Johann Anton Weinmann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Johann Anton Weinmann (Bahasa Rusia: Иван Андреевич Вейнман; 23 Disember 1782, Würzburg - 5 Ogos 1858, Pavlovsk) ialah seorang ahli botani Jerman yang berkhidmat sebagai Inspektor Taman di Saint Petersburg, Rusia.[1] Beliau menerbitkan Flora yang menjadi asas sesetengah pengenalan spesies binomial.

Bermula 1803, beliau menjadi ketua tukang kebun di taman botani baharu di Dorpat; dari 1823 beliau menjadi inspektor taman Maharani Maria Fyodorovna di Pavlovsk berhampiran St. Petersburg.

Nama beliau diperingati dengan genus mikologi Weinmannioscyphus dan Weinmannodora, dengan genus kedua itu dibatasi oleh Elias Magnus Fries pada 1849.[2]

Karya diterbitkan[sunting | sunting sumber]

  • Der botanische Garten der Kaiserlichen Universität zu Dorpat im Jahre 1810. 1810 - Taman botani Universiti Dorpat Diraja pada 1810.
  • "Elenchus plantarum horti Imperialis Pawlowsciensis et agri Petropolitani", St. Petersburg 1824.
  • "Hymeno- et Gasteromycetes hujusque in imperio Rossico observatas recensuit", St. Petersburg 1836.
  • "Enumeratio stirpium in agro Petropolitano sponte crescentium", St. Petersburg 1837.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Abkürzungen naturwissenschaftlicher Autorennamen in Meyers Konversationslexikon, 4. Auflage." Meyer's Konversationslexikon (1888). Dicapai 30 Nov. 2009.
  2. ^ Biodiversity Heritage Library Taxonomic literature : a selective guide to botanical publications
  3. ^ Русский Биографический Словарь: Вейнман I. А.
  4. ^ "Author Query". International Plant Names Index. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • IPNI List of plants described & co-described by Weinmann.