Jaami Qureshi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jaami Muhammad Qureshi (lahir 2 Februari 2004) merupakan seorang pemain bola sepak profesional free agent Malaysia-Inggeris yang bermain sebagai penyerang atau sayap dan kali terakhir bermain bersama sebuah kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove Albion.

Jaami Qureshi
Maklumat peribadi
Nama penuh Jaami Muhammad Qureshi
Tarikh lahir (2004-02-02) 2 Februari 2004 (umur 18)
Tempat lahir London, Inggeris
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
2010-2012 Brentford
2012-2015 Chelsea
2015-2016 Fulham
2016-2020 Brighton
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2020-2022 Brighton 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:27, 29 November 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14:27, 20 December 2021 (UTC)

Lahir di London kepada seorang ibu Malaysia dan bapa Iraq, Qureshi mula memulakan kariernya dengan Brentford sebelum pindah ke Chelsea dan Fulham. Beliau menyertai Brighton pada tahun 2016 dan pernah berlatih bersama England pada peringkat bawah-15 tahun.[1]

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Qureshi dilahirkan di London kepada seorang ibu Malaysia dan bapa Iraq. Ibunya merupakan seorang berbangsa Melayu yang berasal dari Manjoi, Ipoh, Perak. Bapanya pula mempunyai campuran darah Arab dan Wales.[2] Beliau adalah anak yang terakhir daripada 4 orang abang dan seorang kakak. Minatnya terhadap bola sepak bermula apabila berusia 4 tahun, hasil bermain bola dengan abang-abangnya.[1]

Kerjaya bersama kelab[sunting | sunting sumber]

Brentford[sunting | sunting sumber]

Qureshi mula memulakan kariernya dengan Brentford pada usia 6 tahun.[3] Beliau menghabiskan 2 tahun dengan pasukan itu sebelum mereka menutup akademi mereka disebabkan persaingan sengit untuk mendapatkan bakat dan kos yang tinggi.[1]

Chelsea dan Fulham[sunting | sunting sumber]

Selepas meninggalkan Brentford, Qureshi menghabiskan masa bersama akademi Chelsea selama 3 tahun dan kemudiannya Fulham.[3] Beliau memutuskan untuk menyertai Brighton pada tahun 2016.

Brighton & Hove Albion[sunting | sunting sumber]

Qureshi menyertai Brighton pada tahun 2016 dan menandatangani kontrak dua tahun, ketika beliau berumur 12 tahun. Pada umur 14 tahun, beliau kemudian ditawarkan kontrak empat tahun, dengan jangkaan bahawa beliau akan dinaikkan ke pasukan utama apabila beliau berumur 17 tahun.[1][3] Pada Mei 2021, Qureshi merupakan salah seorang daripada beberapa pemain muda Brighton yang ditawarkan kontrak profesional baru oleh pasukan itu.

Qureshi menjalani sesi pemilihan bersama QPR and Cardiff City,[4][5] beberapa bulan sebelum beliau dilepaskan oleh Brighton pada Jun 2022.[6]

Karier kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan tempat kelahirannya dan asal ibu bapa, Qureshi layak mewakili England, Malaysia, dan Iraq di peringkat antarabangsa.

Qureshi pernah berlatih bersama skuad England bawah-15 pada tahun 2018.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Selain bola sepak, Qureshi adalah pemain rugbi yang rajin dan adalah ahli Harlequin Rugby Club. Beliau juga adalah seorang pelari pecut dan pelompat jauh, dengan rekod peribadi 12 saat dalam larian 100 meter dan 5.58 meter dalam lompat jauh. Jika karier bola sepaknya tidak membuahkan hasil, Qureshi telah mengatakan dia ingin melatih sebagai seorang arkitek.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "From idolising Lionel Messi to dreaming of Arsenal - Who is English-Malaysian youngster Jaami Qureshi? | Goal.com". www.goal.com. Dicapai pada 2022-06-17.
  2. ^ "FAM jumpa Jaami Ogos ini".
  3. ^ a b c "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2022-06-19.
  4. ^ Bennett, Dan (2022-03-29). "Trialists Dju and Qureshi feature for QPR Under-23s". West London Sport (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-19.
  5. ^ "Cardiff City taking look at Brighton and Hove Albion youngster Jaami Qureshi". The72 (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-26. Dicapai pada 2022-06-19.
  6. ^ "Albion confirm released and retained list for out of contract players". www.brightonandhovealbion.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-19.
  7. ^ "England Under 15 Discussions Thread #1". BigSoccer Forum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-18.