Ulama
![]() |
Sebahagian daripada siri berkaitan Islam |
Usul al-Fiqh |
---|
Kaedah penetapan hukum Islam |
Sumber hukum |
Fiqah |
Hukum |
Gelaran |
|
Ulama ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.
Ulama berasal dari kata Arab: عُلَمَاء, rumi: `ulamā’ yakni bentuk jamak perkataan alim iaitu terbitan bentuk pelaku atau fā`il kata kerja عَلِمَ `alima "mengetahui"[1] sekaligus berkaitan dengan "ilmu" yang dimaksudkan sini ialah ilmu fekah Islam lalu ditafsirkan bermaksud seseorang yang tinggi pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Ulama belajar di sekolah (madrasah) Islam tentang agama dan bidang pengajian lain. Adalah dipercayai dalam Islam bahawa pendidikan yang sempurna adalah sesuatu yang setiap Muslim mesti memperoleh untuk memahami agama Allah secara keseluruhan. Menjelang akhir pendidikan mereka, mereka memperoleh Ijazah seperti ijazah akademik dalam undang-undang Islam dan perundangan, suatu amalan yang bermula pada abad pertama Islam. Ulama juga mengadakan seminar di mana mereka memberi ceramah dan ucapan tentang bidang pengajian Islam kepakaran mereka.
Kehakiman[sunting | sunting sumber]
Di negara-negara Islam yang tertentu, seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, di mana terdapat mahkamah syariah, ulama Islam menjadi hakim. Oleh itu, salah satu pekerjaan ulama adalah tafsiran dan penyelenggaraan undang-undang Islam di negara-negara tersebut.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 255. ISBN 967-65-7321-3.
![]() | Rencana berkenaan Islam ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |