.[3] Pintu masuk ke terowong lama kini telah dipasang halangan, kedua-dua pintu ditutup dan tidak boeh dicapai lagi dari kedua-dua belah pihak.[5] Pada tahun 2000 pula, seorang mayat ditemui di empangan berhampiran dengan kampung terbabit.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Torikai, Kaoru. "犬鳴村のうわさ ―「異界としての犬鳴」にまつわる一考察" (PDF). Rikkyo University (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-28. Dicapai pada 2022-07-14.
  2. ^ "Is Inunaki Village Real?". Kowabana (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-09. Dicapai pada 2022-07-14.
  3. ^ a b c "Inunaki Village In Fukuoka, Japan. The Evil, Lost Village". unfakely.com. 8 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-03-09. Dicapai pada 2022-07-14.
  4. ^ "Inunaki Village - The Cursed Japanese Village". amazingworldreality.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-05-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-08. Dicapai pada 2022-07-14.
  5. ^ a b Miyashita, Masataro (2020-06-01). ""心霊スポット"で迷惑行為 映画公開の影響?旧犬鳴トンネル". 西日本新聞me (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-28. Dicapai pada 2022-07-14.
  6. ^ a b "The horrifying Old Inunaki Tunnel in Japan". dangerousroads.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-03-09. Dicapai pada 2022-07-14.