Kampung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kampung kuno Hollókő, Nógrád, Hungary (Tapak Warisan Dunia UNESCO)
Kampung Swiss Alps di Lembah Lötschental, Switzerland
Kampung puak Berber di Lembah Ourika, High Atlas, Morocco.

Kampung atau desa, menurut takrifan universal, adalah sebuah penempatan manusia di kawasan luar bandar. Biasanya ia lebih kecil daripada pekan.

Kampung[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, istilah kampung dirujukkan pada satu petempatan yang penduduknya kurang dari 1,000 orang di sesebuah kawasan terutamanya di luar bandar atau mana-mana petempatan penduduk masih mengekalkan identiti asalnya seperti organisasinya dan cara pemilikan tanah bagi penduduknya. Di dalam organisasi sesebuah kampung, ia terdiri daripada Penghulu(ketua), Naib Penghulu, imam, bilal, setiausaha, bendahari dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut tugas dan peranannya dalam menentukan hal ehwal serta kebajikan penduduk terutamanya.

Pengelasan desa[sunting | sunting sumber]

Menurut Rouceck dan Warren, desa boleh dikelaskan berdasarkan berbagai-bagai kriteria:

  1. Luas wilayah
    • Kampung terkecil, antara 0-2 km² luasnya
    • Kampung kecil, antara 2 - 4 km² luasnya
    • Kampung serdana, antara 4 - 6 km² luasnya
    • Kampung besar, antara 6 - 8 km² luasnya
    • Kampung terbesar, antara 8 - 10 km² luasanya
  2. Kepadatan penduduk
    • Kampung terkecil, dengan kepadatan penduduk di bawah 100 orang /km²
    • Kampung kecil, dengan kepadatan penduduk antara 100 - 500 orang /km²
    • Kampung sederhana, dengan kepadatan penduduk antara 500 - 1,500 orang /km²
    • Kampung besar, dengan kepadatan penduduk antara 1,500 - 3,000 orang /km²
    • Kampung terbesar, dengan kepadatan penduduk antara 3,000-4,500 orang /km²
  3. Tingkat perkembangan
    • Kampung kurang maju: Desa yang belum memanfaatkan potensi yang ada kerana keterbatasan kemampuan masyarakatnya
    • Kampung membangun: Desa yang baru memanfaatkan potensi yang ada tetapi kekurangan kewangan
    • Desa maju: Desa yang sudah memanfaatkan semua potensi yang ada secara maksimum.
  4. Mata pencarian
    • Kampung pertanian, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya hidup bergantung kepada sektor pertanian
    • Kampung perindustrian, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya bekerja dalam sektor perindustrian
    • Kampung perikanan, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya bekerja sebagai nelayan.