J. Rukimin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
J. Rukimin
Les-kafilas-ECHK565b and J Rukimin.jpg
Nama penyanyi diletakkan sebagai Rukimin Judie bersama kumpulan Les Kafilas
Latar belakang
Nama lahirRukimin Judi
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960-an - 1970-an
Kegiatan berkaitan
Les Kafilas


Rukimin Judi atau lebih dikenali sebagai J. Rukimin merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Beliau merupakan penyanyi utama bagi kugiran Les Kafilas.

Perkembangan kini[sunting | sunting sumber]

Rukimin Judi pernah diserang angin ahmar kali pada 1999, dan sekali lagi pada 2003 ketika memandu teksi dan kali ketiga dan yang paling parah pada 2005.

'Kaki kiri saya tiba-tiba berat, susah nak diangkat. Kata doktor ia disebabkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol saya yang melambung tinggi,' katanya.

Beliau turut menghidap penyakit ginjal dan perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu pada 2008. Kini beliau jarang lagi bermain gitar kerana jari-jarinya kebas.


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Ikan Todak
  • Oh Kekaseh Ku
  • Entahlah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]