James Key

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

James Key (lahir Januari 14, 1972) ialah seorang jurutera dari United Kingdom yang bekerja dalam bidang Formula Satu.

Kerjaya Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Key menyertai Jordan Grand Prix pada tahun 1998 setelah menghabiskan beberapa tahun sebagai seorang jurutera data, dan kemudiannya menjadi jurutera perlumbaan untuk Takuma Sato. Selepas menghabiskan masa setahun dalam jabatan Terowong Angin, beliau menyertai jabatan Kenderaan Dinamik, dan akhirnya menjadi ketua jabatan dalam beberapa musim terakhir pasukan tersebut sebagai Jordan Grand Prix.

Tidak lama selepas pasukan tersebut menjadi MF1 Racing, beliau menjadi Pengarah Teknikal pada tahun 2005 selepas menjadi Penyelaras Tekinal untuk tempoh masa yang singkat. Beliau adalah salah seorang Pengarah Teknikal yang termuda dalam Formula Satu, pada usia 33 tahun, bersama-sama dengan Sam Michael (lahir pada tahun 1971) yang menjadi Pengarah Teknikal untuk pasukan Williams F1 pada usia 33 tahun pada musim 2004. Key mengekalkan jawatan tersebut semasa peralihan melalui pasukan Spyker F1 untuk Force India F1

Pada bulan April 2010, beliau meninggalkan Force India untuk menyertai pasukan Sauber, dengan menggantikan Willy Rampf sebagai Pengarah Teknikal.[1] Beliau kekal bersama Sauber selama hampir dua tahun, sebelum meninggalkan pasukan tersebut pada bulan Februari 2012 untuk menerima tawaran yang tidak didedahkan dengan salah sebuah pasukan yang berpangkalan di Britain.[2]

Pada 6 September 2012, ia telah diumumkan bahawa Key telah menyertai Scuderia Toro Rosso sebagai Pengarah Teknikal, dengan menggantikan Giorgio Ascanelli.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beer, Matt (2010-02-24). "Key takes over as Sauber technical boss". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai 13 Mei 2013. 
  2. ^ Noble, Jonathan (2012-02-03). "Technical director James Key to part company with Sauber". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai 13 Mei 2013. 
  3. ^ "Key replaces Ascanelli at Toro Rosso". formula1.com. 6 September 2012. Dicapai 13 Mei 2013.