Wikipedia:Nota kaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Garis Panduan Gaya
Manual Gaya Penulisan Utama
Manual-manual tambahan
Bagaimana menyunting halaman
Garis panduan reka letak
Penulisan yang lebih baik
Unsur-unsur dasar
Tajuk rencana
Tajuk bahagian
Bahagian
Pautan
Imej: Tajuk
Imej: Tutorial
Kategori
Menyebut sumber-sumber
Unsur-unsur khas
Istilah teknikal dan takrif
Menerangkan jargon
Matematik: Simbol
Nama benda dan perkara
Nama khas
Nota kaki
Pengelasan orang
Perintah kendali: Contoh
Senarai
Tanda niaga
Tanda sengkang
Tarikh dan nombor
Gaya untuk halaman istimewa
Biografi
Halaman nyahkekaburan

Nota kaki merujuk kepada nota yang diletakkan di bawah rencana yang menerangkan lebih lanjut mengenai satu bahagian dalam teks. Hubungan di antara bahagian teks dengan nota kaki ditunjukkan dengan satu nombor atau simbol di teks berkenaan.

Nota kaki menambah bahan yang boleh menerangkan sesuatu fakta dengan lebih terperinci, tetapi boleh menganggu perhatian sekiranya dimasukkan dalam teks berkenaan.

Nota kaki juga digunakan dalam memetik sumber untuk mengukuhkan lagi kredibiliti suatu rencana. Rencana yang tidak mempunyai nota kaki boleh dicabar melalui Wikipedia:Pengesahan, yang mengatakan bahawa apa-apa bahan yang dicabar atau mungkin akan dicabar perlu mempunyai sumber. Bahan-bahan yang tidak bersumber mungkin akan dibuang dan sekiranya ingin dimasukkan kembali, menjadi tanggungjawab penyunting untuk membuktikannya.

Ingat bahawa adalah lebih penting untuk anda memetik sumber kandungan dengan tepat. Sekiranya satu rencana sudah pun menggunakan satu gaya petikan, anda seharusnya mengikut gayanya daripada menambah satu petikan lain mengikut gaya sendiri.

Tidak semua petikan sumber menggunakan nota kaki. Sila rujuk Wikipedia:Sumber petikan untuk panduan dan alternatif lain.

Tidak semua nota kaki adalah petikan sumber maklumat. Ia juga boleh digunakan untuk menerangkan atau memberi nota untuk sesuatu bahan.

Perhatian
Anda tidak dapat melihat nota kaki dalam paparan pratonton.

Cara penggunaan[sunting sumber]

Nota kaki: asas[sunting sumber]

Untuk menghasilkan penanda nota kaki, tentukan titik dalam kandungan halaman di mana penanda itu akan diletakkan bersama-sama dengan petikan dan nota di dalam teg <ref>...</ref>. Contohnya:

Teks yang akan dirujuk.<ref>Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.</ref>

Hasil

Teks yang akan dirujuk.[1]

  1. ^ Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.

Kandungan di dalam <ref>...</ref> akan dipaparkan di senarai rujukan. Teg ref boleh ditambah di mana-mana bahagian apabila suatu petikan atau nota kaki diperlukan. Kandungan tersebut hendaklah wujud, jika tidak suatu ralat akan dipaparkan.

Senarai rujukan: asas[sunting sumber]

Apabila suatu nota kaki dimasukkan ke dalam kandungan halaman, senarai rujukan hendaklah dibuat. Untuk senarai rujukan yang asas, sila tambahkan {{reflist}} atau <references/>. Apabila suatu halaman itu telah dicipta dan dipaparkan, nota-nota kaki akan dijana dan dinomborkan secara automatik dan senarai rujukan juga dijana. Senarai rujukan utama diletakkan di bahagian yang berasingan pada halaman dan kebiasaannya ia dilabel sebagai "Catatan", "Nota", "Rujukan" atau sebagainya.

Teks yang akan dirujuk.<ref>Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.</ref>


==Rujukan==
{{reflist}}

Hasil

Teks yang akan dirujuk.[1]

Rujukan
  1. ^ Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.


Catatan:

  • Apabila membuat suntingan, <references/> mungkin akan kelihatan berbanding {{reflist}}. Ia merupakan sintaks yang sah, tetapi <references/> tidak mempunyai ciri tambahan seperti templat {{reflist}}.

Nota kaki: digunakan lebih daripada sekali[sunting sumber]

Anda boleh memetik sumber yang sama lebih daripada sekali pada suatu halaman dengan menggunakan nota kaki bernama. Sintaks untuk mentakrifkan nota kaki tersebut adalah seperti berikut:

Teks yang akan dirujuk.<ref name=contoh>Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik pada mana-mana huruf kecil di sebelah kanan ^ untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.</ref> Teks yang akan dirujuk untuk bahagian lain.<ref name=contoh/>

Hasil

Teks yang akan dirujuk.[1] Teks yang akan dirujuk untuk bahagian lain.[1]

  1. ^ a b Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik pada mana-mana huruf kecil di sebelah kanan ^ untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.

Lihat juga[sunting sumber]