Istana Balai Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana Balai Besar

Istana Balai Besar yang terletak di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia merupakan Istana yang dibina oleh Sultan Muhammad II sebagai Istana dan pusat pentadbiran yang baru, menggantikan Kota Lama yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran sebelumnya.

Istana Balai Besar kemudiannya telah menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan Kelantan iaitu bermula dari Sultan Muhamad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1890-1891) dan Sultan Muhammad IV.

Upacara pertama sekali yang diadakan setelah istana ini siap dibina pada tahun 1845, adalah Istiadat Menyambut Surat Sejabat atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhamad II.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]