Wikipedia:Bantuan audio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fail bunyi Wikipedia menggunakan format enkod Ogg Vorbis, yang menyerupai format popular MP3 tetapi tidak dibebankan oleh paten. Ia adalah format baru dan tidak disokong oleh semua pemain media utama pada komputer Microsoft Windows dan Mac OS X secara lalai, oleh itu anda perlu memuat turun perisian atau plug-in tambahan bagi memainkan fail media tersebut.

Formar Ogg Vorbis disokong oleh perisian berikut:

Daftar lebih lengkap dan terkini terdapat di sini.

Sesetengah peranti boleh alih menyokong format Ogg Vorbis, paling terkenal yang dijual oleh iRiver. Daftar lebih lengkap pemain terdapat di sini. Apple iPod tidak menyokong Ogg Vorbis. Untuk memainkan file audio Wikipedia pada iPod atau peranti lain, fail ini perlu ditukar kepada format MP3.

Daftar perisian perdagangan dijual untuk menyokong penukaran ini terdapat di sini. Sementara terdapat perisian percuma yang melaksanakan penukaran tersebut, ia tidak disebarkan secara meluas kerana paten dalam mengkod MP3 format, dan proses tersebut terpaksa melalui beberapa langkah dan penurunan kualiti bunyi.