Jata Dominika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jata negara Dominika

Jata negara Dominika mula digunakan pada 21 Julai 1961.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Jata ini mempunyai 2 burung kakak tua, spesis Amazona imperialisis sebagai pemegang dan pembawa perisai. Penggunaan burung kakak tua ini dikatakan ia merupakan burung yang paling banyak didapati di pulau ini. Di bahagian atas perisai terdapat singa.

Dalam perisai yang dibahagi kepada empat bahagian terdapat pokok kelapa di bahagian atas kiri perisai, di bahagian bawah kiri perisai ialah sebuah kanu yang digunakan oleh penduduk asli pulau Carib. Di bahagian atas kanan perisai, terdapat seekor katak gunung, dan di bahagian bawahnya pula, terdapat pokok pisang.

Di bawah perisai terdapat kain rentang yang mengandungi perkataan : Après Bondie C'est La Ter (Selepas Tuhan adalah Bumi) iaitu moto kebangsaan kepada negara ini.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.