Peluit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Wisel" dilencongkan ke sini. Untuk majalah Malaysia berjudul sama, sila lihat Wisel!.
Peluit kecil diperbuat daripada besi.
Bunyi peluit untuk polis sedang ditiupkan.

Peluit[1][2] [pĕ-luit] atau wisel [wi-sél[3], wi-sĕl] (juga lazim di Malaysia, pinjaman Bahasa Inggeris: whistle) ialah sejenis alat yang menghasilkan bunyi bernada tinggi apabila badan ia ditiupkan udara melalui suatu hujung lalu terkeluar ke satu hujung yang lain.

Ia lazim digunakan sebagai alat pengisyarat baik sebagai alat yang tersendiri mahupun dipasangkan pada komponen tertentu misalnya komponen hadapan kereta api ataupun cerek.

Kegunaan mengikut bidang[sunting | sunting sumber]

Dalam polis[sunting | sunting sumber]

Pembangunan alat peluit ini sendirinya berhubung kait dengan polis. Terdapat seberapa orang yang telah cipta peluit moden seperti J. Stevens dan J. Dixonsekitar tahun 1840-an, serta T. Andrea dengan peluit jenis Beaufort untuk Polis Liverpool pada 1870-an. Walau bagaimanapun, Joseph Hudson merupakan orang pertama yang memperkenalkan rekaan peluit yang mampu menghasilkan bunyi bernada tinggi yang mampu didengari dari jauh sebatu; ciptaan ini kemudiannya diperkenalkan kepada Scotland Yard lalu syarikat Hudson diberikan kontrak pertama atas pembuatan alat ini pada tahun 1884.

Dalam sukan[sunting | sunting sumber]

Peluit paling diketahui dalam bidang sukan (termasuk bola keranjang, hoki-hoki padang dan ais, bola sepak jenis persatuan dan Amerika) sepertimana yang dilakukan para pengadil agar setiap dapat didengari pemain dan penonton; sebelum ini wasit-wasit ini lazim menggunakan sapu tangan untuk mengisyarat kepada para pemain.[4]

Kegunaan alat ini dalam bidang sukan mula diperkenalkan oleh William Atack dalam permainan ragbi di New Zealand pada tahun 1884. Cara pengisyarata yang sama juga mula digunakan dalam sukan bola sepak semasa perlawanan Piala Football Association Challenge antara Nottingham Forest dan Sheffield pada 21 Disember 1878.[4]

Dalam pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Peluit tahap industri dipasangkan pada kereta api untuk mengisyaratkan perjalanan sama ada dalam keadaan sedang bergerak dalam landasan mahupun untuk tujuan berhenti di suatu perhentian

Alat peluit yang digunakan dalam kapal-kapal harus bersuara keras sebagai untuk tujuan mengisyaratkan keselamatan kepada kapal-kapal yang ditembung semasa di laut. Peluit kapal modern lazimnya dijanakan bunyi ia menggunakan elektrik atau wap air; frekuensi bunyi turut ditetapkan berada dalam rentang 70-200 Hz untuk kapal-kapal yang mempunyai panjang lebih dari 200 meter.

Sebagai alat bantuan[sunting | sunting sumber]

Pesakit mahupun orang kelainan upaya dalam perbaringan dapat memanfaatkan peluit untuk memanggil pembantu atau jururawat sekiranya tidak berkemampuan berjalan atau memanggil staf seperti yang biasa dilakukan.

Peluit sering digunakan sebagai alat peringatan berfungsi menarik perhatian pengguna. Pemandu kenderaan tertentu seperti motorsikal adakalanya menggunakan peluit sebagai pengganti loceng atau klakson.

Alat wisel juga dipasangkan pada jaket keselamatan atau pengapung peribadi sebagai pengisyarat sekiranya pengguna dalam keadaan timbul tenggelam misalnya setelah jatuh ke laut dari perahu atau kapal; peluit jenis ini direka agar air tidak mudah masuk lalu menakung serta juga tidak memenatkan pemakai yang meniup dalam keadaan kehanyutan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'peluit' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 26 Disember 2019.
  2. ^ "Arti kata 'peluit'". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 26 Disember 2019.
  3. ^ "'wisel' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 26 Disember 2019.
  4. ^ a b "History of the Whistle".