Isyraf Danish

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isyraf Danish
Kelahiran
Tengku Isyraf Danish

(2001-02-19) 19 Februari 2001 (umur 23)
PekerjaanPemandu kereta litar lumba, pelakon
Tahun aktif2015—kini
Terkenal keranaVideo-video menerusi aplikasi Dubsmash dan Vlog.

Tengku Isyraf "Syafx" Danish (lahir 19 Februari 2001) merupakan seorang pemandu kereta litar lumba, personaliti media sosial dan pelakon dari Malaysia. Isyraf mula terkenal semasa muncul dengan video-video berdurasi pendek menerusi aplikasi Dubsmash dan Vlog sekitar tahun 2014. Selain itu, beliau pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi secara keseluruhan dalam Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara pada tahun 2016.[1]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Isyraf merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik. Selain itu, beliau mempunyai hobi lain seperti bermain boling, meluncur ais dan menghabiskan masa di gimnasium. Daripada segi personaliti, Isyraf merupakan seorang yang kelakar dan suka menghiburkan ahli keluarga ketika berada di rumah namun beliau juga seorang yang pemalu apabila ditempat umum. Disamping itu, beliau juga amat gemar dengan masakan kampung terutama sekali, petai.[2]

Dunia Perlumbaan Formula[sunting | sunting sumber]

Minat Isyraf terhadap dunia perlumbaan formula tercetus semenjak usianya 8 tahun lagi setelah beliau bermain go kart. Bapa Isyraf seringkali membawanya ke Subang Go Cart dan daripada situlah bapanya mula lihat serta merasakan bahawa Isyraf mempunyai potensi yang besar dalam sukan perlumbaan formula ini. Selain itu, beliau juga turut mengidolakan pemandu kereta formula 1 kelahiran United Kingdom iaitu Lewis Hamilton dan beliau ingin menjadi seperti Lewis pada suatu hari nanti..[3]

Berikut merupakan penyertaan Isyraf dalam kejuaraan perlumbaan formula:

• Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara 2016-17.

• Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara 2017-18.

• Kejuaraan Siri Formula Masters Asia 2017.

• Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara 2019.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Rasuk Mee Segera Boy Filem pertama dan kemunculan pertama Isyraf dalam dunia lakonan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Hiburan:

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2017 Anugerah Instafamous 2017 Instafamous Paling Bro Diri sendiri. Menang

Perlumbaan Formula:

• Tempat Ke-4 Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara 2016-17 (sebanyak 317 mata terkumpul).

• Piala Rookie Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara 2016-17 (sebanyak 500 mata terkumpul).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ISYRAF DANISH, PELUMBA F4 MUDA, BERBAKAT DAN KIAN DIGILAI". Glam Lelaki.
  2. ^ "Isyraf Danish". Stail.my. 25 Januari 2019.
  3. ^ "Isyraf Danish dari Malaysia incar mahkota F4 SEA". motorsport.com. 25 September 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]