John dari Segovia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

John of Segovia, atau dalam bahasa Sepanyol Juan de Segovia, adalah seorang ahli teologi Sepanyol kurun ke-15.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dia dilahirkan di Segovia pada penghujung kurun ke-14. Tidak diketahui tentangnya sebelum dia mengambil bahagian dalam Persidangan Basle, melainkan bahawa dia pernah menjadi archdeacon di Villaviciosa, canon di Toledo, dan profesor teologi di University of Salamanca.

Pada tahun 1432, University of Salamanca dan Raja John II dari Castile mengutusnya sebagai wakil mereka ke Persidangan Basle, di sana dia menjadi salah seorang pembela ketuanan persidangan itu paling kuat terhadap Paus. Pada mulanya dia berikhtiar untuk mengurangkan konflik antara persidangan itu dan Paus Eugene IV, yang pernah dia luangkan masa bersama di Florence pada tahun 1435, namun kemudiannya dia menjadi penyokong utama kumpulan revolusi pada persidangan itu. Dia mengambil bahagian dalam sesi ke-28 (1 Oktober 1437) yang mengisytiharkan Eugene IV sebagai degil, dan dalam sesi ke-33 (16 Mei 1439) yang mengisytiharkan paus itu sebagai menyeleweng. Pada March 1439, John mewakili persidangan itu di Diet Mainz.

Setelah Eugene IV digulingkan oleh persidangan itu pada 25 Jun 1439, John dilantik dalam jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk memilih sejumlah ahli teologi untuk memilih paus baru. Dia adalah salah seorang daripada 32 orang yang memilih antipaus Felix V pada 5 November 1439. Sebagai penghargaan kepada khidmatnya, dia dilantik sebagai kardinal oleh antipaus itu pada 12 Oktober 1440. Dia mewakili Felix V di Parlimen Bourges pada tahun 1440, di Diet Mainz pada tahun 1441, dan Diet Frankfort pada tahun 1442.

Pada penghujung perpecahan itu pada tahun 1449, dia melepaskan jawatan kardinal dan diberi gelaran Bishop Caesarea oleh Eugene IV dan berundur ke sebuah biara. John menghabiskan banyak daripada masa persaraannya menyokong dialog secara aman dengan dunia Islam dan penterjemahan al-Quran ke bahasa-bahasa Eropah, bahasa Kastil, dengan pertolongan seorang cendekiawan Islam,[1] Ice de Gebir[2] -dieja `Isâ Ibn Jabîr (عيسى بن جابر) dalam bahasa Arab. Dia meninggal dunia kemungkinan pada tahun 1458.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Karya kesusasteraannya yang paling penting ialah sejarah terperinci Persidangan Basle,[3] yang ditulis pada tahun-tahun 1449-1453.[4]

Karya-karyanya yang lain:

  • sebuah karya yang memihak pada Kehamilan Suci Maryam, yang dicetak di Brussels pada tahun 1664
  • satu sanggahan terhadap al-Quran, yang berjudul "De mittendo gladio in Saracenos"
  • satu pembelaan "Filioque" terhadap Gereja Ortodoks yang berjudul "De processu Spiritus Sancti" (Basle, 1476)
  • Kesejajaran Bible, "Concordantiae biblicae vocum indeclinabilium" (Basle, 1476)
  • beberapa karya yang membela ketuanan persidangan am ke atas paus

Sumber[sunting | sunting sumber]

  •  Rencana ini memuatkan teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awamHerbermann, Charles, penyunting (1913). "John of Segovia" . Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton. Cite has empty unknown parameters: |HIDE_PARAMETER20= dan |coauthors= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernard F. Reilly, The Medieval Spains (1993), p. 187.
  2. ^ Biography: Ice de Gebir: Castillian Spanish Faqih and author الفقيه عيسى بن جابر الشقوبي الأندلسي
  3. ^ Historia gestorum generalis synodi basiliensis; as Historia generalis concilii Basiliensis. Libri XVIII, edited by Birk and Beer in Monumenta conciliorum generalium saeculi deeimi quinti: Scriptor., II-IV (Vienna, 1873-96).
  4. ^ Joseph Canning, A History of Medieval Political Thought (1996), p.183.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]