John Ebin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
John Ebin
Nama lahirJohn Ebin
Berasal dariMalaysia Sabah, Malaysia
GenreTradisi (Dusun)
PekerjaanPenyanyi

John Ebin adalah penyanyi baru dari Sandakan,Sabah,Malaysia. Album lagunya menggunakan bahasa Dusun, Sabah.

Penyanyi berusia 39 tahun ini menghasilkan album sulungnya dalam bahasa Dusun. Albumnya yang memuatkan 10 buah lagu dalam bentuk cakera padat (CD) versi karaoke. Album tersebut dilancarkan dalam satu majlis ringkas di Kompleks Taman Cahaya , Sandakan.

Nama penuhnya Jamudin yang hilang penglihatan, telah mencipta sendiri lirik lagu sementara susunan muzik dilakukan oleh Francis Landong, seorang artis tempatan Sabah. Rakaman lagu dimulakan Julai 2011 di Studio Sound Bamboo .

John turut bekerja sebagai tukang urut refleksologi sejak 13 tahun lalu .Beliau menggunakan wang sendiri untuk menghasilkan albumnya selain daripada individu dan pihak yang prihatin. 1000 keping albumnya itu beliau sendiri akan menjualnya beserta bantuan Persatuan Orang Buta Sandakan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]