Judo Paralimpik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Judo Paralimpik merupakan sukan adaptasi bagi judo bagi atlet berkecacatan penglihatan dan pendengaran. Peraturan bagi sukan ini hanya berbeza sedikit daripada pertandingan judo biasa. Sukan ini telah dipertandingkan di Sukan Paralimpik Musim Panas sejak 1988 untuk lelaki dan 2004 untuk wanita. Hanya versi judo bagi atlet berkecacatan penglihatan sahaja yang dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik.

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan judo Paralimpik adalah berdasarkan peraturan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dengan beberapa pengubahsuaian yang ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Buta Antarabangsa (IBSA): Perubahan yang paling ketara ialah kedua-dua pesaing judo Paralimpik perlu mencengkam dengan longgarnya sut Judo lawannya. (cengkaman tersebut dipanggil "Kumikata") dan sekiranya sentuhan tersebut terputus, pertandingan tersebut perlu dihentikan (Pengadil akan sebut "matte") dan pertandingan akan dimulakan semula dengan pesaingnya berada dalam posisi permulaan (saling melakukan cengkaman Kumikata).[1][2]

Bagi atlet berkecacatan pendengaran, sebutan pengadil (yang menandakan permulaan pertandingan, faul dan sebagainya) akan digantikan dengan sentuhan dan bahasa isyarat.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kim, JiTae; Dummer, Gail (February 24, 2002). "Sport - Judo". Michigan State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-09-28.
  2. ^ Ohlenkamp, Neil. "Rule differences for blind". Judo Info Online Dojo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-08-05.
  3. ^ IBSA Rules 2014 IBSA. Dicapai pada 27 Oktober 2021.

 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]