Jurnal Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akhbar Jurnal Nasional di Indonesia.
Akhbar Jurnal Nasional di Indonesia.

Jurnal Nasional merupakan akhbar harian kebangsaan di Indonesia yang diterbitkan di Jakarta mulai 1 Jun 2006. Akhbar ini diusahakan oleh sekelompok wartawan Indonesia yang menginginkan terbitnya sebuah surat khabar yang bermutu, dengan analisa yang mendalam dan analitik serta mampu menjadi tolok ukur utama pemberitaan kebangsaan.

Harian ini diterbitkan oleh PT. Media Nusa Pradana. Akhbar yang mempunyai 24 halaman pada edisi Isnin - Sabtu dan 54 halaman pada hujung minggu. Harga langganan berharga Rp 65,000.

Akhbar ini diusahakankan oleh N. Syamsuddin Ch. Haesy(Ketua Umum), Susanto Darus (Naib Ketua Umum), Ramadhan Pohan (Ketua Redaksi), Abdul Hamid Dipopramono (Naib Ketua Redaksi), Ananta Setiawan (Ketua Perusahaan) dan Shaun D. Levine (Redaksi Indonesia Rising). Pada masa terkini Akhbar yang dipublish PT Media Nusa Pradana, ini tengah besolek rupa. Akhbar ini diterbitkan dalam tiga versi iaitu versi cetak, versi laman web (secara dalam talian) dan versi JBS (Jurnal Breakingnews Service). Surat khabar ini mendakwa mereka sebagai "The Indonesia's First Mobile Phone Newspaper".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]