Tenom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 5°48′30″N 102°08′52″E / 5.8084°N 102.1477°E / 5.8084; 102.1477

Tenom
Bandar dan Daerah
Majlis Daerah Tenom
Majlis Daerah Tenom
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Kerajaan
 • Pengerusi Majlis Daerah Tenom Tuan Mediyem Layapan
Luas
 • Jumlah 2,238 km2 (864 batu persegi)
Populasi (2006)
 • Jumlah 51,000 [1]
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod 899XX
Kod kawasan 087XXXXXX
Laman web Majlis Daerah Tenom

Tenom terletak di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur. Tenom bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan di Indonesia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900-an. Pegawai Daerah yang pertama bernama M.C.M. Weedon. Pembukaaan Daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate. Namun demikian, mengikut kajian arkeologi yang dibuat oleh T.R William (1962), Dr. Neville (1963), A.H Dumbelton dan F. Wassey (1984) serta Ian Crawton (1980) ke atas beberapa tempat di Tenom seperti Batu Penotal dan bukit bukau di Banjaran Kroker, terbukti kawasan ini telah diduduki sejak prasejarah lagi. Di kawasan ini dijumpai 'Batu Penukul' beliung, batu yang digunakan oleh orang-orang Murut untuk memburu dan membuat pakaian. Pada mulanya, nama Daerah Tenom ialah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Brich (1901-1904) . Bagaimanapun, nama Tenom telah wujud pada tahun 1904 berikutan siapnya pembinaan jalan kereta api dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.

Lokasi daerah, topografi dan tanah pertanian[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Tenom dikelilingi oleh sempadan dengan Daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia. Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong. Topografi ialah bukit-bukau. Hujan tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Dua batang sungai yang mengalir melalui daerah ini, iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan merupakan sumber air kepada penduduk-penduduk Daerah Tenom dan juga sebagai penjana bekalan api Elektrik Hidro Tenom Pangi. Manakala taburan hujan di Daerah Tenom pada tahun 2000 ialah 1,937.9mm.

Keluasan[sunting | sunting sumber]

Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong.

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom
Lokasi bandar dan daerah Tenom
Geografi
Status Daerah
Asal nama Port Birch
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Daerah Daerah Tenom
Keluasan 2,238 km persegi

Muka buminya brrbukit-bukau. Hujan tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian.

Sungai[sunting | sunting sumber]

Ada dua batang sungai utama iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan. Sungai ini menjadi sumber bekalan air dan pengairan kawasan pertanian di kawasan ini.

Empangan janakuasa hidro elektrik Tenom-Pangi membekalkan elektrik ke seluruh kawasan Sabah terutama sekali di Kota Kinabalu. Hal ini kerana bekalan airnya banyak dan hujan pula lebat, sekitar 1,937.9mm pada tahun 2000.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Etnik di Tenom - Bancian 2010 [2]
Etnik percent
Murut
  
60%
Cina
  
20%
Melayu
  
10%
Kadazandusun
  
0.8%
Lain-Lain
  
0.2%

Penduduk

Daerah Tenom mempunyai bilangan penduduk seramai 39,240 orang mengikut bancian (Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000). Pada tahun 2006, penduduk Tenom seramai 51,000 orang . Bilangan ini termasuk Daerah Kecil Kemabong. Suku kaum Murut merupakan suku kaum yang terbesar iaitu 60%, diikuti oleh Cina 20%, Melayu 10%, Dusun/Kadazan 8% dan lain-lain 2%. Suku kaum Murut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu suku Murut Timugon dan Murut Tagol Suku kaum Murut Timugon kebanyakannya menetap di kawasan Mukim Pekan, Mukim Melalap dan Mukim Entabuan manakala kaum Murut Tagol menetap di kawasan di Mukim Sapong, Mukim Kemabong, Mukim Tomani dan Mukim Rundum.

Sosio Budaya

Daerah Tenom mempunyai kebudayaan daripada berbagai-bagai kaum. Ia memberi sumbangan dan gabungan daripada berbagai-bagai kaum, khususnya Murut Tagol, Murut Timugon, dan Suku Lundayeh, Melayu dan Cina. Sikap tolak ansur antara kaum juga nampak dan jelas menjadikan pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama lain adalah dihormati. Di majlis-majlis perkahwinan, sambutan Hari Raya Aidilfitri/Adha, Hari Natal atau Krismas, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan atau Hari Napangan Nanantab dan lain-lain, masyarakat daripada semua kaum akan bergaul dan mengunjungi rumah saudara mara tanpa mengira keturunan dan agama demi mengeratkan tali persahabatan serta muhibbah yang telah diamalkan sejak sekian lama.

Agama

Agama Kristian dianuti oleh sebahagian daripada masyarakat Murut Lundayeh dan Kadazan/Dusun. Agama Buddha dianuti oleh Masyarakat Cina. Selain itu, terdapat sebahagian daripada masyarakat Murut Lundayeh dan Cina yang menganuti agama Islam, Tao, Nasrani dan ada juga yang masih Pagan. Walaupun agama yang dianuti oleh masyarakat di Tenom, sesuatu yang jelas ialah kepatuhan terhadap tanggungjawab untuk mengerjakan ibadat sembahyang di kalangan komuniti-komuniti yang mengamalkan sistem yang berlain-lainan.

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis - Papar dan Tambunan - Keningau atau Bamban Kemabong - Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Daerah Tenom tidak mempunyai masalah tentang perhubungan jalan darat oleh kerana hampir keseluruhan kampung dalam Daerah Tenom telahpun mendapat perhubungan jalan raya, sama ada ia dibina oleh kerajaan melalui Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pembangunan Persekutuan ataupun syarikat-syarikat pembalakan. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan kereta api daripada Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar - Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kedudukan ekonomi Daerah Tenom bergantung kepada hasil pertanian terutama sekali pengeluaran getah yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk Daerah Tenom. Pada masa kini, pertumbuhan ekonomi di daerah ini telah meningkat dengan perwujudan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan terutama sekali pertumbuhan sektor perindustrian, perkilangan dan juga pelancongan.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Pada asasnya, Dearah Tenom mempunyai keluasan kawasan yang berpotensi untuk pertanian berjumlah 30,000 hektar. Sehingga tahun 2000 keluasan yang diusahakan berjumlah 22,000 hektar. Tanaman utama ialah getah lalu diikuti oleh koko, kopi, padi sawah lalu diikuti oleh tanaman buah-buahan. Stesen Penyelidikan Lagud Seberang ialah sebuah pusat penyelidikan dan kajian terhadap pelbagai tanaman seperti koko, kopi, buah-buahan dan lain-lain. Selain itu, pusat ini juga ada menjual pelbagai jenis benih (bibit) buah-buahan untuk dijual kepada orang ramai. Di Daerah Tenom juga terdapat beberapa agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pertubuhan peladang seperti Tanah Negeri Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom mempunyai 7 kawasan mukim termasuk Daerah Kecil Kemabong dan 201 buah kampung, 116 buah Badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Seorang Ketua Daerah, 7 orang Ketua Anak Negeri, 27 Wakil Ketua Anak Negeri, 27 orang Ketua Kampung serta 6 Ketua Masyarakat Cina. Daerah ini mempunyai Pusat Pentadbiran yang ditempatkan di Pekan Tenom yang diketuai oleh Pegawai Daerah, Tuan Faimin Kamin selaku Pegawai Daerah yang ke-21 di samping Ketua Ketua Jabatan yang lain seperti Kuasa Kuasa Tempatan. Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Negeri dan Persekutuan.

Kawasan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom mempunyai dua kawasan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu kawasan N.35 Melalap yang diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Radin Malleh (PBS-BN) dan kawasan DUN N.36 Kemabong diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Rubin Balang. Kedua-dua kawasan pilihan raya N.35 Melalap dan N.36 Kemabong termasuk dalam kawasan pilihan raya Parlimen P.181 Tenom yang diwakili oleh Yang Berhormat Tuan Raime Unggi. Jumlah pemilih kawasan DUN.35 Melalap ialah 16,607 orang dan kawasan DUN.36 Kemabong ialah 11,140 orang pemilih, manakala jumlah pemilih kawasan parlimen P.181 Tenom ialah 27,747 orang pemilih.

Bekalan air[sunting | sunting sumber]

Sumber bekalan air Tenom ialah Sungai Padas. Bekalan air bersih tidak menjadi masalah; kini terdapat dua buah loji penapis air iaitu di Tenom dan Daerah Kecil Kemabong. Selain itu, terdapat juga Bekalan Air Gravity oleh Jabatan Air dan Jabatan Kesihatan.

Bekalan elektrik[sunting | sunting sumber]

Di Daerah Tenom terdapat sebuah janakuasa hidro elektrik yang terdapat di Pangi. Janakuasa hidro elektrik ini merupakan satu-satunya Stesen Run Off River yang pertama di Sabah. Kemampuan bekalan elektrik ini ialah 66 Megawat. Stesen ini membekalkan tenaga ke Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau dan Tenom. Kini, kira-kira 6,169 buah rumah di daerah ini telah mendapat kemudahan elektrik.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Di Daerah Tenom sehingga 31 Januari 2001 terdapat 50 buah sekolah iaitu 3 buah Sekolah Menengah Kebangsaan, 2 buah Sekolah Menengah Bantuan dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta dan 45 buah Sekolah Rendah yang telah menampung seramai 11,205 orang pelajar rendah dan menengah. Bilangan ini tidak termasuk jumlah pelajar sekolah swasta. Dari segi tenaga pengajar pula bilangan guru sekolah rendah seramai 784 orang. Manakala bilangan guru Slsekolah menengah 194 orang.

Perubatan dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Untuk kemudahan kesihatan kepada masyarakat di Daerah Tenom, kerajaan telah menyediakan pelbagai pusat kesihatan. Sebuah hospital daerah dan pusat kesihatan telah diwujudkan di Pekan Tenom. Ia memberi khidmat perubatan dan kesihatan kepada penduduk di Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong. Kini, terdapat 3 buah pusat kesihatan dan 8 buah klinik desa dan sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Selain itu terdapat juga 2 buah Klinik Swasta dan 2 buah Klinik Tradisional.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Tenom kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti bukit-bukau yang penuh misteri dan lengkap dengan tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis dan hidupan liar. Sungai-sungai yang hebat dan deras adalah seperti Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Di Daerah Tenom terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati oleh para pelancong. Taman Pertanian terletak di Lagud Seberang kira-kira 8 kilometer dari Pekan Tenom. Taman ini menjanjikan kekekalannya sebagai warisan hijau selama-lamanya. Taman Pertanian ini memaparkan aktiviti Kementerian Pertanian Dan Industri Pemakanan Sabah dalam Pembangunan Luar Bandar. Di sini nilai estetika dan sains digabungkan bagi mengimbangi zaman yang berlalu dengan masa yang akan datang, budaya dengan kemajuan serta alam sekitar. Tempat-tempat pelancongan lain yang sedia ada adalah seperti Pusat Kebudayaan Murut di Pulong Melalap. Batu Berukir di Tomani, Air Terjun di Kampung Amboi, Kampung Baru Jumpa, Kampung Kalang dan Rekreasi Air atau White Water Rafting di Pangi. Satu lagi mercu tanda kemegahan iaitu pembinaan sebuah Tugu sebagai memperingati Pahlawan Murut bernama Antanom atau Ontoros yang berjuang bagi kaum mereka di Rundum pada tahun 1915.

Kemudahan lain[sunting | sunting sumber]

Syarikat Telekom Malaysia Berhad ada menyediakan kemudahan perkhidmatan telekomunikasi. Selain itu, terdapat juga sebuah pejabat pos bagi perkhidmatan pos, dan Pusat Internet Desa (PID) yang terletak di bangunan pejabat pos.

Tempat penginapan[sunting | sunting sumber]

Bagi pelancong atau pelawat yang melawat Daerah Tenom tidak mengalami kesulitan tempat tinggal. Tenom mempunyai sebuah hotel yang bertaraf antarabangsa, di samping hotel-hotel sederhana, chalet dan rumah rehat yang disewakan dengan harga yang sederhana dan berpatutan.

Tempat makan dan minum[sunting | sunting sumber]

Di sini terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan dan minuman yang halal di samping harganya yang amat berpatutan.

Rekreasi[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]