Jo Kwon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jo Kwon
Jo Kwon semasa acara pembukaan Ekspo Makanan Korea 2008.
Latar belakang
Nama lahirJo Kwon (조권)
PekerjaanPenyanyi, penari, penghibur, pelakon
InstrumenVokal, piano
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
2AM
One Day
Jo Kwon
Hangul조권
Hanja
Perumian SemakanJo Gwon
McCune–ReischauerCho Kwŏn

Jo Kwon (Hangul: 조권, lahir 28 Ogos 1989) ialah seorang penyanyi dan penghibur Korea Selatan, ketua kumpulan boy band balada, 2AM.[1]

Pradebut[sunting | sunting sumber]

Jo Kwon merupakan pelatih JYP Entertainment yang paling lama berkhidmat, iaitu selama 2567 hari; tepat 7 tahun dan 10 hari selepas menyertai JYP. Dia terpilih sebagai anggota terakhir "99% Challenge Project" Park Jin Young "99% Challenge Project" bersama-sama Sunye Wonder Girls.[perlu rujukan]

Dalam 2008, dia muncul dalam Hot Blood Mnet, sebuah rancangan yang menunjukkan betapa ketatnya latihan fizikal yang harus dilalui oleh 13 pelatih lelaki untuk peluang membuat debut dalam sama ada kumpulan balada 4-anggota 2AM atahu kumpulan dance 7-anggota 2PM di bawah JYP Entertainment.[2] Selepas melalui proses penyingkiran, Jo Kwon diangkat sebagai ketua 2AM.

Debut[sunting | sunting sumber]

Single pertama 2AM "This Song" dikeluarkan pada 21 Julai 2008 dan membuat persembahan sulung mereka pada 11 Julai 2008 mempersembahkan "이 노래" ("Lagu Ini").[3]

Sumbangan solo[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Jo Kwon kerap muncul sebagai tetamu dalam rancangan anekaragam seperti "Star King", terkenal dengan jenaka tariannya yang semberono dan lucu. Dia merupakan sebahagian "Dirty Eyed Girls" dalam sebuah episod rancangan anekaragam 2PM, "Wild Bunny", mempersembahkan sebuah parodi lagu popular Brown Eyed Girls, Abracadabra. Muzik videonya kemudian menjadi sangat popular.[4]

Dalam September 2009, Jo Kwon merupakan salah seorang MC utama untuk rancangan anekaragam bersifat alam sekitar SBS, "Find it! Green Gold" bersama Shindong Super Junior, Kim Hyung Joon SS501, dan bekas anggota Fly To The Sky, Brian Joo. Dia turut menggantikan Jaebeom yang terlibat dengan satu kontroversi internet, untuk rancangan anekaragam kebudayaan bersejarah, Nodaji.[5] Kedua-dua rancangan tersebut telah dihentikan kerana rating rendah.[perlu rujukan]

Bersama-sama Ga-In Brown Eyed Girls, dia menyertai rancangan realiti We Got Married pada 3 Oktober 2009. Walaupun pada mulanya mereka cuma perlu membuat penampilan untuk istemewa Chuseok, akibat kemunculan mereka menyumbang kepada rating tertinggi, lantas pada Musim II, mereka diumumkan sebagai pasangan tetap.[6]

Dalam 2010, dia menjadi ahli tetap Family Outing 2.[7] Dia juga sekarang ini sedang berlakon dalam sitkom All My Love yang turut dibintangi Park Min Sun, Kim Gab Soo dan idol seperjuangan serta 'isteri', Ga-In daripada Brown Eyed Girls.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Dia pernah bernyanyi bersama Jinwoon untuk lagu "몰라-ing" ("Molla-ing") Mei Doni, begitu juga dengan duet bersama Changmin berjudul "졸업" ("Graduation") pada 5 Februari 2009, dan "밤새도록" ("Sepanjang Malam") Baek Jiyoung dalam alum ke-7nya Sensibility. Dia ditampilkan dalam lagu dan video muzik lagu "덩크슛" ("Dunk Shoot") W&Whale pada September 2009.[8]

Pada 16 Disember 2009, dia mengeluarkan sebuah single digital "우리 사랑하게 됐어요" ("Kita Jatuh Cinta"), sebuah duet bersama pasangan We Got Marriednya Ga-In.[9] Lagu tersebut mengungguli beberapa carta muzik atas talian dan menang dua buah anugerah; pada K-Charts Music Bank dan "Muzik Latar Telefon Paling Popular" pada Gaon Charts.[10] 50 juta won daripada keuntungan lagu tersebut didermakan untuk membantu gempa bumi Haiti.[11] Atas usahanya ini, Jo Kwon telah diberikan sebuah anugerah di acara Korea Sharing Awards ke-3.[12]

Jo Kwon turut serta dalam album pakej semula Wax, Unplugged Side A. Jo Kwon menyanyikan duet dengan Wax berjudul "이별이야기" ("Lagu Selamat Tinggal"), dikeluarkan pada 24 Mac 2010.[13]

Pada 30 Jun 2010, Jo Kwon mengeluarkan single digital solo sulungnya berjudul "고백하던 날" ("Hari Ku Luahkan Perasaan"), sebuah lagu yang sebahagiannya dikarang semasa penyiaran We Got Married khas untuk Ga-In. Lagu ini mencapai tangga #1 di carta masa sebenar Cyworld pada hari selepas ia dikeluarkan.[14]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah
2009
  • Cyworld Song of the Month (Disember) - "Kita Jatuh Cinta" bersama Ga-in Brown Eyed Girls
2010
  • Cyworld Song of the Month (Januari) - "Kita Jatuh Cinta" bersama Ga-In Brown Eyed Girls
  • Mnet 20’s Choice Awards - Artis Paling Berpengaruh (anugerah kongsian)
  • Mnet Asian Music Awards: Kolaborasi Terbaik - "Kita Jatuh Cinta" bersama Ga-In Brown Eyed Girls[15]
  • Anugerah Pendatang Baru - MBC Entertainment Awards
  • Anugerah Pasangan Terbaik - MBC Entertainment Awards - bersama Ga-In Brown Eyed Girls
  • Anugerah Istimewa - MBC Entertainment Awards

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "http://2-am.co.kr/about/about02.php". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-27. Dicapai pada 2011-02-11. External link in |title= (bantuan)
  2. ^ 열혈남아 JYP 13조, 쌓아온 실력 첫 공개! Diarkibkan 2010-10-02 di Wayback Machine. Newent. 25 Mac 2008.
  3. ^ 2AM ‘이노래’, 질러차트 2주째 1위. Paran. 25 September 2008.
  4. ^ (Korea) ‘드러운아이드걸스'의 '다불어때 다불었다'? 패러디 화제. Mydaily. 26 Ogos 2009.
  5. ^ 2AM 조권 ‘노다지’ 다음 녹화도 참여.. 삭제 2PM 재범 대신 고정되나?[pautan mati kekal]. MSN. 15 September 2009.
  6. ^ 브아걸 가인-2AM 조권, 신혼 첫 날은 어떨까? ‘기대만발’. Newsen. 1 Oktober 2009.
  7. ^ '패떴2' 일곱 번째 멤버…'깝권' 조권 확정 ETODAY. 19 Januari 2010.
  8. ^ 2AM조권&웨일 ‘덩크슛’ 리메이크 “완전히 새롭네?”. Newsen. September 29, 2009.
  9. ^ 듀엣 결성 ‘우리 사랑하게 됐어요’ 발표 “수익금은 기부”". Nate.com. Disember 16, 2009.
  10. ^ "사이좋은 2AM-가인 ‘모두 합쳐 상 5개’". Newsen. Februari 23, 2010.
  11. ^ (Korea) "조권, 가인과 진짜 사귀냐고 물으니‥" Diarkibkan 2011-06-14 di Wayback Machine. Yahoo!Korea. 17 Mac 2010.
  12. ^ 2AM 조권, 선행스타 반열 합류. Osen. Mei 7, 2010.
  13. ^ 왁스, 2AM 조권과 ‘이별이야기’ 리메이크 듀엣호흡. Newsen. 15 Mac 2010.
  14. ^ "조권 이사송 ‘고백하던 날’ 출시직후 실시간 차트 1위 ‘기염’"[pautan mati kekal]. MSN News. 2 Julai 2010.
  15. ^ (Korea)"2NE1, '2010 MAMA' 5관왕..걸파워 빛났다(종합)". Nate. 29 November 2010. Dicapai pada 11 Februari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]