Pergi ke kandungan

Sukan Paralimpik Musim Panas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sukan Paralimpik Musim Panas merupakan sebuah acara pelbagai sukan bagi atlet yang mempunyai kecacatan, termasuk atlet yang mempunyai kecacatan mobiliti, amputasi, kebutaan, dan palsi serebrum. Sukan Paralimpik diadakan pada setiap empat tahun oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Pingat akan diberi dalam setiap acara, dengan pingat emas untuk tempat pertama, pingat perak untuk tempat kedua dan pingat gangsa untuk tempat ketiga, sebuah tradisi yang dimulakan oleh Sukan Olimpik pada tahun 1904.

Terdapat tiga negara yang pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas sebanyak dua kali, yakni Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun. Negara lain yang pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas termasuklah Australia, Kanada, China, Yunani, Israel, Itali, Jepun, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol dan Jerman Barat. Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2016, Brazil menjadi negara Amerika Selatan pertama yang menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas. Tokyo pula merupakan bandar pertama yang menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas lebih daripada sekali, yakni Sukan Paralimpik Musim Panas 1964 dan 2020.

Dua belas negara - Argentina, Australia, Austria, Belgium, Perancis, Great Britain, Ireland, Israel, Itali, Belanda, Switzerland, Amerika Syarikat - telah menyertai semua Sukan Paralimpik Musim Panas. Tujuh daripada negara-negara tersebut telah memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas di setiap Sukan Paralimpik Musim Panas: Australia, Austria, Perancis, Great Britain, Itali, Belanda, dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat telah menjadi negara yang memperoleh kedudukan tertinggi dari segi pungutan pingat pada lapan Sukan Paralimpik Musim Panas: 1964, 1968, 1976, 1980, 1984, 1988, 1992 dan 1996. China pula mendapat tempat pertama dalam jadual pingat bagi lima temasya yang terkini, 2004, 2008, 2012, 2016 dan 2020. Itali ( 1960 ), Jerman Barat ( 1972 ) dan Australia ( 2000 ) masing-masing pernah mendapat tempat pertama dalam jadual pingat sebanyak sekali.

Kelayakan

[sunting | sunting sumber]

Peraturan kelayakan untuk setiap sukan Paralimpik ditetapkan oleh Persekutuan Antarabangsa (IF) yang mengendali pertandingan antarabangsa bagi sukan tersebut.

Sukan Paralimpik rasmi yang pertama diadakan di Rom, Itali pada tahun 1960.[1] 400 orang atlet dari 23 negara telah bertanding dalam temasya tersebut. Pada masa tersebut, hanya atlet berkerusi roda sahaja yang dibenarkan untuk bertanding.

Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 1976, atlet yang mempunyai kecacatan yang lain bertanding di Sukan Paralimpik buat kali yang pertama. Ekoran daripada kemasukan klasifikasi kecacatan yang lebih banyak, bilangan atlet yang menyertai temasya tersebut telah berkembang kepada 1,600 orang atlet dari 40 negara.[2]

Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 merupakan Sukan Paralimpik pertama yang menggunakan tempat pertandingan dan prasarana sukan yang sama dengan Sukan Olimpik. Sejak itu, semua Sukan Paralimpik dianjurkan di bandar tuan rumah yang sama dengan Sukan Olmpik, dengan lompang selama dua minggu di antara kedua-dua temasya tersebut.

Jadual pingat sepanjang masa

[sunting | sunting sumber]
No.NPCGamesEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat168087367392283
2  Great Britain166676226241913
3  China105354003021237
4  Jerman[3]165215264991546
5  Kanada143983393461080
6  Australia163894223941205
7  Perancis163223343361002
8  Belanda16289250234773
9  Poland13269265220754
10  Sweden16236232177645
11  Sepanyol14221235241697
12  Itali16181224226665
13  Ukraine7149162161472
14  Israel16129125130384
15  Korea Selatan15128116121365
16  Jepun15127139158424
17  Afrika Selatan121219588304
18  Austria17112128131371
19  Brazil 13110135133378
20  Norway 151089784289

Senarai sukan

[sunting | sunting sumber]

      Sukan yang telah dihentikan

SukanTahun
Memanahsemua
Olahragasemua
Bola keranjang ID2000
Bocciasejak 1984
Lumba basikalsejak 1988
Para kanusejak 2016
Baling damak1960–1980
Ekuestriansejak 1996
Bola sepak 5 sebelahsejak 2004
Bola sepak 7 sebelah1984–2016
Goalballsejak 1976
Judosejak 1988
Boling padang1968–1988, 1996
Para triatlonsejak 2016
SukanTahun
Powerliftingsejak 1984
Lumba dayungsejak 2008
Melayar1996, 2000–2016
Menembaksejak 1976
Snuker1960–1976, 1984–1988
Renangsemua
Ping pongsemua
Bola tamparsejak 1976
Angkat berat1964–1992
Bola keranjang kerusi rodasemua
Lawan pedang kerusi rodasemua
Ragbi kerusi roda1996, sejak 2000
Tenis kerusi roda1988, 1992
Gusti1980–1984

Senarai edisi

[sunting | sunting sumber]
Bandar-bandar Eropah yang pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas
Temasya Tahun Tuan rumah Dirasmikan oleh Tarikh Negara Bilangan peserta Bilangan sukan Bilangan acara Negara terbaik
Jumlah Lelaki Perempuan
1 1960 Itali Rom, Itali Camillo Giardina 18–25 September 1960 23400857  Itali (ITA)
2 1964 Jepun Tokyo, Jepun Putera Mahkota Akihito 3–12 November 1964 21375307689144  Amerika Syarikat (USA)
3 1968 Israel Tel Aviv, Israel Yigal Allon 4–13 November 1968 2975010181  Amerika Syarikat (USA)
4 1972 Jerman Barat Heidelberg, Jerman Barat Presiden Gustav Heinemann 2–11 Ogos 1972 41100410187  Jerman Barat (FRG)
5 1976 Kanada Toronto, Kanada Leftenan Gabenor Pauline Mills McGibbon 3–11 Ogos 1976 321657140425313447  Amerika Syarikat (USA)
6 1980 Belanda Arnhem, Belanda Puteri Margriet 21–30 Jun 1980 42197312489  Amerika Syarikat (USA)
7 1984 Amerika Syarikat Bandar Raya New York, Amerika Syarikat Presiden Ronald Reagan 17–30 Jun 1984 45180015300  Amerika Syarikat (USA)
United Kingdom Stoke Mandeville, United Kingdom Charles, Putera Wales 22 Julai – 1 Ogos 1984 41110010603  Great Britain (GBR)
8 1988 Korea Selatan Seoul, Korea Selatan Presiden Roh Tae-woo 15–24 Oktober 1992 61305716732  Amerika Syarikat (USA)
9 1992 Sepanyol Barcelona, Sepanyol Ratu Sofía dari Sepanyol 3–14 September 1992 823020 20 555  Amerika Syarikat (USA)
Sepanyol Madrid, Sepanyol 15–22 September 1992 751600
10 1996 Amerika Syarikat Atlanta, Amerika Syarikat Naib Presiden Al Gore 16–25 Ogos 1996 1043259246979020508  Amerika Syarikat (USA)
11 2000 Australia Sydney, Australia Gabenor Jeneral Sir William Deane 18–29 Oktober 2000 1213881289199018551  Australia (AUS)
12 2004 Greece Athens, Yunani Presiden Konstantinos Stephanopoulos 17–28 September 2004 13638062646116019519  China (CHN)
13 2008 Republik Rakyat China Beijing, China Presiden Hu Jintao 6–17 September 2008 146395120472  China (CHN)
14 2012 United Kingdom London, United Kingdom Ratu Elizabeth II 29 Ogos – 9 September 2012 164430220503  China (CHN)
15 2016 Brazil Rio de Janeiro, Brazil Presiden Michel Temer 7–18 September 2016 159434222528  China (CHN)
16 2020 Jepun Tokyo, Jepun Maharaja Naruhito 24 Ogos – 5 September 2021[a] 163452022539  China (CHN)
17 2024 Perancis Paris, Perancis 27 Ogos – 8 September 2024 22 Acara akan datang
18 2028 Amerika Syarikat Los Angeles, Amerika Syarikat 22 Ogos – 3 September 2028 Acara akan datang
19 2032 Australia Brisbane, Australia 24 Ogos – 5 September 2032 Acara akan datang

a Ditangguhkan sehingga tahun 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19, ,menandakan kali pertama Sukan Paralimpik ditangguhkan. Meskipun begitu, acara ini masih dipasarkan secara rasminya sebagai Paralimpik Musim Panas 2020 sungguhpun dengan penundaan penjadualan selama satu tahun.[4] Tarikh baharu: 24 Ogos - 5 September 2021.[5]

  1. "Paralympics traces roots to Second World War", CBC, September 3, 2008
  2. "History of the Paralympic Games". Government of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-12. Dicapai pada 2010-04-07.
  3. Dikenali sebagai Jerman Barat (FRG) sebelum tahun 1990. Jumlah ini tidak termasuk bilangan pingat dari Jerman Timur (GDR).
  4. "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee - Olympic News". International Olympic Committee (dalam bahasa Inggeris). 24 March 2020. Dicapai pada 24 March 2020.
  5. "Tokyo Olympics and Paralympics: New dates confirmed for 2021". BBC Sport. 30 March 2020. Dicapai pada 30 March 2020.

 

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]