Pergi ke kandungan

Universiti Putra Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Putra Malaysia
اونيۏرسيتي ڤوترا مليسيا
马来西亚博特拉大学
மலேசிய புத்ரா பல்கலைக்கழகம்
MotoBerilmu Berbakti
JenisAwam
Ditubuhkan pada29 Oktober 1971
CanselorSultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Naib CanselorDato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah
Pelajar30,720 (Dis 2024)
Lokasi,
KampusBandar
WarnaMerah, kelabu dan putih
              
PenggabunganASAIHL, AUN, UMAP, ACU, FUIW, AAACU, APAARI
Laman sesawangwww.upm.edu.my
Pintu utama UPM

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, hasil daripada penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.

UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan PhD, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma sehingga PhD.

Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia, selari dengan perkembangan UPM yang menawarkan pelbagai program dalam bidang sains komputer, perubatan, seni bina dan lain-lain.

UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. UPM berada pada kedudukan ke-158 berdasarkan keputusan yang dihasilkan oleh QS.[1]

Sekolah Pertanian (1931-1947)

[sunting | sunting sumber]
Majlis peletakan batu asas bangunan sekolah telah berlangsung pada 19 Mac 1931, disempurnakan oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah

Penubuhan UPM mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947.

Kolej Pertanian Malaya (1947-1971)

[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan naik taraf ini, kecermelangan kolej semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Januari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaya sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.

Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilan pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya. Hasrat menubuhkan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969.

Universiti Pertanian Malaysia (1971-1997)

[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.[2]

Dr. Mohd Rashdan Baba menjadi Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dari tahun 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga buah fakulti pengasas, iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Pertanian dan Fakulti Perhutanan. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977.

Pada tahun 1978, UPM telah melancarkan sebuah jurnal akademik berjudul Pertanika. Nama Pertanika telah diinspirasikan oleh 'Pertanian' yang merupakan asas penubuhan UPM. Jurnal ini telah diketuai oleh Dr. John Joseph Augustin selaku ketua editor pertama daripada tahun 1978 sehingga 1982.[3][4] Beliau dibantu oleh Dato' Profesor Dr. Ahmad Mahdzan Ayob, bekas timbalan naib canselor akademik Universiti Utara Malaysia yang ketika itu merupakan pengurus perniagaan Pertanika.

Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang sains dan teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensintif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, UPM menambahkan bidang baru dalam program pengajian seperti sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi universiti abad ke-21.

Pada tahun 1993, jurnal Pertanika telah dipecahkan kepada tiga jurnal selaras dengan keperluan jurnal khusus dalam bidang-bidang pengajian yang sejajar dengan kekuatan UPM. Tiga jurnal tersebut masih beroperasi sehingga hari ini. Jurnal-jurnal tersebut ialah Jurnal Pertanika Sains Pertanian Tropika, Jurnal Pertanika Sains & Teknologi dan Jurnal Pertanika Sains Sosial & Kemanusian.[5]

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Universiti Putra Malaysia (1997-sekarang)

[sunting | sunting sumber]

Kemuncak dari itu, berlakulah penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dan secara langsung tidak menjadikan pertanian lagi sebagai teras utama UPM dalam membentuk sistem kajian dan pendidikannya.

Kini, UPM mempunyai sebuah kampus utama di Serdang dan sebuah kampus cawangan di Bintulu.

Fasiliti UPM

[sunting | sunting sumber]

Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 di Serdang, Selangor dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Haiwan serta Bahagian Sains Asasi. Kini UPM menawarkan 84 program Bacelor, 8 program Diploma dan 1 program asasi. UPM juga menawarkan 63 program sarjana secara kerja kursus (coursework)[6] dan juga lebih dari 295 bidang pengajian untuk program dengan penyelidikan (research) yang merangkumi peringkat master sains veterinar (M.V.Sc.), sarjana sains (M.S.), sarjana sastera (M.A.), doktor falsafah (Ph.D.) dan doktor kejuruteraan (D.Eng.)[7].

Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 fakulti, 2 sekolah, 10 institut, 10 kolej kediaman, 2 taman, 1 akademi dan sebuah kampus cawangan[8].

Senarai fakulti dan sekolah

[sunting | sunting sumber]
Fakulti Ekologi Manusia
Fakulti Akronim Program Ruj
Fakulti Pertanian FP
  • Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Hortikultur dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian
  • Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian
[9]
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar FHAS
  • Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Taman dan Rekreasi dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Industri Perkayuan dengan Kepujian
  • Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar dengan Kepujian
  • Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar dengan Kepujian
Fakulti Perubatan Veterinar FPV
  • Doktor Perubatan Veterinar
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi SPE
  • Bacelor Ekonomi dengan Kepujian
  • Bacelor Perakaunan (Kepujian)
  • Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
  • Bacelor Kewangan Gunaan dengan Kepujian
Fakulti Kejuruteraan FK
  • Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Proses dan Makanan dengan Kepujian
Fakulti Pengajian Pendidikan FPP
  • Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian
  • Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian
  • Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian
  • Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian
  • Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan Kepujian
  • Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian
  • Bacelor Kaunseling dengan Kepujian
Fakulti Sains FS
  • Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Fizik Bahan dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Fizik Instrumentasi dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Kimia dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Kimia Petroleum dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Matematik dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Biologi dengan Pendidikan (Kepujian)
  • Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan (Kepujian)
  • Bacelor Sains Kimia dengan Pendidikan (Kepujian)
  • Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian)
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan FSTM
  • Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Operasi Pembuatan Makanan dengan Kepujian
Fakulti Ekologi Manusia FEM
  • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian)
  • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat (Kepujian)
  • Bacelor Pengajian Pengguna dengan Kepujian
  • Bacelor Muzik dengan Kepujian
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi FBMK
  • Bacelor Komunikasi dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Pengajian cina dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian
Fakulti Rekabentuk dan Senibina FRSB
  • Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian
  • Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan FPSK
  • Doktor Perubatan
  • Bacelor Sains Bioperubatan dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian
  • Bacelor Kejururawatan dengan Kepujian
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat FSKTM
  • Bacelor Sains Komputer dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
  • Bacelor Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul FBSB
  • Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian
Sekolah Pengajian Siswazah SGS
Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan FSPH
  • Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
  • Diploma Pertanian
  • Diploma Perhutanan
  • Diploma Perikanan
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  • Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
  • Diploma Perniagaantani
Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains FKPS
  • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan Kepujian
  • Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Pembangunan Manusia
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Program Persediaan Diploma Sains
Program Asasi Sains Pertanian ASPer
  • agro-bio
  • pertanian
  • sains

Senarai institut

[sunting | sunting sumber]

Pusat kecemerlangan pendidikan tinggi (HICOE)

[sunting | sunting sumber]
Institut Biosains
  1. Institut Biosains (IBS)
  2. Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
  3. Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS)

Institut Penyelidikan

[sunting | sunting sumber]
  1. Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2)
  2. Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
  3. Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing)
  4. Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
  5. Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)
  6. Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS)
  7. Institut Kajian Perladangan (IKP)
  8. Institut EkoSains Borneo

Senarai pusat

[sunting | sunting sumber]
Pusat Sukan
  1. Pusat Perhubungan Alumni
  2. Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM)
  3. Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar (PKPP)
  4. Pusat Sukan
  5. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
  6. Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
  7. Pusat Islam
  8. Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan eNDOWMEN (WAZAN)
  9. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS)
  10. Pusat Pembangunan Akademik (CADe)
  11. Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer)
  12. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
  13. Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
  14. Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT)
  15. Pusat Jaminan Kualiti (CQA)
  16. Pusat Penerbit Universiti

Senarai taman dan akademi

[sunting | sunting sumber]
  1. Putra Science Park (PSP)
  2. Taman Pertanian Universiti (TPU)
  3. Akademi Sukan
KMR OnePUTRA Residence

Ada 17 Kolej-Kolej UPM yang digabungkan menjadi 12 Kolej:

Lokasi Kolej Kediaman Nama asal Nota
Kampus Serdang Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Kolej Kediaman ke-3 (Julai 1975)

Kolej Kediaman ke-5 (15 Jun 2019)

Kolej-Kolej Lembah
Kolej Canselor (KC) Gabungan:

Kolej Kediaman ke-4 (1973) Kolej Jelapang (1975)

Kolej Kediaman ke-6 (Jun 1979)

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Gabungan:

Kolej Kediaman ke-7 (4 Oktober 1983)

Kolej Kediaman ke-2 (1971)

Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) Gabungan:

Kolej Kediaman ke-9 (1986) / Kolej Pendeta Za'ba (17 Disember 1988)

Kolej Kediaman ke-8 / Kolej Tun Perak (8 Mac 1986)

Kolej Sepuluh (K10) Gabungan:

Kolej Kediaman ke-10 (1 April 1999)

Kolej Kediaman ke-11 (19 Mei 1999)

Kolej-Kolej Luar
Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) Kolej Kediaman ke-17 (10 Julai 2003)
Kolej Kedua Belas (K12) Gabungan:

Kolej Kediaman ke-12 (Mei 2000)

Kolej Kediaman ke-15 (Mei 2000)

Kolej Serumpun
Kolej Keempat Belas (K14) Gabungan:

Kolej Kediaman ke-14 (Mei 2000)

Kolej Kediaman ke-16 (Mei 2000)

Kolej Mohamad Rashid (KMR OnePutra) Kolej Kediaman Pertama (1971) Kolej Transformasi Govermen
Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) Kolej Matrikulasi Universiti Putra Malaysia (22 Julai 1997)

Kolej Kediaman ke-13 (2001)

Kampus Bintulu

(UPM - KB)

Kolej Sri Rajang (KSR) - Kolej Kediaman dalam kampus

Entiti perniagaan UPM

[sunting | sunting sumber]

* UPM Holdings Sdn. Bhd.

UPM Sarawak

[sunting | sunting sumber]
Kompleks Akademik Pusat

1974, Sekolah Pertanian ditubuhkan di Semenggok Kuching yang menawarkan program Diploma Pertanian dan Diploma Perhutanan. Kampus tetap ditubukan di Bintulu pada tahun 1978 berdasakan Perintah Universiti Pertanian Malaysia (Kampus) 1987. Penjenamaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) kepada Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) yang diumumkan secara rasmi pada 30 Jun 2025 merupakan langkah strategik yang mencerminkan komitmen UPM dalam memperkukuh peranannya di rantau Borneo. Penjenamaan ini bukan sekadar perubahan nama, tetapi simbol transformasi yang memperluas fungsi universiti dalam bidang pertanian, perhutanan, keterjaminan makanan dan pembangunan komuniti setempat, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak melalui Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030. Antara program yang ditawarkan oleh UPM Kampus Bintulu adalah seperti berikut:

Persediaan diploma

[sunting | sunting sumber]
  1. Program Persediaan Diploma Sains
  1. Diploma Pertanian
  2. Diploma Perikanan
  3. Diploma Perhutanan
  4. Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan
  5. Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  6. Diploma Perniagaantani
  7. Diploma Kejuruteraan Pertanian
  8. Diploma Sains Komputer
  9. Diploma Pembangunan Manusia
  1. Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian
  2. Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
  3. Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian (Perhutanan Ladang)
  4. Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian)
  5. Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
  6. Bacelor Ekonomi

Pengajian pascasiswazah

[sunting | sunting sumber]

Program Master dan PhD juga ditawarkan.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Naib Canselor

[sunting | sunting sumber]
Bil Nama Gambar Tahun Canselor
Mula Akhir Tempoh Jawatan
1 Prof Emeritus Tan Sri Dato' Dr.
Mohd Rashdan Baba
PhD (Leeds)
4 November 1971 28 Februari 1982 10 tahun, 116 hari Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
2 Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr.
Nayan Ariffin
PhD (UW–Madison)
1 March 1982 4 Jun 1994 12 tahun, 95 hari
Pulau Pinang Tun (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir
3 Prof Emeritus Tan Sri Dato' Dr.
Syed Jalaludin Syed Salim
PhD (Lond.)
5 Jun 1994 17 April 2001 12 tahun, 95 hari
4 Prof Emeritus Dato' Ir. Dr.
Muhammad Zohadie Bardaie
PhD (Cornell)
18 April 2001 31 Disember 2005
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
5 Prof Emeritus Tan Sri Dato' Ir. Dr.
Nik Mustapha R. Abdullah
PhD (Oregon)
1 Januari 2006 31 Disember 2010
6 Prof Dato' Ir. Dr.
Radin Umar Radin Sohadi
PhD (Birmingham)
1 Januari 2011 31 Disember 2012
7 Prof Dato' Dr.
Mohd Fauzi Haji Ramlan
PhD (York)
1 Januari 2013 31 Disember 2015
8 Prof Datuk Dr.
Aini Ideris
PhD (UPM)
1 Januari 2016 31 Ogos 2020
9 Prof Dr.
Mohd Roslan Sulaiman
PhD (Edin.)
1 September 2020 31 Ogos 2023
10 Prof Dato' Dr.
Ahmad Farhan Mohd Sadullah
PhD (UCL)
2 Oktober 2023 kini 2 tahun, 223 hari

Timbalan Naib Canselor

[sunting | sunting sumber]

Profil Akademik

[sunting | sunting sumber]
Logo UPM

Logo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baru universiti.

Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.

Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga garisan itu juga membawa maksud tiga fungsi utama Universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.

Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh lagi dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.

Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang". Lirik lagu ini ditulis oleh Dharmawijaya manakala lagunya oleh Dato' Ahmad Nawab.

PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi
Disinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang


Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan

Kehidupan Kampus

[sunting | sunting sumber]

Minggu Perkasa Putra

[sunting | sunting sumber]

Pada Minggu Perkasa Putra, mahasiswa dan mahasiswi yang baru memasuki UPM hendaklah berikrar seperti di bawah ini:

Bahawasanya saya, pelajar Universiti Putra Malaysia, berikrar dan mengaku, bahawa saya akan:

  1. Mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, (termasuk pindaan-pindaan di bawahnya), perlembagaan, statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di universiti ini;
  2. Sentiasa memelihara imej dan nama baik universiti;
  3. Menghayati dan mengamalkan konsep insan dalam setiap tindakan
  4. Mematuhi etika penampilan pelajar dan berkeperibadian unggul sepanjang masa;
  5. Sentiasa berusaha untuk cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum;
  6. Berbakti kepada universiti dan masyarakat;
  7. Bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara demi keharmonian sejagat.

Jiwa Putra

[sunting | sunting sumber]

Program Jiwa Putra diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha universiti untuk melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing. Sejak 2024, Program ini menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan sumbangan bakti kepada masyarakat, melibatkan aktiviti gotong-royong, misi bantuan, dan pemuliharaan alam sekitar. Inisiatif ini selari dengan aspirasi pendidikan tinggi yang menekankan pembangunan pelajar secara menyeluruh, termasuk aspek emosi, sosial dan etika. Konsep “Jiwa Putra” membawa maksud semangat kekitaan, empati dan tanggungjawab terhadap persekitaran serta masyarakat.

Badan Pelajar

[sunting | sunting sumber]

Badan organisasi tertinggi bagi Universiti Putra Malaysia, yang dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM) dipilih oleh pelajar untuk mempunyai wakil yang terlibat dalam dasar dan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Justeru itu pilihan raya yang dikenali sebagai 'PMPP UPM' iaitu singkatan kepada Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar UPM. Selain itu, badan organisasi pelajar selain MPP ialah MPK (Majlis Perwakilan Kolej), MPLK (Majlis Perwakilan Luar Kampus), MPF (Majlis Perwakilan Fakulti), Badan organiasi Persatuan dibawah BHEP.

Teknologi pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Sejak 2010, UPM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran yang diberi nama PutraLMS.[10] Kini dijenamakan sebagai PutraBlast.

Ahli Politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Akademik

[sunting | sunting sumber]

Tokoh Negara

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Universiti Putra Malaysia (UPM), Quacquarelli Symonds, diarkibkan daripada yang asal pada 2023-11-08, dicapai pada 2023-11-08
  2. ^ Zaini Ujang, (2009) Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan. Edisi Ke–2. Skudai: Penerbit UTM Press. ISBN 978-983-52-0712-9.
  3. ^ https://web.archive.org/web/20180712183852/http://www.pertanika.upm.edu.my/Resources/What%20is%20Pertanika%20(FINAL)%20-%20revised%2024%20Feb%202016%20%20%5BCompatibility%20Mode%5D.pdf
  4. ^ "Laporan Tahunan 1977-1978 Universiti Pertanian Malaysia" (PDF). http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:21962. External link in |website= (bantuan)
  5. ^ https://penerbit.upm.edu.my/pertanika_journals/about_the_journal-12400
  6. ^ PROGRAM SECARA KERJA KURSUS, Sekolah Pengajian Siswazah.
  7. ^ PROGRAM SECARA PENYELIDIKAN, Sekolah Pengajian Siswazah.
  8. ^ SENARAI ENTITI Universiti Putra Malaysia, Portal UPM
  9. ^ "DEPARTMENT | FACULTY OF AGRICULTURE". agri.upm.edu.my. Dicapai pada 2026-04-27.
  10. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]