Jinuin Jimin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senator Jinuin Jimin adalah anggota Dewan Negara Malaysia . Jinuin Jimin daripada kaum Murut berasal dari Tenom di pedalaman Sabah, ialah anggota Majlis Tertinggi Parti Demokratik Sabah (PDS) dan dilantik sebagai Senator pada 2011. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.

Aktiviti politik beliau bermula pada 1985 apabila dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan raya kecil parlimen Ulu Padas tetapi tewas kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Kadoh Agundong.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 1998, beliau meninggal dunia setelah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Keningau,[1] kira-kira 130 kilometer dari Kota Kinabalu. Ketua Polis Daerah Keningau, Penguasa Polis Sunny Daniel menjalaskan bahawa kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh Junuin bertembung dengan sebuah van di Jalan Keningau-Kota Kinabalu kira-kira pukul 9.30 malam dalam keadaan hujan. Ketika itu Jinuin (45 tahun ) sedang memandu seorang diri menuju ke Kota Kinabalu apabila bertembung dengan sebuah van yang membawa tiga penumpang, kira-kira 6 kilometer dari pekan Keningau.

Tiga penumpang van berkenaan selamat dan kini dirawat di Hospital Daerah Keningau. Seorang daripada mereka dilaporkan kritikal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senator Jinuin terkorban dalam kemalangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-22.