Istana kota Neuschwanstein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 47°33′27″N 10°45′00″E / 47.55750°N 10.75000°E / 47.55750; 10.75000

Istana kota Neuschwanstein
Schloss Neuschwanstein 2013.jpg
Bangunan
Gaya seni bina Pemulihan Romanesque
Lokasi Hohenschwangau, Jerman
Pemilik Jabatan Istana Bavaria
Pembinaan
Dimulakan 5 September 1869
Disiapkan sekitar 1892 (tidak siap)
Pasukan reka bentuk
Arkitek Eduard Riedel
Jurutera sivil Eduard Riedel, Georg von Dollmann, Julius Hofmann
Pereka bentuk lain Ludwig II, Christian Jank

Istana kota Neuschwanstein (Bahasa Jerman: Schloss Neuschwanstein, disebut [nɔʏˈʃvaːnʃtaɪn], Bahasa Inggeris: New Swanstone Castle[1]) ialah sebuah istana abad ke-19 yang dibina berunsurkan seni bina Pemulihan Romanesque. Ia terletak di atas sebuah bukit berceranggah di kampung Hohenschwangau berdekatan Füssen di barat daya Bavaria, Jerman. Istana ini dibina oleh Ludwig II dari Bavaria sebagai sebuah tempat rehat peribadi. Ludwig dipercayai membiayai sendiri pembinaan istana ini melalui pinjaman dan bukannya mengambil dana daripada tabung awam negeri Bavarian.

Meskipun tujuan asal pembinaan istana ini adalah sebagai tempat rehat peribadi Raja Ludwig, ia kemudian dibuka kepada awam selepas kematian beliau pada tahun 1886.[2] Sejak itu lebih daripada 61 juta orang telah melawat Istana kota Neuschwanstein.[3] Lebih daripada 1.3 juta orang melawatnya setiap tahun, dan sehingga 6,000 sehari pada musim panas.[4] Istana ini sering digunakan dalam beberapa filem dan menjadi inspirasi kepada Istana kota Sleeping Beauty di Disneyland[5].

Panorama[sunting | sunting sumber]

Istana kota Neuschwanstein dilihat dari Marienbrücke (Jambatan Marie atau Pöllatbrücke). Marienbrücke terletak di seberang Pöllat dan boleh dilihat secara jelas dari istana kota Neuschwanstein. Jambatan ini dinamakan oleh Ludwig II dari Bavaria bersempena nama ibu beliau, Marie Friederike dari Prusia.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]