Issyk-Kul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tasik Issyk-Kul
Issyk-Kul dari angkasa, September 1992
Koordinat42°25′N 77°15′E / 42.417°N 77.250°E / 42.417; 77.250Koordinat: 42°25′N 77°15′E / 42.417°N 77.250°E / 42.417; 77.250
Jenis tasikEndoreik
Tasik gunung
Aliran masuk utamaGlasier
Aliran keluar utamaPenyejatan
Kawasan tadahan15,844 kilometer persegi (6,117 bt2)
Negara lembanganKyrgyzstan
Panjang maksimum178 kilometer (111 bt)[1]
Lebar maksimum60.1 kilometer (37.3 bt)[1]
Luas permukaan6,236 kilometer persegi (2,408 bt2)[1]
Kedalaman purata278.4 meter (913 ka)[1]
Kedalaman maksimum668 meter (2,192 ka)[1][2]
Isi padu air1,738 cubic kilometre (417 bt3)[3][2]
Masa mastautin~330 tahun[2]
Kemasinan6g/L[1][2]
Panjang pesisir1669 kilometer (416 bt)[1]
Ketinggian permukaan1,607 meter (5,272 ka)[1]
PetempatanCholpon-Ata, Karakol
Nama rasmi
Rizab Alam Negeri Issyk-Kul bersama Tasik Issyk-Kul
Ditetapkan12 November 2002
No. rujukan
1231[4]
1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas.

Issyk-Kul (Kyrgyz: Ысык-Көл, Isıq-Köl, ىسىق-كۅل‎) merupakan sebuah tasik di utara pergunungan Tian Shan di timur Kyrgyzstan. Tasik ini merupakan tasik ketujuh paling dalam di dunia dan ke-10 terbesar daripada segi isi padu serta tasik masin kedua terbesar selepas Laut Kaspia. Issyk-Kul bererti "tasik suam" dalam bahasa Kyrgyz dan dinamakan sebegitu kerana sifatnya yang tidak pernah beku meskipun dikelilingi pergunungan bersalji.[5]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pesisir selatan Issyk-Kul, 2006.

Issyk-Kul memiliki panjang 182 kilometer dan lebar sehingga 60 kilometer dengan keluasan sebanyak 6,236 km2. Selain itu, tasik ini berada pada ketinggian 1,607 meter dan kedalaman sehingga 668 meter. Tasik ini merupakan tasik gunung kedua terbesar dunia selepas Tasik Titicaca.[6]

Sekurang-kurangnya 118 batang sungai dan saliran mengalir ke Issyk-Kul dengan sungai-sungai utama ialah sungai Djyrgalan dan Tyup. Tiada sungai yang mengalir keluar dari Issyk-Kul, meskipun beberapa pakar berpendapat bahawa air tasik tersebut meresap ke Sungai Chu melalui bawah tanah.[7] Dasar Issyk-Kul memiliki mineral monohidrokalsit, salah satu dari beberapa mineral tasik yang wujud.[8]

Kawasan pesisir Issyk-Kul dikelilingi oleh pergunungan Tian Shan, iaitu Kungey Alatau di utara dan Teskey Alatau di selatan.

Dari segi pentadbiran, tasik ini serta kawasan sekeliling berada dalam wilayah Issyk-Kul di timur Kyrgyzstan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Issyk-Kul merupakan salah satu perhentian dalam Laluan Sutera. Tasik ini serta kawasan sekitarnya pernah ditakluki dinasti Qing dari China, tetapi diserahkan kepada Rusia selepas Perjanjian Tarbagatai. Ramai sejarawan berpendapat bahawa Issy-Kul merupakan punca berlakunya Maut Hitam, di mana fungsi tasik tersebut sebagai perhentian para pedagang bertindak menyebarkan jangkitan melalui haiwan-haiwan berjangkit yang tidak disedari para pedagang.[9]

Beberapa artifak juga ditemui di Issyk-Kul seperti syiling, gelang emas serta periuk gangsa dengan tahap kehalusan menyerupai yang dihasilkan dalam persekitaran gas nadir pada zaman ini.[10]

Tasik ini juga pernah dijadikan sebagai sebuah tapak ujian torpedo dan kapal selam untuk tentera laut pada zaman Soviet.[11]

Alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Tanah rizab[sunting | sunting sumber]

Rizab Wilayah Issyk-Kul, rizab alam pertama Kyrgyzstan telah ditetapkan pada 1948 untuk memelihara persekitaran alam di tasik tersebut. Kawasan ini dijadikan tapak Ramsar pada 1975 dan pihak UNESCO telah menetapkan Rizab Biosfera Issyk-Kul dalam wilayah Issyk-Kul pada 2000.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h Savvaitova, K.; Petr, T. (Disember 1992), "Lake Issyk-Kul, Kirgizia", International Journal of Salt Lake Research, 1 (2): 21–46, doi:10.1007/BF02904361
  2. ^ a b c d Hofer, Markus; Peeters, Frank; Aeschbach-Hertig, Werner; Brennwald, Matthias; Holocher, Johannes; Livingstone, David M.; Romanovski, Vladimir; Kipfer, Rolf (11 Julai 2002), "Rapid deep-water renewal in Lake Issyk-Kul (Kyrgyzstan) indicated by transient tracers" (PDF), Limnology and Oceanography, 4 (47): 1210–1216, doi:10.4319/lo.2002.47.4.1210, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Mac 2016 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Kodayev, G.V. (1973), "Морфометрия озера Иссык-Куль" [Morphometry of Lake Issyk-Kul], News of the All-Union Geographic Society (Izvestiya VGO) (dalam bahasa Rusia)
  4. ^ "The Issyk-kul State Nature Reserve with the Issyk-kul Lake". Ramsar Sites Information Service. Dicapai pada 25 April 2018.
  5. ^ Nihoul, Jacques C.J.; Zavialov, Peter O.; Micklin, Philip P. (2012). Dying and Dead Seas Climatic Versus Anthropic Causes. Springer Science+Business Media. m/s. 21. Dicapai pada 4 December 2015.
  6. ^ International Lake Environment Committee Foundation Diarkibkan 2005-09-06 di Wayback Machine
  7. ^ V. V.Romanovsky, "Water level variations and water balance of Lake Issyk-Kul", in Jean Klerkx, Beishen Imanackunov (2002), m/s. 52
  8. ^ Sapozhnikov, D. G.; A. I. Tsvetkov (1959). "[Precipitation of hydrous calcium carbonate on the bottom of Lake Issyk-Kul]". Doklady Akademii Nauk SSSR. 24: 131–133.
  9. ^ The Silk Route – Channel 4
  10. ^ ANI (2007-12-28). "Archaeologists discover remains of 2500-year-old advanced civilization in Russia". Yahoo! News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-01.
  11. ^ Kommersant-Vlast, 'Vys Rossiya Armia', 2005
  12. ^ Specially protected nature areas in Kyrgyzstan. Diarkibkan 2010-03-24 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Issyk-Kul di Wikimedia Commons