Ismail Salleh (tentera)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kol (B) Ismail Salleh
Kelahiran Ismail Salleh
Alor Setar, Kedah.
Kediaman Kedah
Warganegara  Malaysia
Pekerjaan Kol (B)
Majikan Tentera Darat Malaysia
Terkenal kerana Penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Kampung asal Alor Setar

Kol (B) Ismail Salleh adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 2 Jun 1971 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis bagi menyekat penyusupan pengganas komunis.

Pada 23 Ogos 1970 Kompeni C 6 Renjer pimpinan Mej Ismail digerakkan untuk menyekat penyusupan pengganas komunis. Musuh yang ada awalnya berundur bertindak menyerang balas dengan kekuatan lebih kurang 70 orang. Dengan bantuan tembakan artileri, Mej Ismail memimpin kompeninya untuk menggempur kedudukan musuh yang terkepung.

Beliau mempamerkan ketabahan dan kecekalan yang tinggi sepanjang tujuh jam pertempuran tersebut berlangsung. Hasil daripada pertempuran ini seramai empat orang pengganas berjaya dibunuh. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun 1971.

Rujukan[sunting | sunting sumber]