Jabatan Bomba Bandar Raya New York

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fire Department of New York

150px

150px
Cogan kata: "New York's Bravest"
EMS Motto: "New York's Best" [1]
Ditubuhkan 31 Julai 1865 (asal-usul sejauh 1648)
Kakitangan Kerjaya
Bil. ahli 15,870 (pada 12/31/10) [2]
  • Bomba Beruniform: 10,849
  • EMS Beruniform: 3,399
  • Awam: 1,622
Batalion 52
Balai 251 (termasuk stesen EMS)
Kereta 198
Skuad 7
KPB 5
Helikopter 0. Helikopter NYPD digunakan jika perlu
Bot 3
Unit PPK 234 (Pagi dan Petang)
146 (Lewat Malam)
Tahap PPK CFR-ALS

Jabatan Bomba Bandar Raya New York (Bahasa Inggeris: New York City Fire Department atau Fire Department City of New York, FDNY) dipertanggungjawabkan melindungi orang awam dan harta benda di kelima-lima daerah perbandaran Bandar Raya New York daripada kebakaran dan ancaman kebakaran, menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan, penyelamatan teknikal serta menjadi pegerak balas pertama kepada ancaman bahan biologi, kimia dan radioaktif. Jabatan ini beribu pejabat di 9 MetroTech Center, Downtown Brooklyn,[3] sementara pusat latihannya (The FDNY Fire Academy) di Randall's Island.[4]

FDNY, iaitu jabatan bomba perbandaran yang terbesar di Amerika Syarikat, dan kedua terbesar di dunia mengekori Jabatan Bomba Tokyo, mempunyai kira-kira 11,080 orang pegawai beruniform dan ahli bomba, dan lebih 3,300 EMT dan paramedik beruniform. Ia berdepan dengan cabaran yang amat pelbagai. Selain bergerak balas kepada kecemasan di rumah keluarga mahupun bangunan tinggi, juga terdapat banyak jambatan, terowong, taman besar dan kawasan berkayu yang mudah terbakar, dan juga salah satu sistem tren bawah tanah yang terbesar di dunia. Cabaran ini menambah lagi tahap kerumitan kerja bomba serta mendapatkan gelaran New York’s Bravest (Yang Paling Berani di New York) kepada para ahli bomba FDNY.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bandar Raya New York