Jurnal Pertanika Mahawangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jurnal Pertanika Mahawangsa 
Maklumat umum
BahasaBahasa Melayu
Disunting olehNik Rafidah Nik Muhamad Affendi
Butiran penerbitan
PenerbitPenerbit UPM
Kekerapan2 kali setahun
ISO 4Cari di sini
Pengindeksan
ISSN2805-5691
Pautan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jurnal Pertanika Mahawangsa ialah Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu.[1] Jurnal ini diselenggara oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia. Jurnal ini merupakan salah satu siri terbaharu yang menggunakan tajuk judul Pertanika dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu, dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November. Ketua editor jurnal ini ialah Prof. Madya Dr. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi (Universiti Putra Malaysia).[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertanika merupakan jurnal rasmi Universiti Pertanian Malaysia (nama asal Universiti Putra Malaysia) yang telah mula menerbitkan artikel berfokuskan pertanian pada tahun 1978.[3] Pada tahun 1993, Pertanika telah diselaraskan kepada tiga jurnal yang mempunyai skop berbeza, iaitu Jurnal Pertanika Sains & Teknologi, Jurnal Pertanika Sains Sosial & Kemanusiaan, dan Jurnal Pertanika Sains Pertanian Tropika.[4]

Jurnal Pertanika Mahawangsa pula merupakan jurnal yang baharu ditubuhkan pada tahun 2013.[5] Walaupun jurnal ini menggunakan tajuk judul Pertanika, jurnal ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Penerbitan Jurnal, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia[6] manakala tiga judul jurnal Pertanika yang lain dikendalikan oleh Seksyen Penerbitan Jurnal, Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia.[7]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://myjurnal.mohe.gov.my/public/browse-journal-view.php?id=499
  2. ^ https://fbmk.upm.edu.my/penerbitan_jurnal/jurnal_pertanika_mahawangsa-12836?L=bm
  3. ^ Jurnal Pertanika Sains Pertanian Tropika, 2023-07-27, dicapai pada 2023-07-27
  4. ^ https://penerbit.upm.edu.my/pertanika_journals/about_the_journal-12400
  5. ^ https://journalfbmk.upm.edu.my/ojs3/index.php/mahawangsa/about
  6. ^ https://persatuan.upm.edu.my/JPMWS?view=page&val=menu&permalink=aluan
  7. ^ https://penerbit.upm.edu.my/staf/seksyen_penerbitan_jurnal-12399