Jaket keselamatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jaket keselamatan disarungkan seorang pengawal tasik

Jaket keselamatan (life jacket) ialah kelengkapan yang dipakai sewaktu berada di atas permukaan air - sama ada menaiki kapal perahu atau bersukan - untuk memastikan keselamatan pemakai dalam keadaan yang terapung sekiranya terhumban ke dalam air. Terdapat pelbagai rekaan jaket ini yang dibuat mengikut tahap keselamatan sesuai dengan kegiatan yang dijalankan atas air.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Jaket keselamatan diisi dengan gas seperti karbon dioksida - sama ada melalui mekanisme tarikan yang mengaktifkan bekas pengisi atau ditiup pemakai sendiri melalui suatu lubang berinjap[1] - yang terperangkap dalam kantungan apung.[2]

Ia diwarnakan dengan warna terang seperti jingga atau kuning untuk memudahkan pemakai dikesan dari jarak jauh oleh pasukan pencari. Ia juga disertakan dengan bahan tambahan seperti peluit dan lampu kelip-kelip.

Alat hampir serupa[sunting | sunting sumber]

Pembantu apung (buoyancy aid)[sunting | sunting sumber]

Kelengkapan ini hampir serupa bentuknya dengan jaket keselamatan namun hanya mempunyai rekaan ringkas diisi busa dan getah kalis air; apabila semua bahagian busa ini habis digenangi air, ia akan menyerap lalu tidak mampu memberikan apungan sebaiknya lagi.[1] Oleh sebab itu, jaket kehidupan umumnya mampu beri lebih banyak daya apung daripada alat bantu apung asas kerana pembinaannya.[3]

Alat pembantu ini lebih digunakan untuk kegiatan bertempoh pendek seperti riadah sukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Amang (24 Ogos 2020). "Ketahui jenis & maha pentingnya jaket keselamatan". Umpan. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  2. ^ "Safety Aids" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 30 April 2018. Dicapai pada 5 April 2017.
  3. ^ 10 newton bersamaan 1 kg daya apungan yang mampu dijana

Pautan luar[sunting | sunting sumber]